Tuesday, April 29, 2014

MH 370, Ulasan Mahathir, dan MH 192

MH 370

Sudah lebih sebualan MH 370 hilang tanpa dapat dikesan Pelbagai spekulasi dikeluarkan. Ada yang kata begitu ada yang kata begini. Bermacam andaian. Selagi tidak ditemui bangkai pesawat itu, amatlah sukar untuk membuat kesimpulan.

Logik dan tidak logik

Tetapi dalam banyak-banyak komen itu, komen atau ulasan paling menarik bagi saya ialah dari TDM. Kerana saya sudah lama terfikir tentang hal yang sama. Adalah sangat tidak logik tidak ada langsung anak kapal lain selain kapten kapal yang tahu kapal itu telah berubah haluan. Dan apabila mereka menyedari, sudah tentu ada usaha yang dilakukan untuk menyelamatkan diri, sekurang-kurangnya cuba menghubungi seseorang di daratan ini, ketika kapal itu bergerak pada ketinggian yang sangat rendah, iaitu kira-kira 500 meter diudara. Mahathir dalam blognya (yang kemudian telah di hack) mendakwa, kebarangkalian, kapal itu telah di "total disablekan" oleh orang ke tiga amatlah tinggi. Siapa Third party itu, sangat memusykilkan dan tidak diketahui apa tujuannya. Mulanya, saya ada juga terfikir, adakah kapal itu mengalami air pocket yang sangat serius, menyebabkan kesemua anak kapal dan penumpang hilang sedar, tetapi kemudian ia dibuktikan salah apabila siasatan menunjukkan kapal itu membuat air turn back dengan baik.

Artikel Mahathir tentang MH 370 dan keraguannya terhadap Syarikat Boieng
Mahathir kemudian dalam artikelnya banyak membuat pin point kepada syarikat Boieng iaitu syarikat pembuat kapalterbang milik USA antara terbesar di dunia (saingan airbus). Model 777-200er adalah kapal terbang penumpang terbaik dan tercanggih buatan  Boieng. Ada rahsia dalam teknologinya itu yang tidak mungkin diketahui oleh negara membangun lain. Justeru, kehilangan MH370 secara tidak langsung sangat berkait rapat dengan pembuatnya sendiri. Yang sedikit pelik, sehingga ke hari ini, syarikat tersebut masih berdiam diri.

Sama seperti orang lain, Mahathir bebas mengeluarkan pendapatnya, namun selagi kapal itu gagal ditemui, tidak akan ada apa-apa perubahan yang berlaku. Cuma selaku bekas Perdana Menteri dan sebagai seorang yang genius serta telah melalui bermacam-macam pengalaman (juga mengetahui banyak rahsia-rahsia besar dunia) pendapatnya kedengaran jauh lebih bernas berbanding orang lain.

(pautan artikel di domain baru beliau di sini)




************************************

MAS
Didalam sebuah bengkel yang baru saya jalani semalam, beberapa orang telah berkongsi cerita tentang pengalaman menaiki kapal terbang. Ada yang sangat suka menaiki Air Asia, ada yang lebih suka menaiki MAS. Saya adalah sebahagian dari yang suka menaiki MAS atas banyak sebab. Saya sangat percaya dengan kredibiliti pilot MAS. Dalam perbincangan itu, banyak juga hal-hal yang tidak pernah saya ketahui atau saya dengari diceritakan. Betul atau tidak, saya hanya mampu simpan.

Masalah Tayar dan Gear MH 192

Baru-baru ini terjadi pula satu lagi peristiwa pahit untuk MAS apabila tayar dan gear pendaratan pesawat MH 192 mengalami masalah semasa dalam perjalanan ke Bangalore. Walaupun kejadian tayar pecah bukan sesuatu perkara yang sangat aneh dalam dunia penerbangan (sehari sebelum kejadian, sebuah pesawat Airbus A380 milik SIA turut mengalami kejadian yang sama). Tetapi ia tetap mendapat perhatian yang seirus. Dengan puluhan masalah yang telah sedia ada, ditambah lagi dengan masalah yang baru, ia adalah sesuatu yang amat menyakitkan. Namun Alhamdulillah, selepas berlegar-legar di ruang udara selama beberapa jam, pesawat itu berjaya di daratkan dengan baik tanpa sebarang kerosakkan serius dan kecederaan penumpang oleh juruterbangnya.

