Thursday, August 7, 2014

Budaya ejek-mengejek

Terlintas untuk saya menulis tentang isu ini setelah sekian lama.

Beberapa bulan lepas, kami sekeluarga pergi ke Pesta Flora yang diadakan berhampiran pejabat saya. Parking memang agak susah, kerana ramai pengunjung. Lalu suami ambil keputusan untuk parking di dalam bangunan opis saya sahaja, jadi kami perlu berjalan kaki jauh sedikit. Berdekatan pejabat saya itu terdapat sebuah parking umum (terbuka) yang jalan turunnya agak curam.

Dalam perjalanan ke pejabat itu, melintaslah sekeluarga yang baru sahaja meletak kereta, seorang bapa, anak lelaki, dan mungkin ada anak perempuan juga saya tak perasan serta ibu yang sedang mendukung bayi kecil.  Mereka berusaha untuk menuruni tebing itu. Bila ayah dan anak lelaki berjaya, ibu pula masih terkial-kial kerana agak sukar turun sambil memegang bayi. Tiba-tiba si anak lelaki mengejek-ngejek ibunya yang belum lepas, "hahaha..padan muka tak dapat turun..hahaha..padan muka tak dapat turun" sambil menjelir-jelir lidah dan dengan gaya dua tangannya di pipi. Yang membuat saya terkejut, si ayah juga sibuk mengajar anak lelaki itu mengejek ibunya. Mungkin pada mereka kelakar, tetapi tidak bagi saya.








Budaya mengejek bukan satu budaya yang baik. Ia lebih banyak merosakkan keharmonian kehidupan. Ia menyebabkan sebilangan orang hilang keyakinan diri. Ia juga melatih budaya kurang ajar menjadi berleluasa. Segelintir masyarakat tidak perasan, budaya mengejek itu adalah asas kepada budaya kurang ajar.

Saya percaya, perkara ini sudah lama di amalkan, malah sejak zaman-berzaman, terutama di kalangan orang melayu. Sampai sudah menjadi darah daging, baik orang tua mahupun anak yang kecil, diasuh dengan budaya ejek-mengejek. Sebab itu ramai kanak-kanak melayu yang sangat pasif di dalam pembelajaran atau komunikasi. Kebanyakan mereka tidak berani langsung membuka mulut untuk bertanya kepada guru kerana takut di ejek. Mereka juga mudah hilang keyakinan diri dan jadi pendendam. Perkara ini, jika dibiarkan berlarutan akan menjadi masalah dalam masyarakat baik kepada si pengejek atau juga mangsa ejek.

Saya teringin sangat melihat sekolah-sekolah mahupun kementerian pendidikan membuat satu kempen kesedaran budaya mengejek. Bukan apa, bila terhapusnya sikap buruk sebegini, kes buli juga akan berkurangan dan kanak-kanak boleh membina emosi mereka menjadi stabil serta menyerlahkan potensi sebenarnya. Dalam menuju negara maju tidak ada apa yang lebih penting selain mempunyai masyarakat yang beremosi lebih tenang, rasional, positif dan profesional. Hanya dengan itu sahaja matlamat negara maju ini dapat dilaksanakan.

Semoga anak-anak kita semua juga di jauhkan dari budaya yang negatif ini dan marilah kita sama-sama berusaha membendungnya
.

25 comments:

  1. ayahnya pun satu salah caranya.. kerja mane?

    ReplyDelete
  2. perkara yg dianggap biasa ni perlu ubah..

    ReplyDelete
  3. Iyelah kan..tak perasan ana. Budaya ejek ni dah macam gurauan je. Tp sebenarnye buat org lain tersentap. Pasni nampaknye kene mention nama najib kat twitter. Spye ade kempen kesedaran.

    ReplyDelete
  4. Teringat masa kakak kanak-kakak dulu kena ejek dgn dipartnerkan kakak dgn org tua yg tak siuman. Kena ejek memang menagis - gelihati pulak bila ingat.

    Tapi budak sekarang macam jarang pulak kakak nampak budaya ini.

