Wednesday, June 18, 2014

Menulis dalam bentuk short form

Saya sangat rimas dengan orang yang menulis dalam bentuk short form keterlaluan. Terutama sekali di dalam komen-komen. Ya memudahkan, tetapi bila berlebihan akan menyakitkan mata.

Saya tidak marahpun menulis dengan short form, praktis juga sekali-sekala bila perlu, tetapi janganlah keterlaluan sangat. Menulis short form untuk keseluruhan ayat anda hanya akan memburukkan Bahasa Melayu.

Contoh 1

Contoh 2

Rajin dan berdisiplinlah sedikit. Kalau malas sekalipun biarlah bertempat. Malas membaca tapi suka buat kerja senang

Kalau tidak kita sendiri yang menghargai bahasa kita, siapa lagi. Bukankah bahasa itu jiwa bangsa?

Atau ada yang tidak bersetuju?

19 comments:

  1. Alamak kak, sha pun ske gak shortform.. tp takla teruk bebenor hehehe

    ReplyDelete
  2. akak cukup2 geram kalau ada yg tulis aku=aq,itu=iteww,habis rosak bahasa..

    ReplyDelete
  3. Betullah...kadang dapat sms ayat pendek ni, sampai tak faham pun ada. Mereka yg tulis memanglah mereka faham, tapi dia tak fikir ke orang yg baca tu.... Bukan rimas lagi Zila, geram pun ada....hiiii.....

    ReplyDelete
  4. kadang2 perlu jugak shortform ni, bergantung kepada keadaan la.. tapi seeloknya, biarlah ejaan penuh..

    ReplyDelete
  5. suka tgk header tu..cantik pemandangan...segar

    ReplyDelete
  6. Mama sendiri pun tak gemar menaip pendek macam tu, agak-agaklah kalau ye pun.... Rimas nak baca kalau gitu rupanya

    ReplyDelete
  7. Kalau nak shortform pun janganlah sampai terlebih short.. peninn

    ReplyDelete
  8. eleh...'dye' tu kan 'dia' kan?so apa function shortform disitu?tu namanye merosakkan bahasa..huhu
    saya pon tak gemar shortform nih unless tulis mesej/whatApp tu pon tengok kepada sapa mesej tu ditujukan..kalo anto shortform kat mak tu memang tempeleng jek...
    pastu meluahkan perasaan secara berlebihan..

    ReplyDelete
  9. kalau short form sally okay lagi..kalau bhs alien tu masalah

    ReplyDelete
  10. Klu antara keluarga atau kengkawan bolehlah tulis short form, tp klu utk perkara2 yg public baiklah tulis elok2. Nanti bila org kata bangsa sendiri tak menghargai bahasa & penulisan sendiri.. marah pulak..

    ReplyDelete
  11. tak pandaipun guna shortform orang2 muda sekarang ni, ana biasa yang era2 dahulu tu sahaja..pelik bunyinya..

    ReplyDelete
  12. boleh je nak short form tapi janganlah sampai susah nak baca.

    ReplyDelete
  13. saya klu short form generasi sekrg , mmg nak pengsan ... juling biji mata n otak nak fikri apa yg sebenarnya mrk nak sampaikan ...

    ReplyDelete
  14. selalu gak guna shortform tp pada perkataan2 tertentu la...jgn la shortform smp xboleh baca..:P

    ReplyDelete
  15. Aisyah pun selalu guna shortform. Tapi, cuba untuk kurangkan penggunaan shortform mulai hari ni. Sebab kalau guna shortform rasa macam tak nampak cantik pula tulisan taipan kita kat depan laptop..Hahaha.. :)

    #salam kenal akak :) #nak follow blog best nilar.

    ReplyDelete
  16. kalau yang melampau tu rasa malas pulak nak membaca...kekadang saya pun menggunakan shortform,tapi saya akan pastikan tidak terlalu menggunakannya..

    ReplyDelete
  17. Err..adakah salah pakai shortform? Ana selalu gak pakai. Tapi tak tau laa melampau ke tak.

    Btw hi, singgah cni & follow. ^_^

    ReplyDelete