Thursday, May 8, 2014

Itulah kenyataannya


Masa kami semua anak dara dan masih belum kahwin bila berjumpa alangkah meriahnya
Meriah dengan gossip
Semua sibuk hendak cerita tentang lelaki atau apa sahaja yang kami minat

Perhubungan adik beradik memang sangat istimewa
Kita tidak akan dapat hubungan sebegitu dengan orang lain yang tidak ada hubungan darah
Kemesraannya tidak dapat diungkap dengan kata-kata
Sampai hendak tidur pun masih berbual-bual
Yang pelik, ada sahaja yang hendak dibualkan, macam tidak habis-habis

Sekali sekala teringat, kenangan masa remaja, 
Walaupun umur dengan kakak-kakak sangat jauh bezanya
Mereka tetap rajin melayan
Kakak-kakak pun tidak bermulut celupar, sebab itu adik-adik senang hati

Tipsnya
Emak ayah, jangan beza anak-anak
Jangan kutuk anak-anak di belakang anak yang lain
Ia akan menghapuskan rasa hormat anak-anak pada adik beradik yang lain
Itu sahaja



23 comments:

  1. Seronoknya kalau ada adik beradik perempuan ni... macam nrl, kalau ada apa2, semuanya luahkan kat emak je... adik beradik semua lelaki... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lelaki dan perempuan sama sahaja sebenarnya, yang penting ada rasa hormat dan ada kemesraan. Anak lelaki akak sangat rapat dengan kakaknya, macam tak ada orang lain, selain kakaknya..sikit2 kakak...

      Delete
  2. seronok ada adik beradik kan? iolss tak ada adik beradik kak... hew hew hew...sebatang kara jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa farah, dengan cara lain pun kita boleh mendapatkan kegembiraan dan kebahagiaan

      Delete
  3. Betul tu kak... teringat masa kecik2.. mmg sebijik mcm gambo tu kitorg bergosip hehehe.. smp mak masuk bilik soh tdo ekekekeke

    Nostalgia sungguh

    ReplyDelete
  4. Mak saya dengan mak saudara saya sampai sekarang kalau berjumpa memang bergosip sampai ke siang. Tak henti-henti ceritanya bila dah lama tak berjumpa. Hehe

    ReplyDelete
  5. Saya ada sorang kakak je..sekarang dia kat rawang..saya kat JB..jauh tau

    ReplyDelete
  6. betul la kan kak. sikap suka bertalam 2 muka tu harus dihapuskan dlm sesebuah keluarga. x kisah antara anak beranak, anak menantu. bila kita mengetahui seseorg tu bersifat talam 2 muka, hilang rs hormat. moga kita sentiasa membina hubungan yg sihat dlm keluarga

    ReplyDelete
  7. Tips yg bagus...jauhi mengadu domba anak2 yg lain..nnt hilang respect sesama mereka.

    ReplyDelete
  8. terharu sungguh akak dengan keakraban kalian adik beradik....moga anak anak kalian nanti pun akan akrab seperti itu.... amin.....

    ReplyDelete
  9. tips yg bgus sis..
    btul jangan mngutuk takut hlang hormat,,
    pling penting jgn bzakan kasih sayang

    ReplyDelete
  10. anak2 ana dua orang perempuan kalau time baik,bukan main ngam lagi berceloteh bila angin ribut melanda macam kapal perang dah bunyinya..ana setuju pendapat tentang membezakan kasih sayang anak2 ni.. :)

    ReplyDelete
  11. sally jarang borak dengan kakak...sbb dia tu lain sikit...takde perasaan punya org -__-''

    ReplyDelete
  12. Mmg betul... nasihat yg sgt baik buat ibu bapa.. jngn membeza2kan kasih sayang agar kebahagian kekeluargaan itu terus berkekalan dari satu generasi ke generasi yg seterusnya...

    ReplyDelete
  13. Btl kak.. Farah dgn adik pompuan beza umur setahun jer kak..Tp kami mmg rapat..satu kepala..

    ReplyDelete
  14. btl tu akak..kami adik beradik tak pernah bergaduh..parent bagi layanan yg sama rata

    ReplyDelete
  15. mcm knor juga..suka bergosip dgn adik beradik pot kat dapur n bilik tidur..sampai pg plk tu..gelak tgh2 mlm..dah kawni mcm ni pun..esok pg2 pakat2 suami tegur...hahah

    ReplyDelete
  16. hehehehe.. sy ngan kakak sy smpai skang bergossip sesama atas katil.. mmg best n mengeratkan lg hubungan adik beradik

    ReplyDelete
  17. Samalah kita. Kakak lagilah kalau Zila nak tahu 7 adik-beradik perempuan satu aje abang anak lelaki dan kami memang closed sebab selang 2-3 tahun aje pun.. Bila Zila buat N3 ini kakak tersenyum sebab macam terkena batang hidung hihi...

    ReplyDelete
  18. bila ibu bapa pilih kasih maka anak2 pun jadi pilih kasih ... itulah yg saya lihat di sekeliling saya ...

    ReplyDelete
  19. Kalau Nurul jumpa adik beradik pun sama.. semua 8 orang, kalau balik kg.. fuhh... mmg gamat! meriah sangat!

    ReplyDelete
  20. saya dulu ngan adik beradik x rapat sangat masa kecik2.. kuat gaduh je.. hehe.. skrg dah okay.. masing2 dah besar, dah matang..

    ReplyDelete