Friday, March 21, 2014

Menjalani kehidupan yang sukar.

Sudah agak lama saya ingin menulis tentang ini. Tetapi jarang ada kelapangan masa. Entry ini adalah sebagai motivasi kepada setiap orang yang sudi membacanya. Atau juga motivasi kepada orang-orang yang sudah hampir berputus asa dalam kehidupan mereka.

Tahun 1997 adalah tahun yang paling bersejarah dalam hidup saya. Pelbagai ujian dan perkara-perkara besar yang dilalui. Namun, Syukur Alhamdulillah, saya survive dan segala peristiwa dalam tahun itu saya jadikan indicator apabila melalui kesukaran-kesukaran lain di dalam hidup saya.

Bertuahlah orang yang tidak pernah melalui kesukaran dalam hidup mereka. Tetapi janganlah terlalu bersenang hati. Hidup ini hendaklah sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga. Kita tidak tahu bila ujian akan menimpa.

Tahun itu, saya diterima belajar di Universiti. Pada pagi hari mendaftar, orang-orang kampung datang ke rumah untuk memberi kata-kata semangat. Tidak ramai anak kampung yang dapat masuk ke Universiti. Kebetulan rezeki saya kali itu.

Saya menghadapi sedikit masalah di awal semester untuk menyesuaikan diri dalam pembelajaran. Maklumlah, anak orang kampung yang miskin. Dulu belajar di rumah senang saja, sistem pembelajaran di sekolah juga tidak sama di Universiti. Saya tidak aware tentang ini. Selepas perperiksaan semester pertama, saya melalui satu fasa yang sangat memeritkan dan menyedihkan. Saya hampir gagal di Universiti. Pointer saya pada ketika itu hanyalah 1.4. Ianya pointer yang sangat-sangat-sangat rendah. Adalah sangat sukar untuk seseorang boleh bertahan di IPTA dengan pointer serendah itu di semester pertama mereka. Anda harus belajar bermati-matian dan mengambil subjek yang paling mudah untuk skor A. Tetapi tidak sesenang itu. Setiap fakulti ada undang-undangnya tersendiri. Bukan semua subjek yang mudah boleh kita ambil. Ada sesetengah subjek hanya ditawarkan setahun sekali.

Sedikit pengetahuan bagi yang tidak tahu, untuk meneruskan pelajaran di Universiti, anda haruslah mendapat keputusan 2.0 pointer ke atas. Dua kali berturut-turut keputusan bawah dari itu anda akan gagal dan diberhentikan. Keputusan perperiksaan setiap semester saling berkait. Jumlah kredit yang diambil pada setiap semester di darab dengan jumlah keputusan perperiksaan dan jumlah tertentu dari gred itu. Adalah sistem pengiraannya yang tidak dapat saya terangkan di sini. Keputusan pointer 1.4 itu memang sangat rendah, tanyalah pada mana-mana pelajar pun. Ia seumpama telur dihujung tanduk yang menanti masa untuk jatuh.

Semester ke dua itu saya menggugurkan banyak subjek berat, mengambil hanya 17 kredit dengan 5 darinya adalah praktikal. Berharapan agar saya dapat menumpukan perhatian terhadap subjek-subjek kecil yang juga tidak berapa kecil ini, iaitu, Anatomi, fisiologi dan beberapa subjek lagi. Saya harus mendapat A dalam kesemua subjek atau sekurang-kurangnya B+. Mungkin bagi orang lain subjek itu mudah saja. Tapi saya bukan pelajar genius. Saya harus belajar lebih dari orang lain, 3 atau 4 kali ganda lebih.

Saat itu saya rasakan dunia sangat merundum luar biasa gelapnya. Terbayang emak dan orang-orang kampung serta ayah yang sedang sakit. Haruskah saya balik kampung kalau ditakdirkan gagal atau melarikan diri saja kemana-mana. Dunia sudah tidak bererti lagi. Apa sahaja masalah di depan mata bagi saya adalah masalah kecil, kecuali masalah itu. Tetapi saya bangkit akhirnya, tekad tidak mahu dibuang Universiti, walau apapun yang terjadi, biarpun harus menempuhi ribut yang menggila, saya berazam akan melawan dan tidak mahu berputus asa.

Benar-benar saya belajar bermati-matian. Duduk di dalam kelas paling hadapan, tidak pernah tertinggal kuliah walau sekali. Berkawan dengan budak-budak cina dan mencatat dengan baik. Kehidupan di kala itu dipenuhi dengan situasi belajar sahaja. Walau apapun yang berlaku, saya terus dan terus belajar. Kerana saya mesti berusaha 4 kali ganda lebih untuk menjadi sama seperti orang lain. Saya juga berjumpa berkali-kali dengan Penasihat Akademik saya, Dr Azmi namanya, meminta nasihat selain mengadu masalah. Selain itu, tidak henti-henti berdoa kepada Allah di dalam sujud-sujud saya.

