Monday, May 5, 2014

Roh dan jiwa dalam penulisan novel

Saya sangat selektif dalam memilih bahan bacaan, terutamanya jenis novel komersial. Bukan maksudnya saya merendahkan penulis tempatan, tetapi saya tidak mahu rasa kecewa jika tersalah memilih bahan bacaan. Salah satu kepantangan saya dalam membaca novel ialah cerita yang sangat klise dan menggunakan bahasa-bahasa yang agak paranormal (berbunga-bunga mendayu-dayu), walaupun ceritanya hanya cerita biasa sahaja tentang kehidupan seharian. Novel selain kisah cinta saya akan beli dan baca, terutama yang bersifat motivasi atau biografi. Tetapi lain orang lain citarasa, abaikan itu.

Hatiku Di Harajuku - Ramlee Awang Murshid

Beberapa minggu lepas, saya menjalani kursus di Karangkraf Shah Alam. Dalam kursus itu saya bertemu ramai penulis novel tempatan. Terlanjur disana saya menyinggah ke galeri jualan buku-bukunya. Sambil-sambil itu saya berbasi-basa dengan  penulis-penulis tersebut. Mereka mengesyorkan saya untuk membaca novel karya penulis tempatan yang sangat terkenal iaitu Ramlee Awang Murshid. Kata mereka saya akan mendapat jiwa dengan buku tersebut. Tajuknya Hatiku di Harajuku. Sayapun ikut beli.

Buku itu saya baca setelah beberapa hari berada dalam tangan.

Saya tidak ingin komen banyak tentang Ramlee Awang Murshid kerana, beliau adalah penulis berpengaruh yang mempunyai ramai pengikut di Malaysia. Pengikutnya juga sanggup menubuhkan sebuah kelab sebagai sokongan. Tahniah Ramlee Awang Murshid atas kejayaan buku-bukunya.


Tapi perasaan saya semasa menghadapi buku itu sangat tidak sama seperti ketika membaca novel Suzanne Collin, Enid Blyton, Anna Sewell dan paling utama, JK Rowling. Perasaan itu juga sangat tidak sama dengan perasaan ketika membaca buku-buku tulisan penulis tempatan lain seperti A.Samad Said, Abdullah Hussin, HAMKA, Tamar Jalis dan beberapa lagi.

Berbalik kepada Novel Hatiku Di Harajuku, apabila mendengar kata-kata semangat dari novelis-novelis tempatan yang ditemui, saya telah meletakkan satu harapan yang sangat besar sebagaimana saya ingin melihat semangat dan jiwa 'Salina', 'Harry Potter', 'Bercakap dengan Jin' dan 'The Hunger Games'. Tetapi malangnya ia tidak hadir di dalam diri saya.

Bukan kerana Ramlee Awang Murshid  tidak bagus. Kalau tidak bagus, peminat tidak akan beli dan baca bukunya. Anda tahu, tidak mudah menulis sebuah novel. Saya sendiri sehingga kini masih belum pernah berjaya menulis, haram sebiji buku pun.

Saya adalah peminat novel thriller. Tetapi Hatiku di Harajuku tidak masuk ke dalam jiwa saya. Dan saya percaya, ada beberapa orang pembaca yang cerewet macam saya mempunyai penilaian yang sama. Ia sebenarnya adalah sebuah kisah klise dengan teknik penulisan yang biasa sahaja. Ada banyak terjemahan filem Hollywood yang sebegitu. Tidak perlu marah kepada saya hanya kerana anda peminat Ramlee Awang Murshid.

Roh dan Jiwa dalam Penulisan

Bagi saya novel yang sangat baik adalah novel yang mempunyai roh dan jiwa di dalamnya. Anda  dapat membayangkan anda ada bersama-sama berada di dalam novel itu. Dua contoh novel yang mempunyai jiwa dan rasa yang mendalam di dalam penulisannya ialah Harry Potter dan Salina (mungkin tidak semua orang sependapat dengan saya - penjiwaan itu ada kala berbeza bagi setiap individu, terutama sekali yang melibatkan genre).

