Friday, May 2, 2014

Sambung cuti

Hari ini saya bercuti. Sengaja ambil cuti untuk berehat, walaupun kerja saya berlambak di opis. Dan bila mengingat kerja itu, hati saya jadi kecut, tapi saya abaikan. Sesekali saya perlu bersantaian. Bersendirian. Awal pagi saya telah kemas rumah, basuh pinggan, sidai kain dan sebagainya. Ahhh..alangkah nyamannya menjadi surirumah. Tidak perlu fikir banyak-banyak sangat tentang urusan-urusan rasmi. Boleh tidur, boleh main games, boleh menonton TV, boleh tulis blog, boleh segala macam yang terlintas...Asalkan segala kerja rumah telah siap sedia dari awal pagi.

Tiba-tiba....

Saya merindukan tugas saya pula sebagai pekerja. Rupa-rupanya dalam keseronokan menjadi surirumah sepenuh masa, saya rasa amat janggal tidak bekerja. Berbeza sungguh pengalaman menjadi seorang pekerja dengan duduk di rumah.sahaja. Kawan-kawan sayapun semuanya bekerja. Di taman ini semua orang bekerja. Kami hanya jumpa pada waktu petang sahaja ketika menemankan anak-anak bermain. Itupun tidak selalu. Orang-orang di sini tidak biasa bergossip. Itu satu budaya yang saya sangat suka dari dulu. Kalau berborak pun, tidak termasuk mengumpat orang. Biasanya isu-isu semasa sahaja. Minda pun jadi lebih terbuka, tidaklah seperti katak dibawah tempurung. Sikit-sikit nak kecoh.

Amirul Zaquan

Anak jiran saya yang lemas hari Ahad lepas masih belum sedar diri. Amirul Zaquan Amirul Hairi namanya. Emaknya sangat baik dengan saya. Antara jiran terapat kami. Beliau sangat selalu memberi hadiah dan makanan kepada kami. Kadang-kadang Zaquan yang datang hantar ke rumah. Kalau dia dan emaknya ada di taman, saya merasa lega untuk melepaskan anak-anak bermain. Biasanya emak Zaquan yang akan perhati anak-anak saya bermain. 

Tapi sejak kejadian dia lemas itu, hati saya pun jadi tidak keruan. Berdoa agar anak kecil itu sembuh segera. Sedar kembali. Hari Rabu pagi Dr maklumkan, Zaquan sedang meniti fasa yang sangat kritikal, seluruh kaum saudara diminta bersedia untuk menerima apa sahaja kemungkinan. Dijangka hayatnya tidak akan panjang. Terus saya ambil cuti emergency untuk menemankan emaknya di hospital. 

Tetapi kami semua masih mengharapkan keajaiban. Semalam saya datang lagi di ICU, kakinya sudah beri respon apabila dipegang. Saya beritahu, kak Nuri dan abang Hilmi tunggu Zaquan di rumah, nak ajak Zaquan main. Adam dan Aisyah (anak jiran depan) pun tunggu Zaquan. Menitis air mata saya sewaktu membisikkan kata-kata itu di telinganya. Anak-anak saya pun asyik bertanya keadaan Zaquan dan buatkan hadiah untuknya. Hanya menunggu dia sembuh untuk diberikan.

Sembuhlah segera Zaquan. Semua orang menantikan senyuman manismu

Anak-anak saya bermain dengan anak jiran belakang rumah. Jiran yang rapat juga dengan kami. Kadang-kadang Zaquan turut serta bermain.

12 comments:

  1. mia doakan semoga zaquan cepat sembuh.... moga ada keajaiban buat dia.. amin...

    ReplyDelete
  2. semoga dia cepat sembuh . ketentuan Allah kita tak tahu . insha Allah , doa seorg ibu itu mustajab .

    ReplyDelete
  3. seronok jika dapat jiran yg baik hati,saling menghormati mcm tu,kan...yalah kdg2 adik beradik jauh..hanya jiran kita bergantung jika ada apa2..

    ReplyDelete
  4. Semoga zaquan cepat sembuh...kawan2 menanti zaquan...semoga Allah permudahkan dalam membantu kesembuhan zaquan...
    Aamiin..

    ReplyDelete
  5. Semoga Zaquan cepat sembuh... aamiin.
    Menjadi surirumah satu pekerjaan yg sgt mulia Zila... :)

    ReplyDelete
  6. Bila kita meninggalkan rutin biasa kepada yang kurang biasa...adalah normal terasa luar biasa. Cuti kan banyak...biasa2kan lah ye... :)
    Doa buat Zaquan semoga sedar dan sembuh sediakala...amiin

    ReplyDelete
  7. Selamat bercuti zila...

    terharu bca ttg anak kecil zaquan..semoga Allah memakbulkan doa ibubapa nya dn doa semua umat yg mengenali dn tidak mengenalinya..amin Engkau sembuhkanlah Ya Allah Sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh.amin

    ReplyDelete
  8. moga zaquan cepat sembuh ...

    ReplyDelete
  9. syoknye cuti.. bila cuti x yah pikir psl keje.. stress jadinya..hmm tp kdg2 terpikir jugak kan..haha.. cantiknye laman rumah awk.. moga anak kecil tu lekas sembuh..

    ReplyDelete