Thursday, July 31, 2014

Selamat hari raya

Saya ingin mengucapkan selamat hari raya puasa kepada semua kawan-kawan, silent reader dan sebagainya
Maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kaki apabila sangat jarang mengusik blog ini
mahupun bertandang ke blog orang lain sejak akhir-akhir ini.
Saya sangat sibuk
Maaf kawan-kawan.

Tahun ini, hari raya sangat menggembirakan kerana dapat berkumpul lagi dengan adik-beradik dan sanak saudara yang sangat dikasihi.
Kami sempoi
Tapi happy
Tidak ada protokol yang menyusahkan dalam hari raya
Anak-anak saya pula seronok sangat sampai taknak balik dari kampung...Haha.. 

Tetapi dalam bergembira kami tidak lupa MH 370, MH 17 dan GAZA.
Anak-anak saya telah wujudkan satu tabung khas dari mereka untuk kumpul duit dan didermakan ke Gaza
InsyaAllah

Kepada kaum keluarga MH370 dan MH17,
Kami juga menumpang sedih dan pilu,
Semoga segala-galanya dipermudahkan dan dibalas dengan kebaikan dari Allah 
 *****************
Lihat saja gelagat anak-anak buah dan anak saya pada malam raya dan malam raya pertama
Memang happening
































17 comments:

  1. assalamualaikum sis..
    selamat hari raya aidilfitri..
    amboi meriahnya suasana.. best :P

    ReplyDelete
  2. Salam Aidilfitri kpd Zila sekeluarga... singgah ziarah di Syawal ke 6. Baru hari ni mula berblogging kembali... :)

    ReplyDelete
  3. kuih muih masih berbaki lagi ke Zila..??

    ReplyDelete
  4. Selamat hari raya, Maaf zahir dan batin.
    Blog peribadi saya dah bertukar dari akubahrain.com ke adarain.com. Jemputlah singgah ke adarain.com selalu. :)

    ReplyDelete
  5. salam syawal zila.

    nampak kemeriahan tu..
    anak2 sudah tentukan..

    ReplyDelete
  6. selamat hari raya zila .... meriah sungguh tu .

    ReplyDelete
  7. Wow meriah main bunga api.. =D
    Selamat Hari raya yer..

    ReplyDelete
  8. Meriahnya raya pada anak-anak: Dapat main bunga api, bebas bermain di luar rumah pada malam raya dan duit raya. Meriahnya raya pada mak-mak bila berkumpul semua adik beradik dan masak rendang sama-sama, bakar lemang dan rebus ketupat di malam raya... memang hapening... tapi saya dah lama tak merasai itu semua... Salam raya Zila... mohon jika saya ada terkasar bahasa dan menyinggung perasaan Zila ketika saya meninggalkan komen di blog ini.

    ReplyDelete
  9. Selamat Har Raya dan maaf zahir batin dari kakak juga Zila.

    ps: suka tengok anak dara t-shirt kuning aduhai comelnya dia:)

    ReplyDelete
  10. Salam lebaran juga dari bunda...meriah betul...ada yang bermain bunga api...ada yang merendang ke tu..

    ReplyDelete
  11. sukanya saya tengok meriahnya suasana beraya di kampung. nampak keseronokan ahli keluarga smua

    ReplyDelete
  12. rindu kan saat berkumpul ramai2 bersama ahli keluarga :)

    ReplyDelete
  13. Wahhh... happeningnya! Meriahhh :) Salam Syawal Zila.. maaf andai ade tersilap bicara :)

    ReplyDelete
  14. Inilah saat yg paling menggembirakan apabila semua ahli keluarga dpt berkumpul bersama dikampung menyambut hari lebaran yg mulia. Salam Aidilfitri...Maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  15. Seronok hari raya dpt berkumpul rmai2 kn.. :)

    ReplyDelete