Kapten Nor Adam Azmi Abdul Razak

Dalam kepahitan itu, MAS dapat membuktikan, bahawa mereka tetap memiliki juruterbang yang sangat bagus. Kapten Nor Adam Azmi yang begitu low profile (sehingga kita tidak tahu langsung back groundnya), mengendalikan pesawat itu dengan sangat baik sehingga ke sudah. Dengan puluhan (mungkin ratusan) pujian yang dihamburkan, sekurang-kurangya beliau telah melegakan sedikit luka akibat kehilangan MH 370. 

Sekali lagi, tahniah Kapten Nor Adam Azmi Abdul Razak. Lalu saya teringat pula sebuah cerita melayu bertajuk Adam dan Hawa di mana, hero utamanya bernama Kapten Adam, seorang pilot yang dilakonkan oleh pelakon terkenal, Aaron Aziz. Mungkin Kapten Adam didalam dunia sebenarnyanya ialah Kapten Adam Azmi manakala isterinya tentu berbangga memiliki 'real hero' seperti beliau.

18 comments:

  1. Betullah zila.. macam ada sesuatu yang di sembunyikan... entahlahhh!

    ReplyDelete
  2. Doa belum di makbulkan Allah

    ReplyDelete
  3. Entah sampai bila semua ini akan menjadi misteri Allah sajalah yg tahu. Statistik pun menunjukkan peratus yg mengatakan ada sesuatu yg tersembunyi sebalik tragedi ini lebih tinggi dari yg percaya bulat-bulat dari semua laporan diberikan...

    ReplyDelete
  4. Semoga dipermudahkan segala usaha pencarian... sekiranya ada pihak yg bermain onar, semoga Allah swt jualah yg menggagalkan & membenamkan segala kebatilan... aamiin..

    ReplyDelete
  5. 'ghaib' tanpa dapat dikesan oleh teknologi canggih dari berbagai negara...pelik.!!

    ReplyDelete
  6. dr awal lagi saya dah menganggap ianya disengajakan sebab ' kargo' yg diperkatakan ... klu mrk org Islam , akan dpt cash lah nantinya . Musibah yg dah byk melanda negara itu adalah peringatan drp Allah kpd rakyat juga pemimpin !

    ReplyDelete
  7. kesian mereka yg jadi mangsa di dlm itu . janji Allah , doa mereka yg teraniyaya iru makdul wpun mrk org kafir .

    ReplyDelete
  8. Bila dah terlalu lama sangat serta kehilangannya pula adalah dengan cara yang amat meragukan, sudah tentu akan menimbulkan pelbagai andaian dan spekulasi dari khalayak, sama ada pakar-pakar mahupun orang perseorangan. Kehilangan MH370 ini sememangnya lebih banyak menimbulkan persoalan dan syak.

    ReplyDelete
  9. pelbagai spekulasi bermain di alam maya dan buah mulut,namun Hanya Allah Jua Yang Mengetahuinya..sempat gak zila menyelit dengan aron ajis ye..hehehe

    ReplyDelete
  10. bila dah bermacam usaha pencaraian dibuat ttp x menemui bukti pesawat mh370. diri yumida pun mula percaya spekulasi yg diwar-warkan sebelum ni. wallahua'lam. moga ada petunjuk pencarian. dipermudahkan pencarian.

    ReplyDelete
  11. ada baca blog TDM tu dulu..panjang lebar..dan masuk akal..tapi siapalah kita untuk berkata2..
    tabik spring kepada Kapten Nor Adam Azmi Abdul Razak

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum kak, terkesima kejap baca catatan Tun Mahathir.. masih menjadi persoalan kita semua kan.. singgah menabung darlie sini~~~

    ReplyDelete
  13. Setuju sgt dengan pandangan Tun M.. pelik kan sampai skrg tak jumpa2..

    ReplyDelete
  14. Betul kak.. terlampau banyak spekulasi pasal MH370 nih kan.. Ada gak yang bercakap tanpa asas.. cakap mcm tin kosong..

    Semoga kita diberi petunjuk dalam pencarian pesawat tu.. Aminn,..

    ReplyDelete
  15. lepas kes mh370, gempar kejap dengan kes mh192... masa tu kita masih lagi trauma dengan kes kapal terbang. tetiba dapat plak kes baru...

    ReplyDelete
  16. Selagi kehilangannya masih misteri, selagi itulah pelbagai teori dan spekulasi akan terus dikeluarkan dan dibahaskan. Terpulang kepada diri masing2 utk menerima atau sekadar mendengarnya.

    ReplyDelete
  17. misteri sungguh MH370 nih.. ada udang di sebalik mee kah?? hmm Allah jelah yg tahu...

    ReplyDelete