Friday, April 25, 2014

Menjaga hati orang lain



Kawan sekerja baru sahaja update status FB nya dengan imej seperti di bawah. 
Katanya, dia terkesan dengan post ini dan berterima kasih dengan kawannya yang post imej itu.
Saya juga merasa terkesan dan ingin berterima kasih pula kepada beliau
Kerana, jika tidak dikongsinya, saya juga tidak perasan, bahawa mungkin saya pernah berbuat silap dalam entry-entry sebelum ini. 

Hendak di delete, barang sudah lepas dan rasanya agak sayang. 
Pengajarannya, untuk entry-entry yang akan datang mungkin saya perlu mengurangkan kisah keluarga agar ia nampak biasa-biasa dan tidak menyebabkan orang lain yang kurang bernasib baik merasa sedih. 
Memang tidak mudah menjaga hati orang, tetapi selagi mampu, lakukanlah. 
Dengan itu, kita akan lebih tenang dan orang sekeliling lebih menghormati.

Jangan kerana kita ada kemampuan, kita ada keluarga bahagia, kita ada anak yang comel, kita ada harta lebih sedikit, maka kita keterlaluan mewar-warkannya kepada umum tanpa menyedari ada insan lain yang kurang bernasib baik terasa hati dengan entry atau post itu. 
Biarlah bersederhana sahaja, hidup tidak berlebih-lebihan


12 comments:

  1. Assalamualaikum Zila..ada ketikanya kita tak mampu nak menjaga hati semua pihak,dan bukan niatpun terlintas dihati utk menyakiti sesiapa,mungkin secara tidak sengaja..suatu perkongsian yang menginsafkan disini... :)

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum kak..betui tu kak..lama x snggh ke sini ^_^

    ReplyDelete
  3. Mcm mna nk ckp ye...majalah atau suratkhabar juga byk memaparkan, kebahagian, kesedihan, kemalangan, ada anak, tak ada anak..mkn melimpah ruah..dpt mkn itu ini..ustaz2 juga berkongsi dlm fb, buku, majalh diorg dpt dpt pg haji, umrah..susahnya nk jga hti sndiri lbih lg hati org..kita ni jdi pembca jelh..tk yh tulis2..duk diam2 je..bca sambil muhasabah diri...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak, terkesan sheila kak. Lepas ni akan lebih berhati2 bab nak share something dalam blog atau instagram. thanks sharing this akak

    ReplyDelete
  5. Benar...kadang kala saya sgt cemburu dan terasa apabila melihat entri2 yg memaparkan kebahagiaan dan keseronokan mereka yg punya anak. Tapi xdelah cemburu terlalu negatif sangat, tetap mendoakan kebahagiaan mereka itu berkekalan. Tapi kalau dapat dikurangkan dan ketika perlu...ok kot.

    ReplyDelete
  6. Tapi kadang niat seseorg tu bukan hendak show-off cuma penerimaan seseorg tak sama... kakak jadi takut pulak Zila.

    ReplyDelete
  7. Mmg betul tu... klu boleh jngnlah keterlaluan.. dlm berkongsi kegembiraan, mungkin ada yg terlukakan.. t kasih atas perkongsian Zila.. :)

    ReplyDelete
  8. Betul juga, kadangkala saya cemburu juga tapi itu hak dorang, Lagipun saya tak ada masalah dengan apa yang mereka hendak tunjuk cuma jangan berlebihan. cukuplah 1 hari 1 gambar. .

    ReplyDelete
  9. in sha Allah agar lebih berhati2 selepas ini..biarlah berserdehana

    ReplyDelete
  10. Beringat dalam apa pun perkara yang dilakukan

    ReplyDelete
  11. Buat status yg bermanfaat pada orang lain bukan status yg kadang membuka aib sendiri....fikir sebelum buat hihi

    ReplyDelete
  12. Fikir dulu sebelum buat apapun. Kan baik kalau buat status yg memberi manfaat pada orang lain....

    ReplyDelete