Pasti ada yang tidak faham maksud roh dan jiwa dalam novel. Ia bermaksud anda dapat melihat segala suasana yang digambarkan dalam novel itu bersama keseluruhan jiwa anda. Ia terasa seperti anda sedang masuk dan berjalan bersama cerita itu dan tertinggal diri sendiri di belakangnya. Bila sudah habis membaca barulah anda dapat kembali berpijak semula di dunia yang nyata. Tidak semua penulis novel pakar dalam melakukan hal ini.

Bagi orang yang cerewet (dalam memilih bahan bacaan) seperti saya ini memang sangat sukar untuk dipuaskan dan sangat sulit untuk mencari buku yang bersesuaian. Saya tidak akan baca buku secara hentam kromo. Buku yang tidak menarik, saya hanya akan selak muka depan, baca beberapa bab secara lompat-lompat dan terus terbang ke bab terakhirnya (ini bukan satu budaya yang bagus tetapi saya ada hak). Saya juga adalah seorang yang banyak songeh dan komen dalam membaca novel. Tetapi komen itu selalunya hanya dibiar berperang di dalam diri sendiri sahaja. Saya tidak cerita kepada orang lain kerana jarang ada pembaca yang cerewet seperti saya.

Tekni dan Genre dalam penulisan novel.

Ilmu penulisan novel sangat meluas. Ada pelbagai genre dan ada pelbagai teknik. Ada genre seram, genre biografi, genre romantik, genre thriller dan pelbagai lagi. Lain genre, lain pula penjiwaannya.

Begitulah juga dengan teknik. Ada yang sangat sensitif, lalu mencipta signaturnya tersendiri (teknik akan menghasilkan signatur penulisan). Ada yang tidak kisah langsung dan tulis hentam kromo, asal dapat disiapkan dalam masa 4 bulan. Ada yang syok sendiri dan tidak memikir pembacanya (bila orang tidak beli novel tempatan, mula marah-marah). Ada yang mampu menterjemah segala macam yang terbayang di dalam fikiran ke dalam bentuk novel (contohnya Harry Potter dan Black Beauty). Ada juga penulis yang terlingkung dalam dunianya sendiri sahaja (menyangka mereka sangat hebat kerana pandai menulis - yang ini lebih parah dan lebih kurang dengan syok sendiri di atas).

Teknik penulisan akan memberi kesan terhadap penjiwaan sesebuah novel. Anda boleh menulis secara semberono dan mungkin juga dapat mencari pembaca. Tetapi mencari pembaca yang berkualiti untuk novel itu, mungkin tidak ada. Malang sekali wujud ramai pembaca yang tidak berkualiti di Malaysia ini. Jadi penulis pun tidak kisah jika menulis sebuah naskah yang tidak berkualiti.

Tidak mudah untuk mendapat kesempurnaan dan ketelitian. Saya pun acap kali tidak dapat menjadi sempurna, walaupun hanya dalam penulisan blog.

Kuantiti belum tentu menghasilkan kualiti. 

Kuantiti belum tentu menghasilkan kualiti. Percayalah kata-kata saya.

Anna Sewell hanya menghasilkan sebuah novel sahaja seumur hidupnya, tetapi novel itu sangat berjaya dan menyentuh hati.

Zabidi Mohamed, seingat saya tidak banyak menghasilkan buku, tetapi beliau adalah seorang penulis yang sangat baik. Malah saya merasakan, kepakarannya dalam penulisan buku adalah jauh lebih baik dari kepakarannya sebagai penulis skrip (penulisan skrip dan penulisan novel adalah dua cabang berbeza). Oleh itu saya pernah sanggup untuk mebayar sejumlah wang bagi mengikuti kelasnya, walau saya bukan seorang penulis rasmi dan hakikat sebenarnya saya adalah seorang yang sangat kedekut untuk sesuatu yang tidak praktikal (buat diri saya).

Saya mungkin tidak hebat untuk memberi nasihat kepada orang lain. Sayapun tidak pernah menulis novel. Entry ini dikeluarkan di atas kapasiti sebagai pembaca di dalam pasaran. Banyak novel boleh dihasilkan, tetapi untuk menghasilkan novel yang mempunyai roh dan jiwa bukan mudah. Tidak semua penulis memahami perkara ini. Sebilangan besar penulis berlumba-lumba menghasilkan novel hanya untuk menambah pendapatan. Sebilangan lagi, tidak perasan, mereka hanya syok sendiri.

