Friday, August 29, 2014

Palestine, umat Islam dan pendapat seorang pemandu

Entry saya hari ini sepatutnya pendek sahaja, tetapi kemudian terpanjang pula, harap maaf.

Baru sahaja Palestine dilepaskan dari keadaan bergolak yang amat menakutkan. Begitulah kesan perang. Tidak ada yang baik. Selepas berpuluh-puluh tahun yang akan datang, ia tetap meninggalkan parut, biarpun sudah tamat. Bersyukur kepada Allah dengan berita tamatnya perperangan itu, walaupun mungkin buat sementara (siapa yang percaya kepada kata-kata Yahudi?).

Semasa di Sarawak, saya berbual-bual dengan seorang pemandu. Beliau mengemukakan pendapat dan buah fikirannya sendiri. Agak tertarik juga saya, walau sebenarnya jika diterjemahkan di alam maya, maka akan melenting dan melompatlahlah segala macam manusia, baik yang beriman, mahupun yang tidak.

Tetapi, bagi saya, semua orang patut diberi peluang mengeluarkan pendapat, biarpun hanya seorang pemandu. Komen saya? Anda baca saja.

Kata pemandu itu, setelah berpuluh-puluh tahun Palestin bergolak dan berperang, dia hairan. Kenapa tidak pernah ada jalan penyelesaian. Walhal kita umat Islam adalah umat yang berada di jalan yang benar. Selalunya bila teraniaya, beramal dengan betul dan memohon pertolongan bersungguh-sungguh, jarang tidak termakbul doa itu. Cuma lambat atau cepat sahaja. Memang ya, Yahudi bangsa jahat, sudah termaktub di mana-mana kitab dan sejarah. Tetapi takkanlah Tuhan tidak mahu menolong orang Islam yang lemah lagi teraniaya itu. Sedangkan, telah turut serta umat seluruh dunia ini mendoakan kesejahteraan mereka, namun ia masih tersangkut dimana-mana.

Dia kuat benar syak, ada satu kesilapan yang telah dilakukan oleh umat Islam sendiri di sebalik semua kejadian ini. Sambil-sambil itu dia berspekulasi sendirian. Saya tidak berani menyampuk, keranamembabitkan satu isu yang sangat sensitif. Sedang semua orang menyokong Palestine, mana mungkin mereka sanggup menyatakan umat Islam di negara itu ada melakukan kesalahan kepada Tuhan. Lain dari itu, ia boleh jadi berita fitnah pula.

 

Palestin dan sejarah moral Umat Islam

Palestin sebenarnya mempunyai banyak cerita tersirat sejak dari dahulu. Ia sudah lama menghadapi masalah dalaman. Bukan hendak menceritakan keburukan negara yang teraniaya itu. Tetapi negara yang tidak bersatu memang sangat mudah untuk ditimpa bencana. Cuma baru-baru ini sahaja dengarnya HAMAS dan FATAH hendak bersatu. Harapnya penyatuan itu akan berkekalan demi kebaikan rakyat-rakyat yang teraniaya.

Kita boleh lihat bagaimana runtuhnya Iraq apabila rakyatnya sendiri tidak bersatu dan ada yang mengamalkan ajaran yang salah walaupun mengakui Islam. Begitu juga dengan Syria, dengan keadaaan bergolak yang punca asalnya adalah dari dalaman serta keraguan terhadap amalan yang dilakukan, akhirnya bencana perperangan menular dan hampir menghancurkan negara itu sendiri.




Tuhan sebenarnya banyak melaknat kaum-kaum yang kufur dan ingkar serta menyalahgunakan agama. Maka marilah kita jadikan ini sebagai ikhtibar. Kerana saban hari saya dapati sivik dan moral umat Islam di Malaysia semakin berkurangan. Kita tidak mahu menjadi seperti negara Afghanistan atau Pakistan atau Bangladesh. Walaupun mendakwa sangat Islam, tetapi moral dan sivik mereka tidak sama dengan kehendak  Islam yang sebenar. Hanya orang yang pernah tinggal di sana sahaja yang tahu realitinya.

 

 
 

Kehidupan beragama itu mesti seimbang dengan kehidupan di dunia. Biar tahu beza baik dan buruk. Biar tahu bagaimana melayan emosi dan menterjemahkan sivik. Bukan suka-suka menyalahkan orang disana-sini tidak beragama, memaksa buat itu dan ini, tetapi akhirnya ke laut juga, kerana yang tukang suruh pun kadang-kadang tidak faham Islam dengan jelas.

