Monday, September 29, 2014

Penderaan kanak-kanak

Semalam saya berbual dengan rakan-rakan sekolah tentang seorang kawan yang pernah didera semasa kecil. Ramai yang tidak tahu kisah sebenar rakan itu kerana dia sangat pandai menyembunyikan rahsia. Hanya saya yang rapat dengannya acapkali menyaksikan. Dahulu orang tidak tahu hendak mengadu dimana, jika terlihat kes seperti ini. Bukan macam sekarang yang boleh mengadu dimana-mana.

Ia bukan sesuatu yang baik dan manis untuk dikenang. Rata-rata rakan meluahkan perasaan terkejut dengan hal ini. Salah satu sebabnya, dia tidak pernah menunjukkan tanda-tanda didera (kami pun tidak mahir dengan keadaan orang yang didera semasa itu), jadi mereka menyangka dia hanya sakit, tambahan pula agak pasif dan kelihatan lemah.

Masa kecil dulu selalu juga saya datang bermain-main dirumahnya. Walaupun dia seorang lelaki, tetapi saya lebih mendominasi. Sangat patuh dengan arahan (ketika itu) dan selalu takut-takut. Tetapi dunianya banyak terkekang dirumah. Tidak lepas bebas kemana-mana seperti saya dan kurang berkawan dengan budak-budak kampung yang lain.

Saya akui, rakan itu seorang yang baik, tidak pernah melawan cakap dan sangat menghormati kami. Dia juga tidak nakal. Maknanya, dia memendam perasaan ketakutannya bersendirian. Cuma beberapa tahun selepas habis zaman persekolahan dan tidak lagi tinggal bersama keluarganya barulah kesan emosi akibat penderaan itu keluar sedikit demi sedikit. Ia menjadi seperti satu gangguan psikologi pula. Ada yang menyangka dia di sihir. Adalah mudah untuk membuat kesimpulan, jiwa yang lemah, senang untuk dipengaruhi oleh makhluk-makhluk halus, kerana mereka tidak terbiasa menentangnya.

gambar hiasan
Ada dua kes seperti ini yang pernah saya saksikan. Kedua-dua kes hampir sama. Satu lagi kes ialah bila kanak-kanak itu didera secara mental atau psikologi. Dia tidak diapa-apakan secara fizikal, tetapi selalu dileter dan diugut-ugut. Kesannya dia mengalami traumatism yang berpanjangan. Menurut ahli keluarganya (yang percaya dia disihir atau terkena gangguan apa-apalah), pada puncak penyakit itu dia pernah keluar dari rumah,bercakap berseorangan dan tidur ditepi padang umpama orang psiko. Saya bersimpati dengannya, tetapi setelah melihat segala yang berlaku (dan mengenali ahli keluarganya) saya mula memahami punca asal gangguan itu. Bila jiwa sudah lemah dan terlalu lewat untuk memperbaiki keadaan, musuh batin seperti makhluk halus juga suka menghampiri. Jadinya kekallah keadaan seperti itu hingga dewasa dan tidak tahu sampai bila.

Ada beberapa cara boleh melihat kanak-kanak yang didera. Sesetengah kanak-kanak menunjukkan sifat yang sangat nakal, aktif dan suka membuli. Tujuannya adalah untuk melampiaskan perasaan amarahnya akibat didera itu. Tetapi tidak semua kanak-kanak pembuli adalah mangsa dera. Sebahagiannya terpengaruh dari bermacam-macam keadaan. Manakala kanak-kanak yang muram, sentiasa sakit dan takut-takut adalah lebih mudah untuk dikenali sebagai mangsa dera. Mereka selalunya pasif, kurang menonjol serta sentiasa resesif kerana telah terdidik sedemikian sejak dari mula.

Adalah amat menyedihkan bila turut sama cuba memahami mangsa dera ini dan menyelami dunia mereka. Mereka tidak ada tempat untuk meluahkan perasaan. Segala ketakutan, kedinginan dan dunia yang suram terpaksa ditanggung sendiri. Keceriaan sebagai kanak-kanak hilang ditelan kegelapan dan mereka gagal untuk menyerlahkan potensi sendiri. Trauma akibat didera boleh berpanjangan sehingga dewasa lalu menjadi satu gangguan kesihatan pula. Kalau tidak kena gaya, dari jiwa yang lemah ini, mereka mudah diperdaya, tidak kiralah dari makhluk berjisim atau tidak berjisim.

