Thursday, September 18, 2014

Pengalaman di Kundasang - Kinabalu Park - Kaki Gunung Kinabalu

Mula-mula dulu saya fikir, Kinabalu Park ini adalah sebuah hutan seperti Taman Negara. Saya tak terfikir langsung bahawa ia adalah kaki Gunung Kinabalu.

Selepas melalui beberapa pekan yang salah satu darinya bernama Bundu Tuhan, Kinabalu Park menjadi tempat perlancongan pertama yang akan ditemui. Walaupun tak mampu nak mendaki gunung itu, tapi bila sampai di kakinya pun sudah cukup untuk membuat saya gembira. Lama sangat teringin ke mari, tetapi tak pernah ada peluang.

Kinabalu Park telah di Gazzetekan di bawah perlindungan World Heritage, seperti sesetengah warisan di Melaka, Pulau Pinang dan Lenggong Perak. Maknanya, kawasan ini adalah kawasan yang dilindungi dibawah UNESCO. Tidak dibenar sebarang pembangunan berskala besar dilakukan dalam jarak 20km radius (kalau tidak silap saya, betulkan jika salah) untuk mengelak gangguan terhadap warisan itu. Anda juga dilarang sama sekali melakukan kerosakan dan pembunuhan terhadap flora dan faunanya.


 

Bila sampai di Entrance masuk, bukan bermakna anda telah sampai ke kaki gunung itu. Anda harus memandu lagi jauh ke dalam sekurag-kurangnya 2km, untuk sampai ke tempat dimana pendaki-pendaki gunung dilepaskan iaitu di Pondok Timpohon. (saya tak pasti, selain dari sini samada ada tempat lain untuk memulakan pendakian). Harga tiket dan maklumat lain adalah seperti dibawah. Untuk mendaki gunung pula, mestilah booking dulu dan dikenakan bayaran lain pula. Bukan hari anda datang itu, anda boleh daki terus.

 
 

Jalan hendak ke pondok ini sangatlah sempit dan berliku-liku. Banyak selekoh dan pendakian bukit-bukit kecil yang harus ditempuhi. Sesetengah tempat, sangat merbahaya jika dua kenderaan berselisihan. Ada tempat memerlukan gear yang tinggi untuk mendaki. Jenis macam kancil, merangkak jugaklah. Macam tidak banyak blog yang menceritakan in-detail tentang keadaan jalan masuk ke pintu itu. Tetapi kebanyakan pelancong dibawa oleh pakej atau orang tempatan, jadi mereka mungkin sudah mahir dengan jalan ini. Untuk yang pertama kali datang, sikap berhati-hati mesti diambil lebih dari 200%! Anda tentu nak selamat pergi dan balik, kan.






Bila sudah sampai disini, dapat pula satu masalah lain, iaitu masalah parking. Maklumlah kawasan yang sempit, memanglah susah nak meletak kereta. Bagi yang hati kering macam saya, boleh saja. Janji dapat sampai ke kaki gunung yang sangat dikagumi. Walau bagaimanapun, tolonglah bersivik sedikit. Walau sesusah mana pun parking, masih perlu konsider kesusahan orang lain. Jangan menghadang laluan. Kalau tidak, pecuma dapat sumpahan dan makian. Lebih baik datang berjalan kaki dari menyusahkan orang.


Walaupun hanya kaki gunung, tetapi kedinginan dan kenyamanan Gunung Kinabalu tetap dirasai. Disekelilingnya dipenuhi hutan-hutan tebal dan cuaca yang berkabus sekali sekala. Kalau bawa anak-anak kecil, lebih baik dipakaikan baju sejuk. Tetapi tidaklah sejuk sampai menggigil-gigil waktu saya pergi itu. Ada orang pakai seluar pendek dan T-Shirt nipis sahaja. Mungkin hanya diwaktu tertentu yang sejuk. Dari jam 10 pagi, anggaran suhu rasanya sekitar 16 hingga 25 darjah celcius.