Sedikit pesanan, penulis Malaysia harus belajar banyak. Sebagai contoh, jika penulis adalah penulis novel genre romantik, jangan tertakluk untuk membaca novel-novel romantis sahaja dalam pencarian ilmu dan pemantapan penulisan. Dunia ini sangat luas skopnya. Penulis tidak akan berkembang jika hanya membaca satu genre pembacaan sahaja. Penulis novel komersial di Malaysia ( maaf cakaplah) agak jarang lari dari kebiasaan dan kebanyakan novel mereka adalah cerita klise yang diubah serba sedikit sahaja. Kalau jalan cerita tidak klise pun teknik penulisan lebih kurang sama sahaja.

Bravo kepada penulis-penulis yang hebat.

Sekian.

15 comments:

  1. dah jarang membaca novel sekarang ni...maklumlah, mata ni dah tak mampu nak merenung lama lama...hihi... salam ingatan Zila...

    ReplyDelete
  2. Satu perkongsian yang membuka minda. Terima kasih. Saya belum pernah membaca novel ni, tapi pernah membaca novel RAM yang lain. Masing-masing ada kekuatan dan kelemahannya.

    Wah, takut pula saya nak promosikan buku saya ni. Dah miliki Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa terbitan ITBM? Jika belum boleh dapatkan daripada saya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Asslammualaikum akk..mmg rajin baca novel akk ni..sya pling suka sekali novel seorg tua dikaai gunung..tp buku tu dah ilang..sya x tau mna nak cri buku tu.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azizi abdullah. Ya, novel komersial yang mempunyai nilai yang tinggi. Ada rasa dan jiwa. Sayang sudah tidak dicetak. Tapi kebanyakan library besar ada simpan buku ni

      Delete
  4. Tak ingat nama2 penulis..tapi semua buku pun knor suka bca..kecuali novel..anak2 sukalh novel, itu pun di pantau juga..

    ReplyDelete
  5. RAM mmg salah seorang penulis kegemaran & amat saya hormati. Hatiku di Harajuku pun salah satu buku feveret saya... i follow hehee.. Bila ingat, terasa nak jadi Rhu Watanabe pulak... sempoi.. :D :D
    Tetamu Istimewa komenter kat atau tu pun penulis yg sedang meningkat naik tu Zila... :)

    ReplyDelete
  6. pernah tak baca karya RAM yang lain selain Hatiku di Harajuku..pada saya novel ni ok..& karya RAM yang lain juga membuat saya diawangan hingga hadir perasaan takut..

    ReplyDelete
  7. Setiap orang punya pandangan dan pendapat sendiri dan ianya wajar dihormati. Ulasan yg menarik krn ianya jujur.
    Sejak meninggalkan alam persekolahan...dah tak baca novel. :)

    ReplyDelete
  8. Masing2 punya pandangan dan citarasa sendiri..

    ReplyDelete
  9. saya paling tak suka baca novel yg byk guna bahasa bombastik ... tak faham !

    ReplyDelete
  10. Sama seperti chef punya citarasa berbeza begitulah juga novelis termasuk peminatnya. Kalau anak sulung kakak suka RAM, anak ke dua suka novelis org putih (alahai lupa pulak) dan yg kecik suka AIn Maisara.

    Sesekali tumpang baca memang setiap mereka punya gaya yg tak sama..

    ReplyDelete
  11. dah lama ana tinggalkan pembacaan novel ni zila...tapi semasa berada di pengajian sastera tingkatan 6 dulu memang menghayati setiap plot dalam novel pilihan..

    ReplyDelete
  12. bagus juga salektif kak..kalau terbeli.. yg tak puas hati..dgn mutu kandungan yg disajikan..memang rasa ralat kan :)

    ReplyDelete
  13. wahh bagusnye suka membaca.. deqla dulu suka gak baca novel tp sekrg dah x berapa nak ada masa membaca.. hihihi..

    ReplyDelete