Thursday, August 28, 2014

Harga susu formula terlalu mahal

Saya tertarik dengan satu keluhan oleh seorang ibu di sebuah suratkhabar tempatan. Katanya peningkatan harga susu formula akan menyebabkan ibubapa berpendapatan rendah terpaksa membeli susu yang kurang berkualiti.

Terus terang cakap, saya pernah melalui situasi ini. Ada satu ketika beberapa tahun yang sudah, saya cuba menukar susu anak saya dengan susu yang lebih murah di pasaran. Sebelum itu saya memberinya susu jenis s26 atau Pediasure sahaja. Tetapi keputusan itu tidak memberi kesan yang baik. Hanya saya dan suami sahaja tahu apa kesannya. Akhirnya kami kembali menggunakan susu yang lama. Begitu juga untuk anak ke tiga, sejak cerai susu badan pada umur dua tahun lebih, saya hanya memberi susu jenis itu sahaja kepadanya, tidak berani memberi susu lain. Memang ada perbezaan yang besar, jika menggunakan susu bermutu dan susu kurang mutu. 

gambar hiasan-sumber google
Tetapi cuba fikirkan, apakah perasaan ibu bapa yang tidak mampu? Mereka tidak ada pilihan selain memilih apa yang termampu sahaja. Susu formula yang saya guna, ketika beberapa tahun lepas, dua peket harganya tidak sampai rm40. Kemudian dalam masa beberapa bulan ia naik kepada 42 ringgit. Tak lama selepas itu ia naik lagi 46 ringgit dan yang terkini, lebih kurang 53 ringgit. Mahal bukan? Itu saya beli di kedai harga patut. Harga sebenarnya mungkin lebih dari itu. Tidakkah ia membebankan sesetengah ibubapa?

Pada siapakah ibubapa hendak mengadu. Walhal bukan sedikit rungutannya. Sedangkan susu amat penting untuk tumbesaran anak-anak, untuk tulang dan gigi. Emak ayah tidak boleh pandang remeh hal ini. Untuk saya, mujur hanya dua sahaja anak yang masih minum susu formula. Anak sulung, sudah di ajar minum susu segar. Saya memang hendak ajar yang dua lagi itu minum susu segar, tapi bila di hantar ke pengasuh, tidak sesuai pula. Menyusahkan pengasuh untuk memanaskan susu itu. Lagipun ia mudah rosak. Jadi jalan terbaik, guna sahaja susu formula.

Saya berharap sangat agar kerajaan memandang serius rungutan ibubapa ini. Kepada siapa lagi rakyat hendak mengadu.

Petikan artikel : 

Subsidi dan barang kawalan susu formula bayi

SAYA ingin menarik perhatian Perdana Menteri untuk diambil pertimbangan kerajaan dalam Bajet 2015 nanti mengenai isu yang jarang ditimbulkan atau terlepas pandang iaitu berkenaan 'susu formula bayi'.
Sebagai seorang rakyat Malaysia mewakili golongan yang berstatus ibu bapa, saya meminta supaya susu formula bayi diberikan subsidi khas dan turut dijadikan barangan kawalan bagi mengawal harganya yang semakin meningkat.
Tidak tahu di mana silapnya, harga susu formula ini yang kebanyakannya diimport meningkat terlalu mahal untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana seperti kami membelinya.
Sepengetahuan saya, kerajaan tidak mengawal harga susu formula ini. Saya percaya, ramai lagi golongan ibu bapa di luar sana yang setuju de-
ngan pendapat ini.
Dikhuatiri sekiranya pihak pengeluar dan pengimport atau pengedar dibiarkan menaikkan harga sesuka hati, ia akan menyebabkan ibu bapa yang berpendapatan sederhana dan rendah terpaksa memilih susu yang kurang berkualiti untuk bayi mereka.
Jika diberi susu kurang berkualiti, sudah pasti akan menjejaskan tum-
besaran bayi atau kanak-kanak itu.
Oleh itu bagi memastikan slogan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan, saya ingin mencadangkan agar kerajaan memberi subsidi khas kepada mereka yang berpendapatan rendah untuk membeli susu bayi.
Walaupun ia bermakna kerajaan perlu memberi subsidi, tetapi jumlah yang menerimanya agak kecil dan terpilih.
Subsidi gula yang ditarik sebelum ini juga boleh digantikan kepada pemberian subsidi khas bagi susu formula ini.
Benar! jika ada yang berkata tidak perlu minta subsidi dari kerajaan untuk membeli susu tepung ke-
rana 'susu ibu' lebih berkualiti bagi menjamin tumbesaran bayi, namun faktor kesihatan dan masalah ibu selain situasi kehidupan masa kini perlu juga diambil kira.
Saya percaya, jika rakyat diberikan pilihan memilih susu formula yang berkualiti dan bermutu tinggi, insya-Allah kita dapat melahirkan generasi Malaysia yang cerdas dan sihat untuk menerajui negara pada masa hadapan.
HASLINA.DS
Salak Selatan, Kuala Lumpur

22 comments:

  1. kak saya faham apa bezanya susu murah dan mahal tu kak...sebab ada kawan sendiri yang pernah terjadi dan saya lihat sendiri, sebab tu, nak kata mahal memang ler mahal, tapi demi kebaikan anak saya redah jugak... nak buat macam mana...hu hu hu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam..boleh tak saya tahu apa kesan terhadap anak apabila di beri susu murah dan mahal?

