Tuesday, September 23, 2014

Pengalaman di Kundasang - Menginap di Kinabalu Pine Resort

Saya dapati ramai dikalangan pelancong yang datang ke Kundasang suka menginap di tempat ini. Oleh itu saya buat satu entry tentangnya.

Sebelum book resort ini, saya telah telefon dulu. Kata penyambut telefon, bilik yang mempunyai pemandangan yang cantik adalah bilik paling belakang. Di situ boleh nampak suasana Gunung Kinabalu sewaktu fajar terbit dan perkampungan disekeliling. Tetapi harga bilik itu dua kali ganda lebih dari bilik yang di sebelah hadapan. Wah! Nanti over bajet pula. Jadi saya saya kata kepada penyambut telefon, saya nak bilik hadapan sahaja, kalau nak tengok Gunung Kinabalu saya akan pergilah kebelakang bukit awal pagi nanti. Firasat saya, hanya di kawasan belakang itu sahaja yang boleh kelihatan pemandangan gunung. Rupanya di mana-mana saja bahagian resort itu pun boleh nampak. Yang membezakan, bilik belakang tiada halangan apa-apa seperti pokok, wayar telefon sebagainya. Lain dari itu, bilik hadapan juga cukup memuaskan. 




Ia adalah sebuah resort bertingkat dua dan berkembar-kembar. Designnya agak menarik dengan mempunyai beranda yang luas. Sesuai bagi yang datang beramai-ramai dan kemudian ingin makan bersama-sama dalam suasana santai. Tetapi awas, pengurusan tidak membenarkan memasak di dalam resort atau anda akan di halau. Untuk keluarga kami, kami telah tapau makanan yang tidak habis dari restoran pada sebelah siangnya dan tambah dengan maggi pada malam itu. Cuaca sejuk menyebabkan perut lapar dan lalu saja nak makan. 
 

Keadaan di dalam bilik saya beri 3 bintang. Tetapi design luar dan pemandangan di sekeliling memang awesome! 5 bintang untuk yang ini. Rekabentuk binaan ala-ala Inggeris dengan bunga-bungaan yang ditanam disekeliling, diserikan lagi dengan pokok-pokok pine yang besar dan cuaca yang dingin menambahkan keindahan pemandangan puncak gunung kinabalu. Di sebelah bilik saya itu ada laluan air bukit pula, jadi terasa macam berada dalam hutan dengan bunyi percikan air.



 

Jam 5 pagi bila bangun, waktu fajar baru nak menyinsing anda akan terkesima dengan keindahan yang Tuhan ciptakan di muka bumi ini. Di sebalik keributan dan segala macam kekalutan dunia, Alhamdulillah, masih ada kenikmatan yang ditinggalkan.


 

Dari beranda dapat dilihat sedikit demi sedikit cahaya matahari menerangi kawasan perkampungan yang berada di hadapan resort. Masa ini Gunung Kinabalu kelihatan sangat jelas tanpa kabus yang menutupi. Pokok-pokok bunga disekeliling resort juga begitu segar dalam cuaca yang dingin. Indahnya. teringin saya nak ke sana sekali lagi kalau ada rezeki.







Harga bilik

Harga bilik masa saya pergi ialah RM 170 dengan sarapan. Itu harga kakitangan kerajaan. Kalau hari biasa ada disediakan makan malam juga. Harga  cuti sekolah tidak sama dengan harga hari biasa. Biasanya harga cuti sekolah lebih mahal sedikit. Mungkin sekali sekala ada promosi, saya tidak pasti pula.

Keadaan dalam bilik

Mungkin tidak semua biliknya sama design. Bilik-bilik disini tiada pendingin hawa kerana ia memang tidak perlu. Ada satu bilik kecil yang disediakan untuk menggosok, menggantung baju dan menyediakan minuman. Tetapi tiada almari di dalam bilik saya. Boleh pilih bilik katil queen atau twin sharing. Keadaan dalam bilik simple sahaja. Sama seperti hotel-hotel lain. 

Makanan

Sarapan pagi di sini seawal jam 6.30 pagi. Makanan buffet yang sederhana. Tidaklah mewah sangat tetapi masih enjoy. Ada satu bahagian restoran yang open air, di sebelah bawah, tapi hari kami pergi itu ia agak lembab, jadi tidak dibuka. Pemandangan di situ menarik juga dihiasi pokok-pokok pine.


