Thursday, August 14, 2014

Bila masa berlalu - biarlah mimpi cuma

Saya paling suka alam semula jadi
Mungkin kerana naturalnya saya anak kampung
Segala belukar, semak, bukit dan hutan saya telah saya redahi

Perasaaan yang paling indah ialah ketika hujan turun 
Dan selepas hujan itu berhenti 
Cahaya matahari, bau-bauan bumi, pokok-pokok dan kayu kayan yang berada di sekeliling rumah
akan membangkitkan aroma yang sangat harum
Begitu mendamaikan
Seindah gambaran cerita-cerita fantasi

Tetapi bila masa beredar
Semuanya pun akan berubah
dan tidak mungkin akan berlaku lagi
Hujan segar yang membasahi bumi itu
Kerana
Tidak sama ceritanya dengan pohon-pohonan dan belukaran hijau yang dulu

Yang ada hanyalah kerinduan terhadap kenangan itu
Yang hadir di dalam mimpi-mimpi
Bersama seorang ayah tua yang sedang menoreh getah
Biarlah mimpi cuma
Walau seketika

*********************************************

















2 Ogos 2014
Gambar-gambar adalah di mukim Pulau Tiga Kampung Gajah
Tidak ada edit
Menggunakan kamera cap ayam sahaja 
Oleh seorang kamerawoman yang kurang bakat
(tapi tetap nak berlagak macam Saiful Nang..Ecececehhh)

22 comments:

  1. lawa2 pic bunga tu kak..

    oh ye ke, takkn berat sgt kot blog kita, dah timbang hari tu, widget pun takde.. ermm

    ReplyDelete
  2. keindahan dulu tak sama seperti sekarang...rindu pulak saat-saat kanak-kanak dlu

    ReplyDelete
  3. Kakak pun anak kampung Zila. Cuma kampung yg dulunya punya aroma tersendiri telah hilang dek pembangunan yg kian pesat di sana-sini. Bunga-bunga dan buah-buah yg dulunya rancak pun kian pupus. Sehingga kakak jadi kagum dan tak tahu buah apakah yg kuning dicaptured camera Zila tu. Teruja juga nak tahu:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah buah asam gelugur yang belum diproses dan dikeringkan..hihi

      Delete
  4. ada ketikanya kita rindu suasana sebegitu kan kak zila???

    ReplyDelete
  5. Sally suka gila bau hujan kak! sally suka bila hujan turun...hihihi

    p/s : Saiful Nang pun nak kawan dgn akak nnt...cantik gambar!

    ReplyDelete
  6. Cantiknya... :)

    http://cerita-adindabaizuramazlan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. cantik-cantik gambar bunga tu kakak!

    ReplyDelete
  8. Maha Suci Allah, cantik-cantik fotonya Zila, jika Kampung Gajah di Perak ni dekat dah dengan Teluk Intan, kampung halaman ana, sering kali ke sini ke seberang sungai untuk menziarahi pusara arwah datuk sebelah abah ana..kalau dulu kami menaiki perahu tambang ke seberang..

    ReplyDelete
  9. Cantik laa kamera tu kalau boleh amek gambar sebegini baik. Kan. Pakai kamera ape tu? Ecece..berkenan pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Digital biasa je, bnyk jual kat kedai...kamera murah

      Delete
  10. Subhanallah walhamdulillah... cantik...

    ReplyDelete
  11. suka ayat yang last tu dia kurang berbakat tapi berlagak mcm saiful nang..saiful nang idola saya dalm bdang photografy..cantik gambar bunga tu..sejuk mata memandang..

    ReplyDelete
  12. sebab tu sy suka balik kampung.. sgt damai dengan bunyi bunyian alam semula jadi.. bila hujan lg lah best tidur... huhu

    ReplyDelete
  13. Tak edit yer akak...seriously mmg cantik...=D

    ReplyDelete
  14. cantik...kamera cap ayam pun kalau mahir ambil gambar ttp nampak cantik! suka sgt...^_^

    ReplyDelete
  15. Terus teringat kampung halaman kala membaca entri ni.. urmm.. rindu sgt! gambar2 tu semua cantik2.. tak perlu edit dah

    ReplyDelete
  16. tak dapat lihat secara terus...gambar pun kadang mampu menenangkan jiwa...

    ReplyDelete
  17. gambar tu lawa kak... sejuk mata memandang.

    ReplyDelete