    ReplyDelete
  5. Satu amalan yang sepatutnya dihapuskan. Walaupun hanya satu gurauan tetapi ianya tidak baik dan boleh menjatuhkan air muka serta maruah. Semoga amalan dan budaya negatif ini dijauhkan dan didedahkan terutama kpd anak2...

    ReplyDelete
  6. Ayah tu 'sedang mengajar' anaknya jadi kurang ajar dengan mak sendiri... masa kecik-kecik tu seronoklah tengok... sok sok bila anak tu dah besar dan bersikap kurang ajar dan tak mem'perumpamakan' orang tua termasuk dia sendiri baru si ayah tahu....

    ReplyDelete
  7. welcome back Zila, rindu nukilan2 Zila, salam lebaran.. tak berkesempatan ke Flora Fest tahun ni..pandangan positif dari Zila, memang ada kebenarannya, hapuskan terus budaya mengejek yg boleh menjatuhkan air muka seseorang, lebih2 lagi seorang bapa yg seharusnya mengajarkan etika yg baik pada anak2..tambahan lagi yg diejek ibu sendiri..mungkin keluarga itu terlepas pandang akan akibat perbuatannya... :)

    ReplyDelete
  8. Salam kenal..wanie pun pergi pesta bunga floria tu..hehe..ejek-mengejek ni perkara yang tak sepatutnya berlaku..ibu bapa kenalah didik dari kecil..

    ReplyDelete
  9. tak baik ejek-mengejek, kesian pada orang yang kne di ejek...

    ReplyDelete
  10. tak baik buat macam tu...nanti dari ejek mengejek tu boleh berlakunya pertengkaran besar..

    ReplyDelete
  11. Kurang asam...

    Ikut mk bapaklh kut..selalunya gitu..

    ReplyDelete
  12. ibu bapa boleh mendidik anaknya ttg adab sopan . cabaran besarnya ialah bila program tv banyak mempertontonkan adegan2 sebegitu dan ianya sgt mudah mempengaruhi anak2 wpun di bawah pengawasan ibu bapa ...

    ReplyDelete
  13. bhaya tu.kalau pak dia pun skali ajar anak dia..kes naya tu...spatutnt bapak dia kna tegur.. tapi mungkin lain org lain caranya... lain gayanya :)

    ReplyDelete
  14. itu boleh buat si anak mula sedikit demi sedikit hilang hormat pada ibu bapa dia...

    ReplyDelete
  15. Budaya ejek mengejek ini bukanlah satu yg baik kpd anak2, keluarga & msykt seluruhnya. Tp malangnya ada sesetengah kita yg menjadikannya sebagai bahan hiburan sehingga berlebih2. Lihat shj di media sosial spt youtube yg banyak memaparkan adegan2 mengejek sbg satu hiburan... mmg sesuatu yg amat tidak bagus. Budaya yg tidak menyihatkan...

    ReplyDelete
  16. ish kan..nampak sekali macam keluarga bahagia bila mengujudkan sesuatu yg kelakar...tapi kelakar tu jugak boleh buat yg berkenaan terasa hati, lebih2 lg kelakar yg kurang hajar !

    ReplyDelete
  17. betul la akak.. sepatutnya si ayah tue kena la tegur bila anak buat silap..ini tak menyokong lagi..so cmne si anak nak tahu kesalahan dia dah buat kan..

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum kak..
    budaya ejek mengejek ni memang taj baguslah kak.. patutnya bila budak budak baru nak start mengejek, kit ayang dewasa ni kena cegah.. jangan dibiar jadi amalam ...

    ReplyDelete
  19. stuju pasal kes kat sekolah tu.. kebanyakan budak2 (termasuk saya dulu) takut menjawab sebb takut diejek.. takut jadi "budak baik" sbb takut diejek..

    ReplyDelete
  20. As-salam...
    Blogwalking...
    Tak sangka ramai juger blogger dari NSDK.
    1st time singgah sini. Menarik. Tertarik.

    ReplyDelete
  21. Aduhai.. Knapalah ayh nya juga ajar mcm tu.. Kn x baik..

    ReplyDelete