Oleh itu, hari ini, kalau terjumpa kanak-kanak yang didera, berilah sedikit perhatian. Kasihani dan selamilah perasaan mereka. Tidak mudah untuk berada didalam dunia yang sunyi dan sepi. Mereka menangis bersendirian. Keprihatinan masyarakat sangat perlu dalam menyelamatkan mereka supaya tidak terjebak dalam dunia yang tidak sihat atau menjadi insan yang bermasalah.

Sekian


Luca - Suzanne Vega
 
My name is luca
I live on the second floor
I live upstairs from you
Yes i think you've seen me before
If you hear something late at night
Some kind of trouble, some kind of fight

Just don't ask me what it was (3x)

I think it's 'cause i'm clumsy
I try not to talk too loud
Maybe it's because i'm crazy
I try not to act too proud
They only hit until you cry
And after that you don't ask why

You just don't argue anymore (3x)

Yes i think i'm okay
I walked into the door again
If you ask that's what i'll say
And it's not your business anyway
I guess i'd like to be alone
With nothing broken, nothing thrown

Just don't ask me how i am (3x)

My name is luca
I live on the second floor
I live upstairs from you
Yes i think you've seen me before
If you hear something late at night
Some kind of trouble, some kind of fight

Just don't ask me what it was(3x)

They only hit until you cry
And after that you don't ask why

You just don't argue anymore (3x)

16 comments:

  1. sedih bila baca tentang kanak2 didera..

    ReplyDelete
  2. Zila, saya baru saja memasukkan n3 tentang anak buah saya yang sering di buli di sekolah... setiap hari bila balik dari sekolah dia moody dan kadang2 sungguh nakal dan sukar mendengar arahan... nasib baik kami sekeluarga cepat menyedari, kalau tidak pasti emosinya sentiasa terganggu dengan perbuatan rakan sekelas.

    ReplyDelete
  3. hari ni kat akhbar...bayi 10 bulan didera dirumah pengasuh..punggung melecur seolah ditekap dgn sterika...itu dera fizikal..mudah dilihat...
    mendera emosi yg lebih parah...bimbang si mangsa akan menjadi individu yg pemarah,pendendam..

    ReplyDelete
  4. sedihnya dengar budak-budak kena dera..

    ReplyDelete
  5. tanggungjwb kita sbg manusia adalah membantu ...

    ReplyDelete
  6. ish..ish sedih bila baca..tapi pnerangan yg bgus..

    baru kita tahu knapa..bagaimana..knapa benda kes buli ni leh terjadi
    ada effectnya shingga membesar..

    ReplyDelete
  7. Kesian.. anak2 ni klu didera dari kecil mmg otak dia akan terjejas... Paling tidak, mereka hilang keyakinan diri.. Kita mmg perlu bantu mereka..

    ReplyDelete
  8. dera mental mahupun fizikal mmg akan meninggalkan kesan yg amat buruk pada si anak apabila meningkat dewasa.. sy pun ada kawan yg mcm ni..
    kesian sgt.. smpai skang kami kene bg sokongan moral kepada dia.

    ReplyDelete
  9. sedih dan takut.. kenapa terjadi perkara macam ni..

    ReplyDelete
  10. Allahu..tak je baca artikel kanak2 di dera. Kesian sgt. Jiwa & emosi tu boleh pengaruh sampai besar. Thanks share.

    ReplyDelete
  11. Zila,pendapat ana penderaan dari segi fizikal,ianya masih boleh terlihat dari mata kasar,namun bila penderaan emosi lebih kuat dan lama kesannya, ibu bapa yang mendera anak2 ni rasanya dia sendiri kurang kasih sayang atau mengalami ganguan emosi yang tidak stabil..Waallahu a'alam..

    ReplyDelete
  12. Kesian betul kalau dibayangkan macam mana kanak2 yang didera ini menahan kesakitan zahir dan batin...

    ReplyDelete
  13. Salam.

    Sesiapa ada contact number parents yang anak dia pernah didera? Do contact me. Serious. We need to talk and discuss something. Rizam from tv3.

    Email : mohdrizam@primeworks.com.my
    rizamsardi1992@gmail.com

    Tq

    ReplyDelete
  14. bagus dengan segala maklumat dan pengalaman yang kamu kongsikan...serba sedikit dapat meningkatkan pengatahuan dan membantu dalam mencari maklumat untuk dikadikan kajian

    ReplyDelete