Friday, May 16, 2014

Selamat hari guru - kenangan bersama guru

Saya ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru-guru yang pernah mengajar saya, 
samada di sekolah, mahupun di Universiti
Juga kepada guru-guru di seluruh negara dan dunia.
Kakak saya adalah guru
Ramai sepupu sepapat saya juga guru
Jasa anda semua amat saya hargai
Semoga berbahagia selalu dan terus menjadi guru-guru yang berkaliber.
Bagi yang tak berkaliber tu, fahamlah sendiri dan sama-sama kita perbaiki diri
Guru adalah contoh paling dekat untuk anak-anak selain ibubapa dan keluarga
Semoga negara ini terus maju jaya berkat ilmu yang di ajar oleh guru-guru ini


Kelas tingkatan 5 bersama guru kelas, Cikgu Chia yang ajar Matematik
Bersama cikgu Ng Kok Lye yang ajar Fizik
Kami sekelas (malah semua kelas ting 5) sangat rapat. Sampai sekarang pun masih berhubungan mesra. Tetapi best freind saya dari kelas sastera, saya dari kelas sains tulen.

Cikgu yang benar-benar merapatkan hubungan kami bernama cikgu Selvarajah. Cikgu itu ajar Kimia dan Biologi. Dialah yang bertanggungjawab membentuk kami semua. Almaklumlah, sekolah kampung dan batch saya adalah yang pertama beraliran sains tulen. Jadi tidak ada senior untuk di rujuk. Kira kami adalah pioneer. Sangat membanggakan bila semua dalam kelas ini berjaya dengan kredit dalam matematik. Padahal, ramai diantara kami yang mendapat keputusan buruk semasa PMR. Masa itu pelajar yang mempunyai keputusan yang kurang memberangsangkan dalam PMR juga diberi peluang memilih subjek mereka, tidak ada paksaan.

Cikgu Selva selalu membuat kelas tambahan tanpa meminta sebarang bayaran. Dia mengeluarkan semua komitmennya untuk kami tanpa sebarang prejudis. Bayangkan, pernah satu hari (hari Sabtu) dipaksanya kami datang prep ke sekolah walaupun dia tidak dapat datang ketika itu. Kami datang ramai-ramai satu kelas ulangkaji tanpa guru (dan honestly kami memang betul-betul belajar!!). Tapi kami semua baik, tidak pernah ada kes yang pelik-pelik macam zaman sekarang, walaupun agak sedikit nakal.

Sekali lagi terima kasih cikgu!!

ps/ Pengalaman belajar di sekolah kampung, sekolah bandar, sekolah biasa dan sekolah asrama penuh mungkin tidak sama. Umum mengetahui, standard sekolah biasa tidak sama dengan sekolah asrama penuh atau sekolah bestari. Gurulah yang akan mencorak anak-anak muridnya.



Kenangan bersama cikgu Selvarajah




18 comments:

  1. salam zila...
    knor ingat nama guru aje..rupa mmg tak ingat...entah ada lagi ke atau tak ada kat dunia ni lgi...

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik... jasa & pengorbanan guru akan sentiasa dikenang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya selamat hari guru di seluruh dunia.. :)

      Delete
  3. Wah, syioknya belek-belek gambar lama...jasa guru dikenang sepanjang zaman..

    ReplyDelete
  4. Saya pun sekolah kampung sampai tingkatan lima, aliran sains. Guru2 cukup berjasa dalam membimbing kami didalam pelajaran dan juga diluar sekolah.
    p/s: cuma zaman saya masih SRP lagi...hehe

    ReplyDelete
  5. uniform biru itu mengingatkan saya ketika form 3 ...

    ReplyDelete
  6. Selamt hr gru buat semua gru...

    pss...rindu zaman skulah...

    ReplyDelete
  7. sejarah pendidikan zila lebih kurang kisah ana..semasa dikelas sains tulen juga cikgu2 ana semua non malay namun semangat mendidik dikalangan mereka sangat tinggi.. jasa mereka tidak ternilai..

    ReplyDelete
  8. Mendidik anak dulu tak sama dgn anak sekarang.
    Cabaran hari ini lebih besar berbanding cabaran masa dulu. Cabran dulu tak cukup duit, cabaran sekarang sikap murid..
    Zaman kakak dulu cikgu buat kelas tambahan tanpa bayaran maklumkan kami rata-rata tak mampu - sedih..

    ReplyDelete
  9. selamat hari guru kepada smua pendidik..mengimbau kenangan nih..

    ReplyDelete
  10. selamat hari guru untuk semua guru dimalaysia nie..

    ReplyDelete
  11. Wah, gambar kenangan. Seronok sebenarnya bila belek-belek balik gambar lama ni. Macam saya ni dah banyak pic-pic lama terbuang. Rasa rugi sangat-sangat.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum.

    Ingat lagi akak dgn nama2 cikgu ya.. :) saya bab ingat nama ni, mmg kelemahan sya..tpi bab rupa, insyaAllah ingat.. :)

    Selamat hari guru untuk semua warga pendidik dan khususnya, ibu bapa kita lah, yg dari kecik smpai bila2 pun, tetap sampaikan ilmu kehidupan.. ^_^

    ReplyDelete
  13. subahanaallah..nice masih tersimpan picture sekolah..kenangan tuu...Alhamdullilah..

    ReplyDelete
  14. kak..kenangan mengusik jiwa
    teringat zmn sekolah dulu2..rindu pulak

    ReplyDelete