Wednesday, April 2, 2014

747 Steep Bank Hong Kong

Malam ini saya ada sedikit kelapangan untuk menyinggah ke Blog. Aduhai, bulan March hanya mempunyai 3 entry sahaja. Blogger apaan saya ini. Orang lain sudah ke bulan bintang, saya masih di takuk lama. Bilalah agaknya hendak aktif semula.

Tapi ialah, sudah suratan Tuhan berikan saya kehidupan yang berwarna warni ceria selepas pernah melalui kehidupan yang muram sewaktu belajar dulu. Itulah hikmahnya. Syukur Alhamdulillah. Bukan hendak bercakap besar. Cakap besar berdegum degam pun apa dapat. Orang belakang hanya ketawakan. Bodoh sendiri tidak sedar. Nauzubillah, minta dijauhkan dari perasan diri hebat sangat, bagus sangat dan terrer sangat. Apa-apalah.

Untuk ceria dalam hidup, bermacam perkara boleh dilakukan. Macam saya, walaupun umur sudah meningkat, ada kala main games juga, membaca novel, menonton cerita Korea, bermain bersama anak dan berjalan bersama keluarga. Tetapi janganlah lupa perkara-perkara yang fardu. Sendiri fahamlah.

Tentang out station pun satu hal juga. Balik dari Sabah, ke Perak pula, lalu ke Johor dan ke Pahang, lepas itu ke Kelantan, akan datang, ke Terengganu. What a fancy life. Mujur semuanya pergi hari sahaja, termasuklah Kelantan yang pergi pagi dan balik petang. Macam timing opis, kata bos saya. Nanti out station lama, kesian suami dan anak-anak.

Sebenarnya saya hendak cerita tentang games. Tapi saya hendak cerita tentang MH 370 atau MAS juga. Dan tidak lupa hendak cerita tentang semua pengalaman yang dilalui.

Namun tidak sesuai hendak ditepek dalam satu entry. Makanya saya memilih untuk cerita sedikit tentang MAS sahaja malam ini.

*******************************************************************

Pertamanya, sudah tentu ucapan takziah untuk seisi kapal MH 370 dan kaum keluarga mereka serta pengurusan Malaysia Airlines juga. Ia berita yang amat menyedihkan tetapi masih ada sekelumit harapan. Dan dari dulu sampai sekarang saya masih mempercayai kredibiliti MAS.

Dan berikut adalah cerita ceriti saya tentang MAS.  Ayat-ayat berikut adalah copy paste dari FB saya sendiri :
1. Lapangan terbang Kai Tak di Hong Kong adalah antara lapangan terbang paling berbahaya di dunia. Ia ditutup pada tahun 1998. Pesawat harus membuat pusingan tajam dan melalui celah-celah bangunan. Dalam sesetengah keadaan, pesawat akan melalui angin lintang yang mengganggu proses touch down. Juruterbang MAS adalah antara juruterbang terbaik di dunia. Setelah menyaksikan beberapa video touch down di lapangan terbang ini oleh pelbagai juruterbang dari pelbagai syarikat penerbangan, saya percaya, MAS memang antara yang terbaik.
2. MAS is among the best airline in the world. Kita patut bangga kerana ramai anak melayu atau Malaysia bekerja di sana dengan pelbagai kepakaran. Cuma kali ini nasib mereka tak berapa baik. Kalau Tuhan sudah kata begitu, begitulah jadinya. Kita bukan Tuhan yang tahu lebih dari itu. Berdoa sahaja agar semuanya pulih dan diberi perkara yang baik-baik selepas ini. Maaf cakaplah, walaupun ada yang asyik kondem MAS, tapi saya tetap bangga dengan MAS. Ini bukan sebab mahal atau murah. Ini sebab jati diri. Ini sebab MAS telah lama membawa nama baik Malaysia di mata dunia.

3. Video berikut menunjukkan bagaimana MAS membuat smooth landing di Lapangan Terbang Kai Tak Hong Kong. Saya bangga dengan MAS


9 comments:

  1. Mmg merbahaya.. baru tahu. Thanks sharing & salam berblogging Zila.. salam ceria selalu.. :) :)

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Utamakan yang lebih penting dulu...dapat satu minggu satu entri pun OK...
    MAS tetap menjadi pilihan dan masih antara yg terbaik dan selamat. Tidak boleh menilai keburukan hanya dari tragedi MH370 yang bagi saya bukan akibat kecuaian tapi masih lagi menjadi misteri.

    ReplyDelete
  3. betul tu..jika sudah Allah menghendaki berlaku...jangan kata MAS, negara luar pon leh jadi macam tu..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak, Subhanallah. dasyat gila dia pusing depan bukit tu. fuhh debor sheila tengok...semoga sihat2 selalu, banyak betul travel sana sini. travel sebab kerja ya? singgah menabung digi sini~~~

    ReplyDelete
  5. klu ikutkan tpt outstation yg zila pergi , banyak blh buat entry . sebenarnya entry ni tak perlu berjela . ringkas pu dah ok . org bekerja ni mmg x byk masa . as long as x tinggalkan dunia blog terus ok lah . kami memahami . tragedi mh 370 blh berlaku kpd mana2 aircraft pun . dah allah takdirkan berlaku pada mas ... redha . tentu ada hikmah n pengarannya .

    ReplyDelete
  6. Zila...dah hidup ala2 nomad dah tu...berpindah randah hehe...jauh berjalan,luas pengalaman...

    ReplyDelete
  7. Semua yg berlaku pasti ada hikmahnya..
    #PrayforMH370

    ReplyDelete
  8. Walau tragedi MH370 masih lagi misteri, MAS tetap yang terbaik...

    ReplyDelete