Cara tempah

Boleh tempah melalui Agoda atau telefon sendiri di sini 

email reservation@kinabalupineresort.com
Kinabalu Pine Resorts Sdn Bhd
Locked Bag 15,
88990 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
office hours
Monday-Friday: 8:30am to 5:00pm
Saturday: 8:30am to 12:00pm

Sales Office

Lot 7, 1st Floor, Lorong Durian 7,
Kian Yap Industrial Estate,
Mile 5 ½ Jalan Tuaran,
88450 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
telephone
(+60)88 386775
(+60)88 389957
fax
(+60)88 385857

Resort Office

Kampung Kundasang
(Along Kundasang Ranau Highway)
Kundasang, Ranau,
Sabah, Malaysia
telephone
(+60)88 889388
(+60)88 889488
fax
(+60)88 889288

Laman web http://kinabalupineresort.com/

Bagi kakitangan kerajaan, lebih baik tempah sendiri kerana akan dapat diskaun dan jangan lupa bawa kad kerja anda.
























17 comments:

  1. Menarik....insyaAllah satu hari mau kesana juga.

    ReplyDelete
  2. Terpegun lya tgk keindahannya ciptaanNya indahnya macam nak pergi skrg juga hihihi

    ReplyDelete
  3. Ya Allah....terasa kerdil diri...maha agung ciptaanNYA...
    Zila..akak dah bookmark web tu..rujukan jika ada rezeki kesana..

    ReplyDelete
  4. Terus rasa nak gi kundasang gak. Hehehe.

    ReplyDelete
  5. Cantik designnya 2 tingkat.. Rasa meronta2 pula nak g sana hehehe

    ReplyDelete
  6. subhanallah sangat cantik..asngat2 terkesima..tumpang gembira baca pengalaman ni..

    ReplyDelete
  7. Cantiknya suasana.. subhanallah. Tempat pun nampak sungguh selesa. Mmg sesuai sgt utk menyegarkan minda. Seronok.. :)

    ReplyDelete
  8. Mmg terbaik kan hotel nie akak.. rasa rindu nk pi Kundasang lagi..hehehe

    ReplyDelete
  9. akak, cantiknya gambar yang akak ambik tu.. ros suka jugak ambil gambar pemandangan yang ada langit tau.

    ReplyDelete
  10. Akak,nak tahu,camne nk dpt kan gov rate utk bilik tu? Perlu buat surat ke? Or,cuma bwak kad shaja? Advised kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, tak perlu. Cuma tunjuk kad kerja sahaja :). Itupun masa bayar

      Delete
  11. Saya dh booked by emel. Dh mention gov staff, tapi dia bg total harga rate biasa je? Dan kena buat payment pd tarikh dia bagi. Camne akak boleh bayar kt sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum, berkenaan pertanyaan tentang Kinabalu Pine Resort itu, Sekarang sudah naik harga, minta maaflah, jadi gov rate, 189 untuk standard room (valley), twin @ queen (dulu rm170). Yang ini ada breakfeast. Kalau harga biasa rm 210. Jika confirm booking, mesti bayar terus guna kad kredit@debit, kalau nak bank in kena tanya akaun dulu kut. Bulan enam yang lepas (2014), dibenarkan booking sahaja dan bayar di sana. Nampaknya mereka telah ubah regulation. Maaf sekali lagi.

      Delete
    2. Mksudnya gini. Dorang bg harga sama je mcm rate kt website. Xdpt pn gov rate. Maybe dh xda gov rate ke xtau la kan. Xpe xda rezeki disitu. Thx for your info kak.

      Delete
    3. ada diskaun, akak baru je call sana. Tanya pada miss Azlina. Tadi bercakap dengannya. RM189

      Delete
  12. Assalammualaikum..terima kasih kerana sudi melawat daerah saya. Kalau sudi datang lagi ya hihi. Saya menetap di kota kinabalu tetapi boleh pm saya kalau mau tanya apa2 mengenai Kundasang & Ranau. Kalau berkesempatan sila juga kunjungi Sandakan & Tawau (boleh pm juga. saya biasa ke tawau sebab wife org tawau)hihi

    ReplyDelete