Wednesday, February 5, 2014

Jenis-jenis post dalam FB 2

Bermacam-macam komen saya terima tentang entry jenis-jenis post fb sebelum ini. Terima kasih yang telah memberikan komen.

Bukan interest saya tentang FB. Saya sangat selektif memilih kawan. Cerita dalam FB adalah medan cerita peribadi, hanya kawan-kawan yang benar-benar kenal kita sahaja, tidak macam blog. Ada banyak perkara lain yang lebih penting untuk saya lakukan. Biasanya saya hanya jadi pemerhati sahaja dan tidak berminat untuk share cerita kehidupan secara terperinci. Sikit-sikit memang ada, tiada masalah, sekadar berkongsi, apa salahnya. Lagipun berkongsi cerita akan merapatkan hubungan sesama kawan dan saudara. Itu yang paling penting.

Cuma ada pihak-pihak yang menggunakan FB untuk kepentingan nafsu sendiri dan menyalahgunakan media sosial itu. Untuk term riak pula, saya tidak pernah kisah orang nak post apa barang cerita dalam FB terutama tentang keluarga. Saya akan komen dan like, serta tumpang senang hati dan tidak terfikir isu post cerita keluarga ini dikategorikan sebagai riak. Memang ada si kaki facebook yang agak keterlaluan memaparkan kisah hidup tanpa motif. Tayang itu, tayang ini. Ada yang bila tidak dapat perhatian dan like, sanggup padam balik post dan esoknya terbitkan semula agar orang lain nampak dan beri perhatian semula. Ada juga, bila yang dapat like sikit sangat, lepas beberapa hari, like sendiri gambar atau post itu, supaya keluar balik dalam wall dan ada orang lain perasan. Kelakar. Saya observant ok, tapi bukan kaki penyibuk, urusan orang adalah urusan orang. Cuma bila masuk cerita tentang benda mengarut, cerita politik bodoh, cerita yang main share saja (tidak disiasat dulu), sangat amatlah saya menyampah. Hide terus. Biarlah tidak nampak post itu.

Dalam entry jenis-jenis post fb terdahulu pun sudah saya sebutkan. Jangan ada sedikit perasaan riak ketika membuat post di wall. Dan orang lain yang melihat pula jangan mudah rasa irihati dan dengki. Tidak ada maknanya berdengki sesama sendiri. Kadang-kadang kalau tidak ada cerita-ceriti dalam FB, tidak meriah juga. Asyik-asyik post ilmu, post motivasi, post ilmiah dan post berita, tiada post santai seperti cerita keluarga dan lain-lain akan menjadikan FB boring untuk dibuka. Lalu ia tidak mesra. FB ini untuk menjalin kemesraan. Bila si kakak post cerita tentang anaknya atau kehidupannya, emak dan adik beradik lain dikampung boleh tahu, lalu ukhwah serta kemesraan itu sentiasa berpanjangan.

Kesimpulannya disini, apa post pun boleh, tapi jangan sampai orang dapat menangkap maksud post itu adalah untuk beriak-riakkan. Akhirnya orang naik jelek dan jemu. Orang tidak akan komen yang negatif demi untuk menjaga hati kawannya. Tapi jauh di sudut hati, mereka hanya manusia biasa yang ada perasaan meluat. Senang cerita, dalam hidup ini, baiknya kita bersederhana sahaja, jangan berlebih-lebihan. Terlalu berlebihan boleh menimbulkan perasaan riak. Kita tidak kisah dengan orang yang riak, tidak boleh menjejaskan sistem kehidupan pun. Namun jadikanlah ini sebagai satu pengajaran untuk diri saya dan kita sendiri.

Sekian terima kasih












21 comments:

  1. Assalamualaikum kak, betul. sheila pun kurang update status kat wall. setakat usha2 status kawan. hehee. skrg ni aktif dalam group mom to be je. hihi. akak sihat?

    ReplyDelete
  2. akak akan hide mereka yg promote brg...yg paling tak suka...ustaz dan ustazah celup...3,4 kali update status..dgn qoute hadis segala bagai...sedangkan pesan ustaz2 bertauliah..kalau tak arif ,kalau bkn ahli hadis..jgn pandai2 nak sebarkan..bimbang ia hadis palsu...