Sedang saya sangat sarat dengan kepayahan untuk menghadapi perperiksaan akhir, suatu malam, ketika di dewan belajar, emak saudara datang mengkhabarkan ayah saya sudah kembali ke Rahmatullah

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un 
(إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ)
 Dari Allah kita datang, dan kepadaNya jualah kita kembali.

Tiada apa lagi yang boleh saya lakukan selain menerima qada' dan qadar dari Tuhan.

.............................................................................


Penghujung semester itu saya telah GAGAL DAN DIBERHENTIKAN. Atau dalam kata lainnya saya telah dibuang Universiti. 

Tapi saya tidak mahu mengalah. saya masih mahu menempuhi ribut yang dasyat itu untuk sampai ke penghujung. Saya tidak akan berputus asa, kecuali jika sudah ditakdirkan memang saya akan gagal. Saya berjumpa dekan, berjumpa timbalan dekan, penasihat akademik dan pensyarah-pensyarah setiap subjek yang telah diambil. Atas bantuan dan sokongan penasihat akademik (P.A), satu perperiksaan khas diadakan sekali lagi oleh pensyarah-pensyarah yang bersimpati dengan saya. Mungkin ia adalah satu kes yang agak luar biasa, tetapi ianya adalah rezeki atas berkat doa emak dan orang sekeliling.

Syukur Alhamdulillah. Saya survive akhirnya dengan pointer yang cukup-cukup makan. Jadilah, asalkan tidak dibuang Universiti. Subjek praktikal 5 kredit itu juga banyak membantu apabila saya berjaya mendapat A. Untuk langkah seterusnya saya harus memperbaiki diri agar tidak termasuk lagi ke dalam jurang yang sangat berbahaya itu. Perasaan terima kasih tidak dapat digambarkan kepada semua yang terlibat itu. Sampai sekarang, saya masih teringat-ingat budi mereka.

Hari ini, selepas pernah melalui kesukaran yang sangat dasyat, saya menjadikan pengalaman itu sebagai indicator ke atas setiap cabaran yang ditempuhi. Saya ingatkan diri, bahawa, saya pernah hampir jatuh terduduk, bangun dengan kaki yang sakit, tetapi masih terus berjalan dan berjalan.

Pada akhirnya saya menjadi seorang yang keras hati tidak lagi lemah dengan kesukaran kerana saya pernah melalui satu kehidupan yang payah dahulu. Alhamdulillah setakat ini, saya mampu menempuhi ujian-ujian yang datang sebagai nikmat yang Tuhan berikan. Ia umpama satu kredit dan hasilnya akan dikutip pada kemudian hari.

Sekian motivasi dari saya untuk mereka yang pernah melalui ujian dan kesukaran dalam hidup. Usahlah berputus asa dalam hidup. Apapun cabarannya, berdoalah kepada Tuhan dan berusahalah sedaya upayanya. Jangan mudah memandang hina kepada orang lain. Jangan juga mudah mengeluarkan kata-kata hinaan. Jangan sombong dengan sedikit kelebihan yang ada. Kerana kita tidak tahu bila Tuhan ingin menguji kita. Bersabarlah dan muhasabah diri, kerana itulah yang terbaik sebagai umat Islam.


Putrajaya
12.00 am

p/s : Batch saya adalah batch percubaan. Course itu sepatutnya 3 1/2 tahun (7 semester), tetapi telah dipendekkan kepada 2 tahun (4 semester) sahaja. Semester pertama, kami terpaksa membawa 24 jam kredit! Lebih separuh dari rakan sekelas telah gagal, termasuk kawan baik saya. Paling menyedihkan, kesemuanya anak-anak melayu. Kini saya dimaklumkan, course itu telah diubah kembali kepada 3 tahun.

16 comments:

  1. salam...
    Zila...menitis airmata membacanya...terbayang 2 anak sedang belajar di U..terasa peritnya nak menampung perbelanjaan mereka...suami setiap hari terpaksa buat OT...
    sesungguhnya dari kesusahan,kegagalan...itu yg akan menjadikan sesorang kental semangatnya...lebih menghargai kehidupan..

    ReplyDelete
  2. Saya dapat bayangkan keadaan ketika itu . Kadangkala bukan kerana kita tak pandai tapi kerana paper yg kita ambil cukup berat utk kita pelajari disebalik masa yang sangat padat serta masalah keluarga juga kewangan . Alhamdulillah , Zila dah ganjarannya . Bila kita bermula dengan seribu kapayahan untuk mendaki , maka apa saja halangan yg wujud ketika ini bukan satu masalah untuk kita terjah .

