Monday, August 25, 2014

Mengenang MH17

Saya sedang memberi satu taklimat di Kuching Sarawak, ketika upacara berkabung satu Malaysia dilaksanakan. Di dalam dewan tiada televisyen, jadi kami tidak tahu waktu yang tepat untuk 'silent one minute' tersebut. Akhirnya pengerusi majlis menetapkan pada jam 10.30 kami bertafakur bersama-sama.

Rupa-rupanya Pn Ariza Ghazalee, salah seorang mangsa tragedi, adalah rakan sekelas pengerusi. Sebaik sahaja tamat 'silent one minute' itu, pengerusi dengan segera keluar dari dewan. Mungkin tidak mahu menunjukkan kesedihannya di hadapan hadirin.

Tamat taklimat, saya bergegas untuk pulang semula ke semenanjung. Di dalam kereta menuju ke lapangan terbang, kami mendengar pengumuman jenazah Puan Ariza dan anaknya sedang diturunkan di Lapangan Terbang Kuching. Saya berharap sangat agar sempat menyaksikan upacara itu. Tetapi rupanya majlis dijalankan di bahagian lapangan terbang tentera, seberang sahaja dari lapangan terbang komersial. Jadi tidak ada apa yang dapat dilihat selain kelibat kapal terbang Charlie yang membawa jenazah. Namun itupun sudah cukup untuk membuatkan hati pilu.

Charlie yang membawa dua mangsa tragedi ke Kuching
Jenis Boieng 747 yang membawa mangsa dari Amsterdam ke Malaysia
**********************************
Kapal terbang MH17, jenis boeing 777-200ER (sama jenis dengan MH370 yang hilang dulu) dengan pendaftaran 9M-MRD, memulakan penerbangan pertamanya pada17 Julai 1997 dan terhempas pada 17 Julai 2014, genap selepas 17 tahun usianya. Ironinya, begitu banyak angkan 7 dan 17 terlibat di dalam tragedi ini. Apakah ia satu suratan atau kebetulan?

***********************************
Di dalam penerbangan balik ke semenanjung itu (masih menggunakan MAS), hati tertanya-tanya. Bagaimanakah perasaan kesemua yang di dalam kapal itu ketika ia ditembak dan hampir terhempas. Pasti masih ada yang bernyawa dan sempat melihat segala yang terjadi. Tetapi secara logiknya dalam keadaan tekanan udara yang kuat (ketika kapal pecah) dan penghasilan adrenalin yang sangat tinggi dalam badan akan menyebabkan manusia pengsan atau mati sebelum sempat mencecah permukaan bumi.

Dalam memikir itu, mata saya memandang-mandang sayup kebawah sambil berkata di dalam hati, apakah yang akan dilakukan jika berada ditempat mereka. Adakah saya mampu untuk melafazkan dua Kalimah Syahadah di saat-saat genting itu?




**********************************

Tragedi MH17 dan MH 370 adalah antara tragedi kebangsaan yang paling menyayat hati pernah berlaku di dalam negara ini selain keruntuhan Kondominium Highland Tower, kejadian tsunami di  sebelah utara dan perperangan di Lahad Datu.

Bagi saya, MAS sebenarnya adalah simbolik kepada "semangat" negara Malaysia. Ia telah menjulang bendera dan nama negara ini tinggi di udara sejak sekian lamanya. Justeru tragedi yang menimpa syarikat penerbangan itu adalah dikira sebagai tragedi untuk rakyat Malaysia juga. Tidak ada sesiapa yang mahu ia berlaku.

Takziah kepada semua yang terlibat. Takziah kepada kita semua.

MH17 dan MH370, kenangannya akan kekal disepanjang hayat. Bahkan mungkin akan di bawa sampai kemati kesedihan itu.

MAS #flying high #bring my heart together #my nation flag



22 comments:

  1. Salam takziah juga buat semua...Risau juga bila orang tersayang terpaksa sering terbang keluar negeri atau negara...

    ReplyDelete
  2. Moga Mereka tenang di sana..memang susah nak terima kenyataan mereka ditembak.Tapi apa pun kita kena redha..

    ReplyDelete
  3. Takziah buat mangsa2 nahas mh17. Allah lebih tahu ape yg terbaik. :'(

    ReplyDelete
  4. hati siapa yang tak sedih ketika ketibaab jenazah2 yang walau tidak kita kenali namun naluri sesama insan amat dekat.Hanya Allah Yang Maha Mengetahui akan setiap kejadian..

    ReplyDelete
  5. Masih terkesan dekat hati ni...mgkn kerana kita senegara...hmmm...

    ReplyDelete
  6. Takziah kpd semua keluarga mangsa. Al Fatihah kpd mangsa yg beragama islam. Mmg sesuatu yg menyedihkan.. hati kita semua pasti tersentuh bila mengenangkan tragedi ini...

    ReplyDelete
  7. Sudah tersurat begitu jadinya..semoga mereka ditempatkn dlm golongan org2 soleh dn solehah .

    ReplyDelete
  8. Hikmahnya nama M'sia mencanak naik diketahui seluruh dunia. Kalau dulu ada yg tak tahu M'sia tapi lebih tahu S'pore yg secoet kecik. Tapi kini mereka tahu M'sia ada kekuatan tersendiri. Ujian Allah pasti ada hikmahnya.

    Moga yg terkorban tenang di sana...

    ReplyDelete
  9. walaupun sy x mengenali seorang pun mangsa MH17, tp bila mengenangkan mereka rasa sebak sgt..

    ReplyDelete
  10. sedih bila dikenang..pernah juga terfikir andai kita di dalam situasi mereka..dan mereka semua adalah mangsa keadaan.seluruh dunia mendoakan mereka..

    ReplyDelete
  11. Al Fatihah.. memang sedih sangat dengan apa yang terjadi..

    ReplyDelete
  12. Al-fatihah...
    Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum kak, sheila tak boleh tengok iklan mengenang MH17 tu. sedih tengok gambar2 arwah semua.. tak boleh bayangkan kak. Al-fatihah buat yang beragama Islam...

    ReplyDelete
  14. salam
    singgah dah follow back
    keep in touch

    ReplyDelete
  15. Tragedi nih mmg tragis... Semua rakyat Malaysia sedih.. :(


    ReplyDelete
  16. bila berada dalam pesawat ..mungkin itu juga yg terfikir difikiran setiap penumpang...apakah nasib sama juga akan berlaku, berserah kepada Maha Kuasa..

    Takziah kpd semua keluarga mangsa. Al Fatihah kpd mangsa yg beragama islam.

    ReplyDelete
  17. Moga mereka dtempatkan dkalangan org yg beriman...dan moga ahli keluarga tabah menghadapi dugaan ini...

    ReplyDelete
  18. sayu di hati, marilah sedekah al- fatihah :(

    ReplyDelete
  19. Masih terasa kesedihannya akak.. Al-Fatihah

    ReplyDelete
  20. sedih sgt bila tgk ahli keluarga yg 'menyambut' kepulangan insan tersayang pd hari tu..rs nk nangis..berat mata yg memandang..berat lagi mereka yg menanggung..:(

    ReplyDelete
  21. setiap kali mengingati tragedi mh17 ni, buat hati saya pilu dan air mata bergenang. kuasa Allah untuk menguji dan kita perlu ambil iktibar. semoga roh kesemua mangsa yang beragama Islam akan diampunkan segala dosanya

    ReplyDelete
  22. Takziah buat mereka semua...:'(

    ReplyDelete