Thursday, September 25, 2014

Mana-mana pun boleh sembahyang

Ini bukan cerita rasis
Ini bukan cerita menghina 
Ini bukan cerita kontrovesi
Izinkan saya mengeluarkan pendapat saya sendiri

Saya pernah bersembahyang di tebing sungai Pahang semasa satu ekspedisi 
Anda maklum, tiada rumah dan surau di tengah-tengah hutan
Khemah pun tak sempat nak didirikan
Syukur tak ada buaya masa itu

Ini cerita tentang menghormati agama

Bila ada kemudahan tidak perlu kita sembahyang merata-rata di tepi jalan
Islam bukan agama "merata-rata"
Sebab itu bila bermusafir Tuhan turunkan banyak kemudahan 
atau juga dipanggil hadiah  
untuk fadilat solat, diberinya kita melakukan solat jamak

Solat Jamak
Banyak keistimewaannya
Kalau boleh biarlah solat kita tidak sampai merata-rata atau dimana 'dan' sahaja
Sebabnya, kita sedang nak mengadap Tuhan
Jadi mengadaplah dengan cara beradab
 Tambahan pula sudah di zaman moden yang banyak kemudahan ini
Kalau setakat travel dari Perlis ke Johor atau Kelantan ke KL  itu
tak perlulah nak sembahyang di tepi jalan
Berusahalah sikit,
Kata, umat yang taat

Sembahyang merata-rata (sedangkan ada kemudahan)
Walaupun nampak Zuhud benar
Tetapi tidak perlu pun
Zuhud bukan ditimbang dari sembahyang di tepi jalan
Kalau tidak kena, boleh menimbulkan perasaan riak pula

Kebelakangan ini ramai sangat pulak orang yang kagum dan bangga dengan orang yang bersembahyang di tepi jalan (atau merata-rata)
Saya in-personnally tidak setuju
Kalau keadaan betul-betul terdesak, itu lain cerita
(Macam pengalaman saya di atas)

Jadilah Umat Islam yang elegant dan versatile
Dimata orang bukan Islam
Juga pada pandangan Tuhan
Tunjukkanlah budaya yang baik kepada anak-anak
Mengadap Tuhan, sebaik-baiknya biarlah ada tertib dan sivik
Bukan setakat di dalam sembahyang sahaja yang perlu tertib
Tempat nak sembahyang itupun perlu juga jaga

Jangan sentap pula dengan entry ini


perdana menteri iran. syiah bersembahyang dengan batu diletak di hadapan


Tokong cina sembahyang di kampung saya

17 comments:

  1. Pandangan yg baik. Pada kakak pun samalah kalau takat di tempat kita ni tak sampai setengah jam boleh jumpa aje tempat utk bersolat. Tak mesjid, surau, tak surau petrol kiosk, hatta di shopping complex pun ada.

    ps: kalau di tanah suci kita akan jumpa ramai golongan iran syiah yg solat macam itu Zila. Dia letakkan batu dibawah sejadah tempat sujud dia..

    ReplyDelete
  2. As salam zila..buat masa la ni,belum pernah lagi solat merata-rata,tak tahu lgi satu hari nanti kut waktu dah suntuk masa tu..tak sempat nak cari masjid atau surau,jadi mungkin masa tu Allah nak uji solat merata2..yg penting solat,wajib di tunaikan..berdosa tahap tinggi tu kalau tak solat.masa tu milik Allah.solat jamak mmg buat jika menziarahi org mati yg jauh,kenduri kendara yang jauh,tapi kalau bercuti atau melancong knor lebih suka solat biasa maknanya tidak buat jamak...sedaya upaya solat di masjid atau surau ketika itu..

    biasa nampak pelancong arab solat di tepi highway anak beranak dgn bentang tikar..pd pandangan knor bagus juga tu,boleh ingatkan org2 yg malas nak solat ni..tgok mudahnya islam solat sahaja di mana2..bersangka baik.kadang peringatan tu Allah sampaikan melalui manusia.

    gambar yg tgh tu,rasanya dia bru keluar hospital..sakit.

    ReplyDelete
    Replies




    1. Apapun saya masih tak bersetuju dengan orang yang bersembah merata-rata ni bila ada kemudahan. Kenalah usaha sikit. Memang sembahyang wajib. Tapi tempat sembahyang tak boleh sambil lewa juga. Orang Islam kena ada standard yang terpuji. Gambar yang ketiga tu adalah gambar tokong sembahyang orang cina, dikampung saya. Elok je kat tepi jalan. Hihihi



      Delete
  3. Beul tu akak. Surau dah banyak sekarang ni di negara kita. Insyallah mudah nak solat. Jika darurat macam kes akak tu rasanya tak apa. Kena hormati juga Pencipta kita kan.

    ReplyDelete
  4. mahu menghadap Allah jika boleh biarlah segalanya sempurna termasuk tpt utk solat ...

    ReplyDelete
  5. surau banyak sekarang ni..kat mall pon ada surau..RnR pon ada surau..kalau ada tempat yg elok..baik ke situ untuk solat, andai dah terdesak, boleh la solat di mana-mana..

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum... zila,

    mselim3 setuju entry nie... pape jika ada kemudahan solat sudah disediakan terbaiknya solat di tempat yang selesa supaya lebih khusyuk... tp kalau xder surau atau masjid terdesak boleh lah solat dimana2 ... tpt yg selamat..

    mselim3

    ReplyDelete
  7. Perkongsian ilmiah yg bermanfaat. Itulah pentingnya ilmu & sememangnya Islam itu mengutamakan menuntut ilmu sbg satu cabang ibadah agar kita tidak sesat & menganiaya diri sendiri... t kasih atas perkongsian ini. Salam Jumaat Zila.

    ReplyDelete
  8. Hehehe.. memang Islam memudahkan cara. Dan kita pula bukan masing2 takde jam, kan? Dgn GPS waze bagai mudah je nak cari tempat solat. Tp janganlah niat nak jamak ta'khir, tapi pukul 630pm baru kelam kabut nak cari tempat solat. Memanglah tak sempat, kan?

    Kitalah kena ejas masa utk cari tempat solat dan solat awal waktu, kan?

    Terima kasih atas perkongsian. :)

    Jom join giveaway
    http://thehealthinspector.wordpress.com/2014/09/22/saya-nak-sihat-giveaway/

    ReplyDelete
  9. "Jadilah Umat Islam yang elegant dan versatile
    Dimata orang bukan Islam...." Setuju Zila

    Gambar perempuan yg sembahyang kat highway tu kalau tak silap... perempuan tu 'tak betul....'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah. Memang pun dia dibawa ke hospital kemudian. Tapi ramai yang kagum padanya tanpa tahu cerita sebenar

      Delete
  10. Hmmmm..pernah gak sembahyang kat open space..masa tu kat disneyland tokyo...

    ReplyDelete
  11. Betul tue akak.. farah setuju sgt dgn pandangan akak.. kalau dh ada kemudahan guna la..jgn ikut suka hati ja..

    ReplyDelete
  12. untuk keadaan kita di Malaysia, masih banyak kemudahan untuk bersolat disediakan...thanks for sharing...

    ReplyDelete
  13. Klau kita travel, bnyk perhentian blh disinggah..

    ReplyDelete