Menyuruh orang beramal bukan dengan hinaan, perlian, paksaan, bercakap kasar dan sebagainya. Itu semua tidak betul. Orang tidak hormat dengan cara yang kasar, malah akan lebih menimbulkan ketegangan serta menjemput bala bencana datang.

Bayangkan apa perasaan perempuan yang tidak bertudung apabila dipanggil isi neraka, lahanat, babi dan sebagainya hanya kerana dia tidak bertudung? Mereka juga tidak suka selalu diperli. Tidak ada sesiapa yang suka di hina. Inilah kebimbangan saya  tentang moral umat Islam sekarang. Tidak ada jalan lain selain melapangkan dada dan belajar menerima kekurangan orang lain serta menunjukkan contoh yang baik. Itu sahaja.

Maaflah jika kata-kata saya mengguris perasaan. Harap-harapnya amalan kita semua diredai Tuhan, dijauhkan dari perasaan riak dan dilindungi diri dari segala keburukan. Saya juga sentiasa berharap, agar diterima doa untuk Palestin dan di amankan negara itu buat selama-lamanya. Bukan untuk sebulan atau setahun dua, tapi sehingga bila-bila. Amin



11 comments:

  1. Tak beranilah nak komen lebih-lebih sgt Zila... Kita cuma melihat dan membaca apa yang terpapar dan terpampang di dada akhbar dan skrin tv...

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya hakikat penyataan kak Zila ni sangat2 betul. Dulu ana pernah dengar perbualan dari mulut sorg pacik ni, org kata pacik ni alim warak orgnye. Tapi beliau dah meninggal sekarang. Dia cakap, sebenarnye Allah sedang bersihkan orang2 yg buat kemungkaran di situ. Nak citer pasal sebab dia, takleh la pulak. Pasal kang berderet2 panjang komen dari entri akak. Hihi. Islam kat sana pun bukan la islam yg perfect. Diorg macam org islam atas ic jugak. Yg penting kita doakan yg terbaik utk saudara seislam kita.. :) right?

    ReplyDelete
  3. Mmg benar apa yg diperkatakan tu.. Kita berdoalah semoga Allah sentiasa melindungi & mengasihani kita semua utk kebaikan di dunia & akhirat... aamiin.

    ReplyDelete
  4. Ini sudah diberitahu oleh Nabi Muhammad saw. Kita kini berada dizaman fitnah sebelum datang zaman islam kembali gemilang. Pada zaman ini akan terdapat 73 ajaran agama islam namun hanya satu sahaja yg benar. Semoga kita semua berada dijalan yg benar...

    ReplyDelete
  5. sangat setuju... Kita berdoa agar kebenaran tersingkap juga.. dan semoga kita dan di bumi palestin sentiasa di bawah keredhaannNya

    ReplyDelete
  6. Btul tu...perpaduan dan bersatu adalah ptg...kata cikgu, bersatu teguh...

    PS...mcm mcm karenah ankkecik...tpi mghiburkan...

    ReplyDelete
  7. ada benarnya kata-kata akak, mama tak nafikan.. sebab itu kita di Malaysia harua bersatu padu, jangan berpecah belah... jadikan apa yang berlaku di sana sebagai pengajaran buat kita..

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikum... zila,

    apa yang zila uncapkan di entry memang ada kebenarannya... cuma kita sesama islam mendoakan yang terbaik untuk saudara seislam kita di Gaza ... moga penderitaan itu dapat dihadapi dengan tabah dan sabar,, itu adalah ujian buat kita umat islam semuanya.

    mselim3

    ReplyDelete
  9. tekun Ros baca.. tak tahu nak komen macam mana sebenarnya.. takut tersalah komen pula nanti.. hanya mampu doakan yang baik-baik sahaja..

    ReplyDelete
  10. sukar nak bersatu padu jika kepimpinan berpecah belah
    moga saudara islam kita disana sentiasa dilindungi Allah
    moga kita juga mengamalkan ajaran islam yang sebenar

    ReplyDelete
  11. sbb mmg dh termaktub Islam akan menang di pengakhiran dunia.. :)

    ReplyDelete