Friday, June 6, 2014

Sabah lagi bah!!!

Sebenarnya saya sangat teruja untuk pergi ke Sabah kali ini. Jadi saya tidak banyak masa untuk buat blogwalking dan sebagainya. Saya pergi bersama keluarga dan sepupu-sepupu suami.

Percayalah, Sabah adalah negeri terbaik untuk perlancongan di Malaysia. Memang insiden Lahad Datu  sedikit memburukkan nama Negeri Di Bawah Bayu itu, tetapi industri perlancongannya tetap tidak terjejas. Sangat rugi jika tiada inisiatif dilakukan untuk memperkukuhkan kebajikan dan kepentingan negeri ini kerana ada banyak negara yang berminat dengan kelebihan mereka.

Entry ini tidak banyak cerita, ia lebih kepada gambar kerana saya sibuk. Motif entry, marilah melancong di dalam negera kita yang tercinta. Malaysia pun punyai banyak tempat menarik!!!

Perjalanan pergi

Saya masih memilih Airline MAS. Ini adalah penerbangan pertama anak-anak bersama MAS. Bagi saya, hatiku tetap bersama MAS. Paling menyentuh hati, kali ini Kaptennya memberi salam dan membaca doa sebelum memulakan perjalanan. Tidak pernah ada penerbangan yang saya naik sebelum ini kapten berbuat begitu (penerbangan lain mungkin ada, tapi tak tahulah). Kapten Rashidi Ishak nama pilotnya, entah bagaimana rupa, teringin pula nak berjumpa. Beliau juga banyak menuturkan perkataan Alhamdulillah dan Insyaallah. Kalau semua pilot Islam sebegini alangkah bagusnya. Kedua-dua pesawat pergi dan balik adalah dari jenis boieng 737-800. Walaupun MAS telah mendowngrade banyak kuantiti makanan, tetapi kualiti perkhidmatan masih sama. Pesawat pergi tiada video, tetapi pesawat balik ada dan banyak cerita untuk di tonton.

Saya gembira bersama MAS, sungguh mungkin ia banyak kekurangan pada masa akan datang, tetapi ia adalah hak milik negara kita. Tidak sama perasaannya dengan penerbangan swasta lain.

Seorang lagi sepupu suami naik direct flight dari Penang ke KK bersama Air Asia. Tiada penerbangan terus dari MAS, jadi hanya itu pilihan terbaik yang beliau ada.


















19 comments:

  1. nak jejak bumi sabah juga satu hari nanti...

    ReplyDelete
  2. selamat bercuti zila..best nye bercuti

    ReplyDelete
  3. jalan-jalan ye...selamat bercuti..seronok anak2..

    ReplyDelete
  4. mudah2an saya juga blh menjejakinya ...

    ReplyDelete
  5. Suami akak kerap kesana atas urusan kerja...tapi akak belum berkesempatan lagi nak pergi....bawa anak anak yg seronok tu kan?

    ReplyDelete
  6. selamat bercuti zila, balik nanti kongsi dengan kami kay..

    ReplyDelete
  7. Betul kak..sabah memang tempat yang pelancongan yang terbaik di Malaysia..rindu nak ke Sabah lagi.. InsyaAllah kalau ada rezeki pasti sampai..=D

    ReplyDelete
  8. Lama juga dah tak ke Sabah.. tak tahulah bila dpt ke sana lagi. Mmg cantik suasana kebanyakan tempatnya. Slmt bercuti dgn ceria sekeluarga Zila.. :)

    ReplyDelete
  9. bgus pilot tu..mulakan dgn doa :)

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum kak.. Selamat pagi.. Lama Ros tak singgah sini,.. Ke sabah ye kak.. Dulu Ros pernah duduk sana, masa kecik la. hihi.. kat Kota Kinabalu..

    ReplyDelete
  11. Assalammualaikum...

    selamat bercuti bersama keluarga di Sabah.. dan selamat dalam perjalanan pergi dan balik.. bagus pilot tu baca doa sebelum berlepas..

    mselim3

    ReplyDelete
  12. sampai ke sabah dia cuti.. heheh..

    ReplyDelete
  13. Ke Sabah lagi ye Zila. Tapi mesti lebih happening sebab rombongan keluarga seronoknya lain..

    ReplyDelete
  14. alahai bestnya jalan2..sy belum pernah lg smp sabah..:P

    ReplyDelete
  15. Seronoknye.. time jenjalan makan angin dengan keluarga mmg moment yang terindah :)

    ReplyDelete