Di pondok Timpohon ini terdapat juga kawasan tinjau (disebelah atas) dan sebuah peta yang menunjukkan kawasan pendakian serta tempat-tempat perhentian pendaki di atas gunung. Ia dipanggil summit trail. Turut di jual makanan ringan dan segera seperti Maggi. Anak saudara saya, bila saja terbau maggi, terus merengek-rengek minta dari ayahnya. Comel je. Budak kecil kan, anak saya pun sama, akhirnya terpaksa kongsi-kongsi pulak. Padahal kami dah nak pergi makan tengahari masa itu.

 
Beberapa meter sebelum sampai ke pondok, terdapat satu kawasan tangga tersorok di tepi hutan yang boleh membawa kita ke anak sungai. Cadang sepupu nak memanjatnya, tapi tak jadi. Disekeliling pondok ini juga dipenuhi dengan flora dan fauna hutan tropika. Sungguh menghijau dan mendamaikan.

Masa di kawasan tinjau, datang seekor tupai yang jinak, makan dan berlari-larian di hadapan kami. Tapi tak mudah juga nak ambil gambarnya. Nampak macam dia tahu, pengunjung takkan berani mencederakannya. Dari kawasan tinjau kelihatan kabus-kabus tebal melitupi celah-celah hutan macam dalam filem-filem cina tentang tokong-tokong di gunung mereka. Ha, jadi boleh fefeeling macam di Hollywood atau Koreawood di sini. Mulut pun berasap-asap gitu.



Kinabalu Park juga menyediakan sijil yang boleh dibeli oleh pengunjung untuk mengesahkan bahawa mereka telah datang melawat ke Kaki Gunung ini atau ke kawasan World Heritage. Bayarannya hanya RM5 sahaja.

Yuran masuk :

Dewasa : RM 3.00

Kanak-kanak : RM 1.00

Tiket di sini sila simpan, dan boleh guna kemudian untuk masuk ke Air Panas Poring pula di Ranau.

Kemudahan :

Di pintu masuk mula-mula terdapat semua kemudahan asas dan kedai runcit kecil.

Maklumat lanjut hubungi :

Sabah Parks Main Headquarters
Lot 45 & 46, Level 1-5, Blok H, Signature Office
KK Times Square, Coastal Highway,
88100 Kota Kinabalu

Tel : 088-523500
Fax : 088 - 486434 / 486435 / 486436
E-mail : sabahparks@gmail.com / sabahparks@sabah.gov.my



 

14 comments:

  1. Salah satu lokasi pelancongan yang inginku pergi. Next time Zila panjat Gunung Kinabalu pulak ye... :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak, bestnya.. kita teringin nak ke sana ~~~

    ReplyDelete
  3. wahhh terbaek la share..
    sy insyaAllah pergi ke sana next week..
    hihihihi

    ReplyDelete
  4. sejak tgk drama Dejavu Di Kinabalu dulu...akak dok berangan nak kesana...
    ladang lembu kt sana ala2 kat NZ hehe...

    pertama kali tgk gambar Zila,suami dan anak2...:)

    ReplyDelete
  5. Huish dia punya kabus tu, mesti bila berjalan kuar asap mcm kat oversea hehehe

    ReplyDelete
  6. Ohh... anak-anak pun ikut mendaki sama ye Zila. Hebat bebudak ni.
    Kalau kakak tengok dari gambar yg Zila paparkan pun nampak punyalah nyaman dan fresh. Bila Zila kata sejuk kakak percaya sebab tanah tinggi dan kawasan masih banyak pokok-pokok memang begitu.

    ReplyDelete
  7. Lya yg tgk kat sbh ni pun x prnh lgi smpai ke Cna

    ReplyDelete
  8. tengok gambar dah tau sejuk...tapi pemandangan macamni bukan senang dapat dilihat..

    ReplyDelete
  9. Teringin nak ke sana. Baru nak save duit nak travel. Memikirkan ade org perlukan duit, hasrat nak ke kundasang ku pendam jua. Hik3. :D

    ReplyDelete
  10. best, sehatlah klu panjat memanjat ni

    ReplyDelete
  11. Zila, sampai kat kaki gunung pun jadilah kan, dah boleh terasa kedinginannya dari foto2 yang Zila sertakan disini.. :)

    ReplyDelete
  12. Mmg teringin nak pergi nanti... suasana yg cukup menarik... nyaman. Thanks sharing Zila.. :)

    ReplyDelete