Saturday, March 8, 2014

Tragedi Pesawat MH 370

Serasa hilang semua kegembiraan saya sebaik sahaja mendapat berita tentang kehilangan sebuah pesawat milik MAS (MH 370) awal pagi tadi. MAS adalah pilihan utama saya sebelum ini sebagai pengangkutan udara. Tambahan pula seorang rakan sekelas (sejak dari darjah satu lagi) adalah salah seorang cabin crew MAS yang biasa berulang alik ke luar negara. Dengan cepat kawan-kawan menghubungi beliau untuk mengetahui dimana berada. Syukurlah, beliau tidak ditugaskan ke Beijing semalam. Saya di rumah seriau juga apabila beliau tidak menjawab msg wassup kami semua.

Tragedi seperti ini adalah sangat rare di Malaysia, tambahan yang melibatkan pesawat besar seperti Boieng 777. Namun beberapa tahun lepas memang ada sebuah pesawat MAS(boieng 747) yang hampir-hampir ditimpa tragedi menakutkan ketika dalam perjalanan ke Heathrow, London. Enjin pesawat terbakar  ketika melalui ruang udara di Pulau Pinang tetapi Alhamdulillah, semuanya selamat selepas itu. Kali terakhir pesawat MAS terhempas pula adalah pada tahun 1977 di Tanjung Kupang Johor.

Saya tidak ada apa yang hendak dikatakan lagi selain sama-sama mendoakan pesawat MH 370 yang hilang itu  agar ditemui. Semoga ada yang terselamat walaupun harapan tipis. Salah seorang dalam pesawat tersebut ialah pegawai PTD MITI yang dalam perjalanan untuk melapor diri di Beijing, kata kawan saya di MOF. Tragedi yang sangat menyedihkan. Hanya kuasa Allah sahaja yang mampu menyelamatkan mereka untuk masih bersama kita di dunia ini atau sebaliknya membawa kembali ke alam yang kekal.

Apapun inilah risiko menggunakan aircraft. Saya turut bersedih bagi pihak MAS kerana selepas pelbagai masalah yang dihadapi berturut-turut, mereka dilanda lagi satu bencana. Bersedih kerana MAS adalah GLC kerajaan dan ramai anak melayu bekerja di sana.

MAS masih menjadi pilihan utama saya sebagai aircraft, walaupun selepas tragedi ini. Semua yang berlaku adalah dengan kuasa dan izin Allah Yang Maha Besar

Putrajaya
2.50pm

20 comments:

  1. Memang terkejut mendengar berita ini. Ingatkan mula2 dengar berita ni, macam cerita bohong jer. Doakan yang terbaik.. Semoga adalah berita positif yg muncul.

    ReplyDelete
  2. mula2 tau berita ni kat Breaking News 12 pm at tv3 tadi . Semoga Allah permudahkan pencariannya dan mereka semua masih dalam keadaan selamat ... aaamin .

    ReplyDelete
  3. Betul Zila... hujung minggu yang sedih untuk kita semua.... harap2 semuanya selamat walaupun harapannya tipis... tapi setiap saat bila mendengar berita saya mengharapakan yang baik-baik saja... tak kiralah siapa pun yang menjadi penumpangnya...

    ReplyDelete
  4. kalau ikut statistik, kapal terbang adalah pengangkutan yang paling selamat sekali

    ReplyDelete
  5. semoga Allah permudahkan pencarian mereka ... aaamin .

    ReplyDelete
  6. Segala ketentuan di tangan Allah.. kita hanya merancang tp Allah jua yg berhak menentukan... Semoga dipermudahkan segala usaha pencarian & diberi ketabahan kpd keluarga mangsa dlm menghadapi ujian yg tak dijangka ini... aamiin..

    ReplyDelete
  7. Incident yg ternyata diluar jangkaan..
    Apa pun kita semua berharap biar apa pun bentuknya biarlah dpt kita temui.
    Sama-sama kita berdoa.

    ReplyDelete
  8. setuju sis.. itu semua ketentuan allah.. :P
    #prayforMH370

    ReplyDelete
  9. Harap ada berita yang melegakan hari ni. Semoga dipermudahkan.

    ReplyDelete
  10. x pnah dlm hidup sy drpd pagi smpai ke petang bukak siaran berita astro awani.. walaupun mereka tidak dikenali.. xtahu kenapa hati ni rasa sgt dekat dgn mereka..

    ReplyDelete
  11. Assalam, K Zila...
    Nrl pun setuju ngan K Zila... Sama2 kita berdoa semoga pesawat MH370 yang hilang dapat kita temui... ^__^

    ReplyDelete
  12. Semoga penantian ini berakhir secepat mungkin.. In shaa Allah

    ReplyDelete
  13. SERAH SAJA SEMUANYA KEPADA ALLAH SWT..BERDOA DAN TERUS BERDOA AGAR SEMUANYA SELAMAT.

    ReplyDelete
  14. buat masa sekarang, kita cuma mampu berdoa akan keselamatan para penumpang, dan elakkan menimbulkan spekulasi yg bukan2 dan sebarkan khabar yg belum pasti kesahihannya..

    ReplyDelete
  15. Terus berdoa agar dipermudahkan penyelesaian misteri yg entah bila akan berakhir.

    ReplyDelete
  16. Masih menaruh harapan agar mereka semua dapat ditemui dalam keadaan selamat..#PrayForMH370

    ReplyDelete
  17. mari kita terus berdoa moga di permudahkan cariannya

    ReplyDelete
  18. sedih sangat kan kak...semoga dorang kembali dengan selamat...

    p/s : lamanya akak hilang..g mana ni..? -___-

    ReplyDelete

Hai, Nama saya Zila, silakan...