Friday, September 19, 2014

Pengalaman di Kundasang - Mesilau Desa Cattle Dairy Park

Sangkaan saya, ladang lembu ini membenarkan pengunjung memerah susu secara menual menggunakan tangan sebelum datang ke sini. Tetapi rupanya pengunjung hanya dibenar melihat proses pemerahan susu melalui cermin sahaja menggunakan peralatan moden. Untuk orang macam saya yang sudah biasa sangat dengan senario itu, langsung tidak teruja. (Haha. Kerana ia adalah sebahagian dari kerja saya). Saya juga boleh memerah susu lembu menggunakan tangan jadi, apa yang nak di hairankan sangat proses pemerahan susu menggunakan mesin-mesin.

Salah sebuah ladang di Semenanjung yang menggunakan teknologi lebih kurang sama dengan Desa Cattle
Teknologi pemerahan susu di Semenanjung


Tetapi untuk pengunjung lain, sudah tentu proses itu sesuatu yang asing, kerana tidak semua ladang lembu membenarkan pengunjung masuk melawat. Kalau dibenarkan masuk pun, nanti banyak komplen itu dan ini pula (maklumlah, tak faham). Makanya lebih baik penternak diam-diam buat kerja sendiri. Mujurlah Desa Cattle ini sudi memberi peluang kepada pengunjung untuk meninjau bagaimana proses pemerahan susu dilakukan.

Desa Cattle bukan terkenal semata-mata kerana lembu susu dan produk-produk mereka sahaja. Ia adalah sebuah kawasan menghijau yang dingin lagi cantik. Itulah yang menjadi trade mark kepada ladang ini. Konon-konon nak merasai pengalaman macam diluar negara dan fefeeling seperti di New Zealand atau Newcastle.

Tiket boleh dibayar secara pandu lalu dipintu masuk ladang. Tetapi masa pergi itu, ada orang telah bayarkan untuk kami satu kereta, hairan juga, entah siapa insan yang baik hati. Bila di cari, tak berjumpa pula yang mana satu.

Harga tiket : 

RM 4.00

Ladang ini menyediakan banyak makanan yang berasaskan industri tenusu. Semuanya di sediakan
secara segar. Aiskrim, waffle, yogurt, susu berperisa dan macam-macam lagi. Manakala dinding kaca yang menunjukkan bagaimana proses pemerahan susu dilakukan terletak di sebelah belakang. Boleh juga berjalan kaki di sebelah luar dan pergi ke kawasan-kawasan hijau itu untuk bergambar. Saya tidak pergi sampai ke sana, tetapi melalui beberapa blog, saya dapati ada beberapa aktiviti seperti pemberian susu kepada anak lembu yang boleh dilakukan oleh pengunjung.

 

Cara pergi ke ladang ini :

Untuk yang kali pertama datang mungkin akan merasa sedikit keliru, kerana jalan nak masuk ke sini mempunyai banyak simpang dan sign board pun tak banyak sangat. Justeru saya titipkan di bawah koordinasi satelit ladang ini, supaya mudah mencari di GPS.

Perjalanan ke sini melalui banyak kawasan perkampungan. walaupun tidak jauh sangat dari pekan Kundasang, tetapi jenuh juga nak mencari. Kebetulan bateri handset saya dah kong masa itu. Mengharapkan bantuan mulut dari orang yang ditemui dan saudara yang ada GPS. Akhirnya berjumpa juga.

Dari roundabout Jalan utama di Pekan Kundasang, boleh ambil simpang kiri dan melalui deretan kedai-kedai. Berdekatan dengan simpang/roundabout itu ialah Kundasang Memorial Park, satu lagi kawasan perlancongan. Dalam perjalanan ini anda dapat melihat kebun-kebun sayur dikiri kanan selain rumah-rumah penduduk. Ada juga beberapa resort seperti Kundasang Inn. Perjalanan adalah kira-kira 10 minit sahaja dari jalan utama pekan Kundasang. Ada bahagian yang harus mendaki sangat tinggi, perlu guna gear rendah. Sebab itu di Sabah banyak kenderaan 4WD. Apapun selamat berjaya

Desa Cattle Diary Farm
Mesilau Highland, Kundasang, Ranau, Sabah
Tel: (+6088) - 889 562
GPS Coordinate: 6.013877, 116.593519
Facebook: Desa Cattle
















11 comments:

  1. Insyallah nak juga pergi pun x prnh smpai lgi tmpt ni

    ReplyDelete
  2. bestnya pi tempat ni kan...dapat tengok sendiri proses tu

    ReplyDelete
  3. Salam kenal, saya blogwalking kat sini. Jemput singgah ke blog saya, http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer...

    ReplyDelete
  4. semoga ada rezeki utk kesana nanti...pemandanagn yg sangat2 cantik..

    ReplyDelete
  5. tak penah ke ladang lembu susu..tak pernah tengok cara memerah susu..
    umur panjang,ada rezeki dapatlah ke sana..

    ReplyDelete
  6. Terer perah susu pakai tangan? Haha. Ana tak suka susu. Isk! :D

    ReplyDelete
  7. sejuk mata memandang...dah tentu sejuk akak yg bertandang sana tu ye..hohohoh... keju diorg buat tak?

    ReplyDelete
  8. Mesti sedap ice cream tu.. fresh.. Suasana pun nyaman...

    ReplyDelete
  9. mmg sungguh indah pemandangannya . kabus tu yg mahal sikit ...

    ReplyDelete
  10. hehe...tahu tu bukit yang sedikit curam tu.. takut juga nak. Betul nak pi sini signboard memang takde...tapi tak banyak simpang pun. senang aje perjalanannya. Lepas desa cattle kalau jalan terus sampailah di mesilau centre. Ada pusat penerangan, penginapan resort, restoran, golf dan macam2 kat situ.

    ReplyDelete