    ReplyDelete
  3. Jika dulu ketika zila sedang melaluinya... terasa betapa payah dan peritnya... tapi kini jika di kenang kembali... ia sudah jadi satu nostalgia manis... bagaimana selepas jatuh zila bangkit dan bangun dan berjalan walaupun amat payah... TAHNIAH!

    ReplyDelete
  4. alhamdullillah berkat usaha sis akhirnya berjaya.

    ReplyDelete
  5. subahanallah sungguh memberi insipirasi..tambah mcm saya org kmpung juga..cuma bezanya dulu x ramai sangat org kampung msuk u macam zaman skg.. kalau masuk slalu kena culture short...memng kena survival habis2san.. kalau x dpt tangkap memng bleh hanyut..situsi saya pun dulu sama masa first sem..ya la dlu stdy kat umah..bila sambung balajr x barapa paham konsep kuiz..test..last sangkut juga utk first smester... alhamduliah..berjaya juga hbiskan pngajian..seriusly stroy kat ats reminde saya mula2 smbung blajar..terima kasih sis sudi bkongsi..saya doakan smoga sis terus maju jaya amin..

    ReplyDelete
  6. Terkesan pada diri saya bila membacanya.. alhamdulillah.. berkat usaha, doa serta bertawakkal kpdNya pasti membuahkan hasil yg diberkati. Ujian yg sungguh menduga kewarasan diri juga kan..
    Apapun saya mendoakan agar Zila terus berjaya dlm kehidupan di dunia & akhirat.. Semoga Allah swt sentiasa mencucuri rahmat ke atas roh bapa Zila & menempatkan beliau dikalangan org2 yg beriman.. Al Fatihah.. aamiin..

    ReplyDelete
  7. zila, setiap kita di uji dengan pelbagai cara dan janjiNya kita diuji mengikut kemampuan kita sendiri,zila ada kisah zila dan ana juga hingga ke hari ini masih diujiNya dalam aspek yang lain pula..apapun rintangannya zila berjaya merasa kemanisan hidup ini selepas keperitan yang di alami..semoga kita akan terus tabah dan dirahmatiNya didalam apa jua urusan selagi bernyawa..terima kasih berkongsi pengalaman disini.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum kak, peritnya pengalaman tu.. sheila tak dapat study lepas spm.. memang terkesan cerita ni.. selamat pagi, singgah sambil menabung sini~~~

    ReplyDelete
  9. Pengalaman mengajar kita. Saya juga mendapat keputusan yg teruk diawal pengajian, sama macam Zila, culture shock! maklumlah, orang kampung masuk universiti...segalanya berbeza! Namun syukur Alhamdulillah...berjaya juga walaupun terpaksa extend 2 semesta... Terlalu banyak halangan dan dugaan sepanjang pengajian dan ianya jadi pengalaman yg cukup berharga.
    Sebab itu saya tidak hairan jika Aisyah dan Amalina juga culture shock apabila belajar diluar negara.

    ReplyDelete
  10. Salam ziarah zila.....harap zila sihat

    ReplyDelete
  11. Semoga ceria selalu dan mendapat apa yang diinginkan. =)

    ZH Blogger

    ReplyDelete
  12. Lama tak singgah sini. Moga semuanya baik-baik Kak :)

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah.. berjaya akhirnye.. Al-fatihah buat bapa Zila.. semoga ditempat dikalangan org beriman

    ReplyDelete
  14. bila baca entri akak ni, saya teringatkan mak saya..saya belajar pada tahun 2002..
    mak bersengkang mata menjahit mencari duit untuk anaknya belajar (dulu felda tidak senang seperti sekarang)..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya setuju dulu felda x senang sperti skrang..syukur alhamdulilah

      Delete
  15. Assalammualaikum.. zila,

    tersentuh sungguh mselim3 membaca kisah ini..bukan senang utk mengalaminya kerana hanya yg benar2 tabah menghadapinya. Mselim3 dulu student part time , suasana agak berbeza cuma dalam pembelajaran kampus ini hati perlu kuat dalam menghadapi cabaran luaran dan dalaman..
    mselim3 pening gak.. hampir aje extent.. 2 sem, disebabkan masalah kewangan dan masalah keluarga. Bayang mana dengan keluarga lagi dan jiwa sebagai pelajar. Tapi percaya lah kesukaran dan kepayahan dalam menghadapi sesuatu itu dapat mematangkan fikiran dan kuat menghadapi cabaran.. Insaallah tiap2 sesuatu itu pasti ada hikmahnya..

    mselim3

    pls: janji jgn cepat mengalah.. dan bangkit daripada kesilapan. ( motivasi mselim3 yg pernah belajar part time secara pjj dahulu, tp kini alhamdulilah semua dah .. selesai. mselim3 dah konvo pada tahun lepas..amin)

    ReplyDelete