      Delete
    2. Kepintaran dan kecekapannya dalam menerima apa-apa pelajaran apabila di latih adalah sangat baik. Kanak-kanak yang makan makanan yang baik, lebih cerdas. Tetapi itu bergantung kepada cara pengajaran dan latihan dan faktor persekitaran. Jika makan makanan mahal, tetapi tiada latihan berterusan pun tidak akan memberi kesan.

      Delete
  2. memang la kan..susu formula memang mahal2..tapi terpaksa jugak beli..kalau baby boleh minum susu murah,dah lama beli..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak zila, risau juga sheila. haritu adam ada minum susu formula kejap. lupa pula brand apa. tapi mahal juga sebab sepeket cuma 600gram je. bukan 1 kg.. diharap pihak kerajaan pandang serius terhadap harga susu formula ni...

    ReplyDelete
  4. Oh. ni rupanya susu S-26. Masa mak sebut, ingat susu lama. Unik namanya.

    ReplyDelete
  5. Setuju dgn p.haslina tu..bkn susu jer semua brg pun mahal jiddan..50 hengget mcm 5 hengget...

    kesian,skrg ni..mcm 2 perangai ada kesan minum susu formula..

    ReplyDelete
  6. saya tengok harga ada yang smp rm77. terkejut saya tengok

    ReplyDelete
  7. betul tu...agak membebankan juga sebenarnya...huhu

    ReplyDelete
  8. Begitulah kehidupan di negara kita sekarang. Yg sedih pada yg kurang mampu, mestilah kalau boleh mahu terbaik tapi bila pendapatan takat 2-3K rasanya memang tak mampulah nak beli formula milk yg mahal... Belum pagi pampers, pergi jumpa doktor, minyak kereta, rumah, keperluan harian eh... kesian juga kan...

    ReplyDelete
  9. Memg mhl yg amat Sgt susu skrg..bukn je susu utk baby.susu utk org dewasa pun skrg makin melambung tinggi mhl.akan dtg x taw la klau lya dah ada baby..hrp kjaan pndg serius brkaitan kenaikn hrga susu formula utk baby ni

    ReplyDelete
  10. 22+ tahun dulu anak bungsu bunda minum susu Snow...masa tu pun dah mahal...masa tu ank bunda baru setahun...

    Susu lain x sesuai...cirit birit...nk xnk terpaksa jgk beli..

    ReplyDelete
  11. Klu utk anak, biar mahal pun baik belilah klu ianya bermanfaat.Nak buat mcm mana klu dah mahal hmmm...

    ReplyDelete
  12. mahalnya...agaknya berapa ratus dihabiskan utk sebulan..utk membeli susu anak..

    ReplyDelete
  13. Betul tue akak.. anak farah minum susu enfagrow... susu nie pun dah beberapa kali naik harga.. tapi dah kita nak bagi yg terbaik utk anak terpaksa la beli jugak.. harap sangat la ada kawalan harga untuk pantau kenaikan harga susu formula nie.. huhuhu

    ReplyDelete
  14. semakin hari, semaikin tinggi harganya... perlu dibuat sesuatu untuk golongan yang kurang berkemampuan..

    ReplyDelete
  15. mahal kan kak susu formula
    yumida pun kurang arif bab2 susu budak ni
    tp tgk abg ipar mmg byk kos nak tanggung..nak dptkan susu formula n berkualiti

    ReplyDelete
  16. Assalammualaikum... zila,

    memang tak dinafikan susu formula agak mahal walaupun susu formula nie adalah barangan kawalan.. tetapi kekadang untuk anak2 ibu bapa sanggup berkorban mengeluarkan belanja yng tinggi utk anak2.. mselim3 pernah gak mengalaminya dulu2...

    mselim3

    ReplyDelete
  17. 10 tahun dahulu.. anak sulung saya minum enfa. Harga pun tak semahal sekarang. Sekarang se tin besar susu enfa sahaja berharga rm110. Memang tidak dinafikan.. enfa merupakan antara susu yang terbaik. Baru2 ni anak bongsu saya di beri minum susu snow.. setin kecil rm72. Tapi tak sesuai untuk baby. Tiba2 dia sesak nafas dan naik ruam sebesar duit 5sen. Terus tak berani nak bagi susu formula walaupun pada masa itu isteri mengalami luka di puting.. dia paksa beri susu badan.

    Sekarang tengah fikir nak bagi susu formula jenama apa.. selain enfa..

    Jika tidak sesuai terpaksa juga beri enfa demi kebaikan dan kesihatan anak..

    Clat

    ReplyDelete
  18. Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Bahaya susu formula bayi

    ReplyDelete