Wednesday, August 27, 2014

Bertemu Bunga Rafflesia

(Catatan ini ditulis beberapa bulan yang lepas sewaktu ke Sabah bersama keluarga)

Pada mulanya saya nak letak tajuk entry ini  sebagai "mengenali bunga rafflesia". Tetapi rasanya, isinya tak sepadan dengan tajuk. Macam nak cerita banyak sangat, tapi tak ada point. Jadi saya tukar kepada "bertemu bunga rafflesia" sahaja, lebih tepat.

 Ia sangat menarik, kerana saya tidak pernah melihat bunga ini dari dekat. Inilah pengalaman pertama bersama keluarga. Walaupun pernah ke Pusat Penerangan Rafflesia sebelum ini, tetapi ketika itu tiada bunga yang sedang mekar.

Maklumat tentang Pusat itu ada saya tulis di sini sebelumnya. Sepatutnya sebelum pergi lebih baik telefon dulu untuk mengetahui ada bunga mekar atau tidak, tetapi selepas gagal menghubungi beberapa kali, kami pergi gamble sahaja. Nasib ada bunga yang mekar di plot berdekatan.

Perjalanan pergi ke Tambunan dari KK tidaklah terlalu lama, hanya dalam 2 jam sahaja, tetapi jalannya berliku-liku. Ia lebih mencabar berbanding jalan ke Kundasang melalui Tamparuli. Jalan ini melalui pekan Penampang.

Bunga Rafflesia

Bunga Rafflesia mendapat nama bersempena penyelidik British, Stamford Raffles, yang juga orang  mula-mula merekod penemuannya. Ada bermacam-macam jenis varieti, tetapi tidak semua tumbuh di Malaysia.Varieti yang saya jumpa itu adalah jenis keitai. Saiznya agak kecil berbanding lain-lain varieti.

Jika diteliti dan dikaji betul-betul, rafflesia bukan seperti bunga-bunga yang biasa kita lihat di taman. Ia lebih mirip kepada kulat parasitik. Memerlukan perumah untuk hidup dan menggunakan serangga sebagai agen debunga. Ia juga menghasilkan bauan yang busuk untuk menarik serangga-serangga itu menghampirinya.

Saya fikir sudah ramai yang tahu, bunga ini adalah bunga terbesar di dunia. Besarnya boleh mencapai kira-kira tiga kaki bagi varieti tertentu.Bersyukurlah bila negara kita di anugerahi dengan anugerah alam yang sangat berharga kerana tidak banyak negara yang mempunyai tumbuhan ini.

Rafflesia mampu hidup di dalam iklim jenis katulistiwa sahaja, sebab itu ia istimewa. Ia juga tidak tumbuh di merata tempat, hanya kawasan-kawasan tertentu di dalam hutan. Jumlahnya pun tidak banyak. Kalau di pusat penyelidikan Rafflesia Tambunan ini, mereka mengenal pasti setiap plot dan menjaganya agar tidak terganggu dan tercemar. Ada banyak plot, yang terdekat boleh berjalan kaki selama beberapa minit sahaja. Yang saya lihat ini, perlu menaiki kereta selama lebih kurang 10 minit dan berjalan kaki lagi lebih kurang 10 minit ke dalam hutan. Seronok sebenarnya membawa anak-anak mengenali alam semulajadi.

Tetapi bukan semua orang suka dengan perkara-perkara alam semulajadi. Ada orang tidak kisah pun dan benci dengan nyamuk, pacat, dan segala macam kesukaran yang dilalui merentasi alam-alam semulajadi ini. Namun tidak kisahlah, lain orang, lain pula caranya. Cuma kalau boleh, marilah kita bersama-sama mempertahankan alam semulajadi ini untuk generasi yang akan datang.













15 comments:

  1. yumida pernah tgk bunga ni live kak
    masa tu kte org buat kerja luar
    yg bud tu kan busuk bila dia dah mati
    mmg menarik dpt tgk hidupan hutan ni
    bunga terbesar tuuu

    ReplyDelete
  2. Best dpt tgok bunga ni...xsemua bole dapat tgk sbb dia bkn mekar setiap masa kan.

    ReplyDelete
  3. ta pernah lagi tengok live..selalu tengok gambar jelah..bilalah dapat merasa tengok live yek..ehehe

    ReplyDelete
  4. Untung laaa dapat jumpe bunga raflesia.. Huhu..

    ReplyDelete
  5. Lya yg duk kat sbh ni pun x prnh lgi tgk bunga ni secara real

    ReplyDelete
  6. Saya belum pernah lagi melihatnya secara nyata.. hanya di gambar2 shj. Klu dulu, selalu melihatnya di setem. Teringin nak tengok betul2 satu hari nanti... :)

    ReplyDelete
  7. Selalu tgk dekat duit je :).hehe

    ReplyDelete
  8. Seronoknya bersama alam semulajadi! Dapat lihat pula secara live! bunga terbesar didunia ni. Memang mengujakan!

    ReplyDelete
  9. seronoknya dapat jugak tengok sendiri bunga tu kan.. Ros pun teringin jugak sebenarnya.. tapi tulah, tak de kesempatan.. boleh tengok melalui gambar pun dah ok :)

    ReplyDelete
  10. rezeki dpt tgok..bilalah Allah nak bg rezeki tgok bunga tu pd knor pulak...

    adibah sgt cintakan alam semulajadi..bgitu azhan,iman dn muhammad ikut suami kut..
    knor pun suka hijau

    ReplyDelete
  11. Rafflesia..pcl hanya kenal rupa melalui gambar, bila nk selfie dgn bunga gergasi tu entah la....cmbest jer!

    ReplyDelete
  12. Untunglah si comel-comel itupun ikut masuk hutan ye Zila.
    Kakak yg dah tua ni pun tak pernah nampak live lagi

    ReplyDelete
  13. Subhanallah akak..bestnya dapat tengok bunga nie dari dekat.. cantik sangat.. berbaloi redah hutan 10 minit kan akak..=D

    ReplyDelete