Wednesday, June 11, 2014

Fotografi murah

Ini namanya rezeki terpijak

Saya bukan jurugambar profesional. Tapi entah macamana, seorang kawan suami berminat untuk mendapatkan khidmat saya sebagai fotografer dalam satu majlis perkahwinan. Majlis yang kecil sahaja dan dia akan membayar saya RM500, katanya. Ternganga mulut sekejap, kerana inilah kali pertama saya ditawarkan sedemikian. Akhirnya, saya kata, saya tidak akan cas apa-apa, cuma dia perlu membayar kos untuk printing sahaja. Deal.

Kerana saya bukan jurugambar profesional dan saya tidak ada gadget-gadget yang canggih itu, cuak juga rasanya. Yang ada hanyalah Nikon D3100 dan Panasonic Lumix GX sahaja. Flash extra pun tarak. Cukup untuk menjadi bahan ketawa fotografer-fotografer profesional lain. Tapi saya gagahkan diri, sebelum keluar rumah habis segala macam doa saya baca untuk memudahkan urusan, harap-harapnya menjadilah kali ini.

Sebelum itu, saya saya ada tanya teknik pada beberapa orang jurugambar yang saya kenal di FB, tapi hampeh, tidak berjawab. Fahamlah saya, bukan senang nak menuntut ilmu dari orang. Mereka bayar ribu-raban beli lense, sampai boleh cecah harga viva sebijik, saya senang-senang tanya teknik pulak, haram, takkan di layan. Sedar diri sikit.

Jadi bagai nak raklah saya di majlis kenduri itu, walau hanya berseorangan tanpa bantuan dan ilmu yang ada sangat sedikit. Snap sana, snap sini, macam terer, tapi tuan rumah dah beri kepercayaan 100 peratus, sayapun kenalah bagi komitment 100 peratus juga. Kali ini saya guna mode manual, dengan ISO 400-1600 di bawah khemah. Aperture? Hancur. Maklumlah, orang baru belajar. Berbaloi juga pergi ke kelas fotografi dulu, tau sikit-sikit, taklah buta sangat.

Habis sahaja majlis, saya pun minta diri. Saya kata jangan bayar sampai siap segalanya. Tapi tuan rumah lebih degil dari saya, sudah menjadi rezeki untuk mendapat RM500, walaupun agak ralat juga. Bukan apa, saya amatur, gambar yang diambil pun bukan cantik sangat. Setakat gadget D3100 dan Panasonic lumix, tidak boleh buat apa, kecuali dengan bantuan photoshop agaknya.

Namun terima kasih tuan rumah itu yang telah beri kepercayaan besar pada saya. Barulah saya sedar, selama ini Tuhan sangat sayang pada saya, banyak punca rezeki yang telah ditunjuk, tapi saya yang tidak yakin atau malas kot? Moralnya, jika rajin, apapun boleh dibuat rezeki. Tapi jangan pula sombong dengan sedikit rezeki yang dikurniakan. Tuhan boleh tarik pada bila-bila masa sahaja. Insaf sikit.

Semoga pengantin itu akan kekal bahagia selama-lamanya di dunia dan di akhirat. Dan semoga saya akan menjadi lebih rajin dan lebih baik selepas ini. Aamin.

Err..gambar pinggan cukuplah ye..siap semua esok saya tunjuk
P/S : Kalau ada sesiapa nak dapatkan khidmat saya, silalah komen. Hanya RM500 berserta photobook, pocket Album (dengan gambar yg sudah di print), dan CD. Ado bran? Ha ha, saya mengalu-alukan, tapi gadget saya hanya nikon d3100 dan pana lumix ye...Jangan harap gambar macam Saiful Nang pulak.

23 comments:

  1. wah... rezki tu... syukur alhamdulillah...

    ReplyDelete
  2. alhmadulillah..ada yg memberi kepercayaan utk merakam saat2 penting...satu permulaan yg baik...

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah...jurugambar yang profesional tu pun bermula dari bawah jugak...

    ReplyDelete
  4. semoga setaraf Saiful Nang satu hari nnt.Teruskan usaha.Kecikl besar tu semua rezeki.Sekarang kecik2..lama2 esok satu malaya org kenal.Unik nama MemetLenggeng tu~nama ayah rupanya.Boleh la buat kad bisnes dgn nama ni.

    ReplyDelete
  5. Org pandai biasalnya Zila memanglah tak akan kata dia pandai. Tapi kalau org sampai beria-ia mahukah khidmatnya ternyata bukan calang-calang. Apa lagi teruskan jadikan sebagai sampingan. Kakak sokong aje apa lagi bangsa kakak sendiri. Tumpang bangga sebenarnya..

    Syabas!

    ReplyDelete
  6. rezeki ni...tiba2 je kan..harap lepas ni semakin bersemangat lah ye..

    ReplyDelete
  7. Photographer ni walau freelance sekalipun, tetap ada cabarannya. Letak harga mahal salah, letak harga murah pun salah. Bila mahal, orang akan compare dengan hasil profesional lain, bila murah photographer lain yang dah lama cari makan bengang sebab offer below market price.

    Tapi kalau dah minat, dugaan macam mana pun still boleh tabah lagi :-)

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah... bole buat modal gambar2 tu :D

    ReplyDelete
  9. setiap org bermula dr tak tahu dan kesilapan . yg penting berani dan ada tekad ... teruskan usaha .

    ReplyDelete
  10. Waa, rezeki tu K Zila... Teruskan... :)

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah...murah rezeki zila...

    ReplyDelete
  12. Wa kak!! Dah terjun bidang baru da nih hehehe Alhamdulillah kak rezeki!!

    Selamat maju jaya kak!!

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah rezeki... semoga terus berjaya... aamiin.. :)

    ReplyDelete
  14. rezeki.. kalau ada bakat, pakai kamera mcm mn pun menjadi..

    ReplyDelete
  15. cantik jugak gambo pinggan tu....ok larr rm500...berbaloi dengam hasil kerja...rietta yakin gmbo tu semua cantik...

    ReplyDelete
  16. Assalammualaikum...zila,

    ok lah tu.. terbaik ada satu improvement utk tambah pendapatan.. moga zila sukses.. takper mula2 memang malu2, lepas nie mana tahu boleh jadi fotographer yang berjaya. Tuah dan rezeki siapa tahu kan.

    mselim3

    ReplyDelete
  17. Rezeki tue kak zila.. farah pun suka jugak bab photographer nie..dok belajar sikit2 kat mbr satu ofis..hehehe...Semoga bertambah rezeki akak lg lepas nie.. =D

    ReplyDelete
  18. skill yg penting tu kak. murah gila siap photobook. hehe sy ritu dgn sedara sndiir pun 600 dpt sticky album jek.

    ReplyDelete
  19. tahniah, rezeki.. kalau dah orang beri kepercayaan, x per la..

    ReplyDelete
  20. nak no akak blh? nk pkai khidmat akak ne..:)

    ReplyDelete