    ReplyDelete
  3. saya sukalah kak dengan entri ni, memang tepat betul apa yang disampaikan... tapi sebenarnya di mana2 pun adalah medan peribadi dan kita nak kena tau barrier yang sebenarnya...kesian dan sangat kesian and speechless bila melihat dan kenal mereka2 yang tak pernah nak sedar tentang perkara ini...

    ReplyDelete
  4. kebanyakkan remaja sekarang menyalahgunakan fb nie.. biasa la..setiap benda ada keburukan ada kebaikan, yg penting bagaimana kita menggunakan nya untuk kearah kebaikan.. :-)

    ReplyDelete
  5. Mmg betul tu.. kdg2 ada juga kwn2 sndiri yg jenis mcm tu.. basuh kete nak update gmbar, bangun tido pun nk update gmbar.. huh.. mcm2.. tak baik pulak komplen pasal kawan kan, tp tu lah.. media sosial ni ada baiknya, tp klu digunakan tanpa tujuan utk satu dunia tahu, boleh jadi satu yg memburukkan.. astagfirullah.. thanks sharing, peringatan yg baik buat semua.. :)

    ReplyDelete
  6. padat dan tepat pendapat zila..samalah dengan pentafsiran dan pandangan peribadi ana... tak pe be positif dan bersangka baik..mcm zila ,FB lebih private dari blog..jadi tepuk dada tanya iman..lama zila menyepi kan..

    ReplyDelete
  7. be positive n flexible itu lebih baik...tapi jangan salah like sudah... kadang ada status yg berunsur sindiran dan kutukan...takut subahat plak kan? yg baik kita respond... yg buruk kita biarkan aje.... bukan mudah nak cari kawan yg perfect dalam segala hal... status kita pun belum tentu orang suka....hmm...susah juga nak suaikan diri dalam dunia maya ni...

    ReplyDelete
  8. kadang timbul juga rasa rimas bila setiap perkara yg dibuat dipaparkan.. baru bangun, siapkn bfast, tgh kemas rumah, masak lunch, minum ptg, makan malam... siap ngan pic.. hari2 plak tu.. haishhh..

    ReplyDelete
  9. selalunya org yg baru buka acc fb yg excited update segala jenis status . itu yg saya perhatikan . saya lbh suka komen status kwn drp update status sendiri . klu ada perkembangan terbaru diklgn keluarga , kami hanya akan update di group message box shj .

    ReplyDelete
  10. ayu rasa lg byk pos kat blog dr fb. haha. fb jual tasbih aje..

    ReplyDelete
  11. sokong kak!! Sha mmg ske baca entry akak!!

    ReplyDelete
  12. Gunakan FB sebaiknya. Kan ada setting group di FB, Groupkan setiap friend kepada beberapa kategori. Selamat utk anda publish post dan khas ditujukan kpd group yg tertentu sahaja.

    ReplyDelete
  13. Sungguh bagai dikata. Salah satu sebab kakak deactivated FB kerana inilah Zila. Tak layan serba-salah, layan macam tak kena di hati pulak. Tapi kalau pandai sebenarnya elok. Cuma kakak ni dah tak kuasa tu yg terus tutup...

    ReplyDelete
  14. Assalam,

    bunda pun jarang update status kat fb...kalau nak komen pun kebiasaannya mereka yang bunda kenal jer...

    ReplyDelete
  15. Assalammualaikum..zila,

    zaman it sekarang nie kan macam2 nak updates status..hehe macam2 ada kan..

    mselim3

    ReplyDelete
  16. akhir kata, fikir dulu sebelum post.. hehehe

    ReplyDelete
  17. betul tu kak zila.. aiza pun tak suka bercerita dan meluahkan di facebook..

    ReplyDelete
  18. it true sis.. bab fb ni memng kena memilih sikit..bkan bleh aprove sbrangan..tambah2 kalau tgok dp n post yg dtulis bukan2.. bhati2 :)

    ReplyDelete