Tuesday, August 19, 2014

Sivik menaiki kenderaan am

Saya kira ini adalah cerita yang perlu saya 'up'kan di dalam blog.

Cerita 1

Baru-baru ini, menjadi viral di mana-mana laman sosial internet dtentang perlakuan dua makhluk Allah yang tidak bertimbang rasa, membiarkan orang yang sepatutnya duduk di kerusi dalam LRT berdiri.


Hasilnya, kedua orang makhluk ini telah menerima habuan yang hampir sama seperti cik Kiki. Tetapi bernasib baik kerana tidak ada orang yang tahu alamat, pekerjaan dan nombor telefon mereka. Segala sumpah maki dan penghinaan telah mereka terima dari jaguh-jaguh papan kekunci yang perasan sangat maksum apabila mengeluarkan perkataan-perkataan kesat.

Harap-harap kedua orang itu telah insaf dan menyedari kesilapan serta berubah menjadi lebih baik. Bersabarlah dengan ujian. Kita pembaca-pembaca yang marhaen ini juga harus mengambil ikhtibar di atas kejadian itu.

Cerita 2

Ini cerita saya sendiri, beberapa bulan lepas saya telah ke Kuala Lumpur untuk satu urusan dan menaiki Monorail. Kebetulan seorang lelaki buta masuk bersama-sama saya di dalam gerabak itu. Seperti biasa, monorail penuh dan tiada tempat duduk. Lelaki buta itu terpaksa berdiri. Di hadapan saya, duduk beberapa orang lelaki yang nampaknya tegap-tegap belaka. Lalu saya ambil keputusan untuk (bercakap dengan baik), memaksa lelaki-lelaki tegap tadi berdiri memberi tempat duduk kepada lelaki OKU itu. Mujurlah beliau (dan beberapa orang lain) bangun juga tanpa banyak alasan.

Ini namanya tindakan khidmat masyarakat. Terangkan saja kesalahan mereka (kerana mungkin juga mereka tidak perasan) dan beritahu apa yang patut dibuat. Habis cerita. Kesedaran untuk menyedarkan orang lain seperti ini sangat penting. Bukan setakat kesedaran mengumpat sahaja.

Orang Malaysia sangat takut untuk membetulkan kesalahan orang lain, terutama di hadapan umum, sedangkan tindakan itu sangat perlu. Tetapi biarlah beradab cara nak menegurnya, jangan main hentam kromo dan memalukan sehingga menjatuhkan aib orang pula. Beringat sedikit, kerana ada masanya kita terlupa juga apabila melakukan kesalahan dan sudah tentu kita tidak mahu diri diaibkan oleh orang lain.

p/s : Sebenarnya saya pernah juga buat kesalahan yang sama bila mengupload gambar di dalam blog saya tentang beberapa orang yang tidak ada sivik ini seperti di sini. Yang saya kesalkan bukan tentang gambar itu. Saya kesal kerana saya tidak tegur orang-orang yang duduk tadi supaya bangun dan beri tempat pada orang yang memerlukan. Akhirnya saya belajar dari kesilapan.

(Tetapi lain orang, lain perangai, ada orang merasa begitu tercabar apabila ditegur dan mungkin akan naik marah. Kena tengok situasi juga. Jangan sampai kita bernasib malang pula.)

Cerita 3

Selang beberapa hari selepas gambar dua makhluk Tuhan di atas bertebaran di laman-laman sosial, seorang kawan sepejabat menerima nasib yang sama. Dan ini adalah cerita yang lebih buruk dari ke dua-dua cerita di atas. Puan Siti Khadijah yang sedang mengandung beberapa bulan menaiki sebuah bas bersama sekumpulan rakan sepejabat. Beliau terpaksa berdiri kerana bas itu penuh. Amat memalukan saya apabila kawan-kawan sepejabat itu tidak langsung menunjukkan simpati dan empati kepada puan Khadijah, sebaliknya membiarkan sahaja beliau berdiri walaupun sudah ditegur. Malang sekali nasib Puan Siti Khadijah. Yang ini saya tidak terkata apa lagi, kerana rasanya Jabatan saya bukan besar sangat dan kalau ditunjuk satu-satu sudah tentu saya kenal dengan orang-orang itu semua. Apo nak di kato.

16 comments:

  1. mama pun pernah kena jugak gini, naik komuter dukung sufi.. sabor je lah..

    ReplyDelete
  2. huhu.. kesian kan. penat dukung anak.. pastu diri lagi.. kalau semua orang murni hati.. mesti tahu apa patut buat.

    ReplyDelete
  3. Tulahkn, rambut sama hitam, hati lain2...

    ReplyDelete
  4. tindakan Zila dalam kes yg kedua memang wajar, namun sekarang ni jenis manusia yg ego dan pentingkan diri sendiri ada di mana2, kadang bukan tak perasan tapi saja buat2 tak nampak..nilai kemanusiaan yang semakin pupus..

    ReplyDelete
  5. sy kagum dgn org yg jenis speak up.. rasa nak bg tabik spring~~ hehehe

    ReplyDelete
  6. tindakan akak tu memang btl..perlu ada kesedaran sivik

    ReplyDelete
  7. Saya pun tak fahamlah dgn perangai sesetengah org yg sengal mcm tu... nak kata tak tahu.. takkanlah. Apa yg difikirkan pun tak tahulah... Tp baguslah klu ditegur kan... klu dia marah pun, mmg lagilah tak patut..

    ReplyDelete
  8. tentang keadaan dalam LRT tu.. memang Ros akui. ramai yang pentingkan diri.. tetap nak duudk walau mereka masih mampu berdiri. kesian pada yang memerlukan macam orang tua, ibu mengandung, ibu/ayah yang mendukung anak dll.. Tapi, Ros masih belum ada keberanian nak menegur mereka.. Ros kagum dengan orang yang mampu untuk bercakap itu. tapi, betullah, kalau nak menegur pun biar beradab kan :)

    ReplyDelete
  9. Bagus tindakan tu. Ade setengah org suka melenting bila ditegur. Dan kadang2 ana pun tak perasan. Masa ana naik monorail, seorang pacik tua korea memberi ana tempat duduk. See..org tua pun dahulukan ana yg bkn ade anak di dukung pun ataupun pragnent ke. Tp dia cakap, perempuan didahulukan. Eh eh..rase cam nak buat entri pasal ni pulak. Hehe. Bg masyarakat sedar.

    ReplyDelete
  10. Kagum dengan sikap berani menegur ni.. adakala, Nurul berani tegur tapi adakalanye juga takut nak tegur bila nampak muka org tu macam nak makan orang..

    ReplyDelete
  11. Bagus cara akak tue.. nak tegur org mmg kena cara halus.. tapi kalau kita dh tegur cara elok pn tak layan... ermmmm org mcmni boleh dikategorikan buta hati la kan akak..

    ReplyDelete
  12. Oh, nape kawan sepejabat begitu tidak prihatin...macam ada yang tak kena pula ni. apa pun respek kerana berani tegur orang awam...teruskan demi kebaikan orang yang memerlukan.

    ReplyDelete
  13. Baru haritu saya ada up juga cerita pasal ni.susah nk cakap sebab masing2 dah besar panjang.doakn yg terbaik sajalah utk mereka

    ReplyDelete
  14. itu pentingnya kesedaran sivik...

    ReplyDelete
  15. masing2 perlu ada kesedaran dalam diri..bab bercakap pandai tapi bila berlaku di depan mata terus tutup mata..ish..

    ReplyDelete