Wednesday, September 17, 2014

Pengalaman di Kundasang - perjalanan pergi

Sebenarnya sudah agak lama juga saya dan keluarga ke Kundasang. Lebih dua bulan, iaitu masa cuti sekolah yang lepas. Tetapi cuma baru-baru ini ada kelapangan untuk menulis.

Kundasang terletak kira-kira 92 km dari Kota Kinabalu. Terdapat dua cara untuk sampai ke sini, samada melalui jalan biasa yang popular, Tuaran-Tamparuli dan satu lagi Penampang-Tambunan.

Saya fikir, semua orang pun sudah tahu keistimewaan Kundasang. Disinilah terletaknya Gunung Kinabalu yang masyur, gagah berdiri dengan ketinggian lebih 4000 meter dari paras laut. Dalam perjalanan itu, saya adalah orang yang paling excited kerana sepanjang lawatan ke Sabah sebelum ini, tidak pernah ada kesempatan pun sampai ke Kundasang, hanya melihat dari jauh sahaja puncak gunung itu. Disepanjang perjalanan, anda akan menyaksikan banyak air terjun dari gunung Kinabalu itu. Tapi ia hanya kelihatan kecil-kecil sahaja kerana sangat jauh. Mungkin lebih dari 3 air terjun.

Tuaran Tamparuli

Jalan ini sangat popular di kalangan pengunjung. Boleh dikatakan 90% pengunjung yang pertama kali datang ke Kundasang akan mengikuti jalan ini. Memang tidak susah pun untuk sampai ke Kundasang melalui jalan ini. Anda boleh singgah di beberapa tempat menarik sepanjang perjalanan seperti Rumah Terbalik dan Jambatan Tamparuli. Jambatan itu popular kerana lagunya.

 

Penampang Tambunan

Ada beberapa entry saya yang menerangkan tentang jalan ini. Iaitu di sini, sini dan sini. Saya pernah lalu beberapa kali untuk ke Keningau, tetapi tidak pernah ke Kundasang. Sebenarnya jalannya tidaklah teruk sangat. Anda juga ada pilihan menarik, boleh singgah di Pusat Penerangan Rafflesia dan Pekan Tambunan untuk menyaksikan gaya hidup masyarakat di sana. Memanglah bukan gaya hidup tradisional, tapi jauh perjalanan, luas pengalaman. Tambunan terkenal dengan tanaman halia. Dari Tambunan akan tembus ke Pekan Ranau dan seterusnya ke Kundasang.

Perjalanan pergi dan kereta sewa

Dari KK ke Kundasang, jika jalan tidak jam atau ada halangan lain akan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Tidaklah jauh sangat.

Berikut beberapa tips dari saya :
  • Jika membawa ramai kaum keluarga, sewalah kenderaan yang kapasiti besar dengan CC yang besar. 
Contoh macam kami dua keluarga, menyewa Nissan Urvan, CC 3.0, jadi tidaklah merangkak mendaki bukit (pergi tiga keluarga, keluarga satu lagi menyewa kereta lain). Tetapi untuk berjimat, boleh pilih Proton Exora atau Avanza. Sewanya lebih murah. Ada juga banyak pilihan lain seperti toyota Innova dan 4WD. Toyota Urvan yang saya sewa hari itu berharga RM250 satu hari. Jadi bila dibahagi dua, ia cuma RM125. Mesti pandai pilih syarikat penyewa. Ada banyak pakej, ada yang cas mahal, ada yang cas murah, ada yang kenderaan berkondisi baik, ada yang kurang baik (separuh jalan dah berasap). Ingat, anda akan memandu di kawasan bergunung ganang, justeru, pastikan kenderaan sewa anda itu dalam keadaan sihat. Berikut adalah contact kereta sewa saya yang dulu, tetapi saya tidak jamin mereka akan memberi harga yang sama juga. Boleh tanya dan cubalah pujuk. Atau kalau berjumpa kereta sewa yang lain yang lebih murah, itu lebih bagus.

014-6585686 - kereta sewa
  •  Bergerak pada awal pagi.
Ada beberapa pertanyaan sebelum ini tentang waktu yang sesuai untuk memulakan perjalanan. Saya selalu mengesyorkan berjalan pada waktu awal pagi di Sabah. Saya rasa semua orang pun sudah maklum, di sana, pukul 5 pagi serupa macam pukul 6.30 di semenanjung. Jadi sangat rugi, jika anda bermalas-malasan memulakan perjalanan pada waktu yang lewat. Gunung Kinabalu hanya akan kelihatan dengan jelas pada waktu awal pagi. Masuk pukul 10 ia mula dilitupi awan, jadi pemandangan kurang menarik. Saya mempunyai banyak gambar yang di snap sepanjang perjalanan. Tetapi ada pembaca berpesan, jangan masukkan gambar banyak sangat, ia akan memberatkan blog. Maka saya terpaksa tidak titip semuanya.

Gunung Kinabalu akan dilitup awal masuk pukul 10 pagi
  • Mabuk kenderaan
Zaman moden ini agak jarang kita dengar orang mabuk kenderaan. Kalau sudah sampai ke Sabah menaiki kapal terbang, pelik juga jika mabuk kenderaan darat pula. Tapi  mana tahu, kut kut ada pulak yang begitu. Ok, perjalanan ke Kundasang sama sahaja macam perjalanan nak ke Cameron Highland. Jadi kalau sudah biasa ke Cameron Highland pasti dapat agak bagaimana keadaan jalan di sini. Pastikan ada plastik atau kalau nak lebih advance, carilah ubat tahan mabuk. Jalannya berliku-liku dan mempunyai selekoh tajam. Ada dibeberapa bahagian, Gunung Kinabalu kelihatan sangat jelas, macam boleh berjalan kaki sahaja.

Rumah terbalik

Kami memilih jalan Tuaran Tamparuli, kerana jalan itu paling mudah untuk di akses, selain menjadi pilihan utama pengunjung yang lain juga. Dalam perjalanan itu anda boleh nampak rumah terbalik yang sengaja di reka untuk tujuan perlancongan. Malangnya kami tidak singgah kerana ingin cepat. Motif kami yang utama adalah melawat Kundasang, jadi priority tetap priority. Sepupu suami saya sempat singgah kerana beliau menginap berhampiran UMS, jadi perjalanan dari sana tidaklah terlalu jauh untuk sampai ke Rumah Terbalik itu, berbanding kami yang menginap di Kota Kinabalu. Rumah ini boleh nampak sahaja dari tepi jalan. Tetapi masih perlu berhati-hati, kalau laju sangat, anda boleh terlepas.Untuk U turn, agak sedikit susah.

Makumat tentang rumah ini anda boleh dapat

di sini
di sini
dan
di sini

Penginapan

Di K.K  kami menginap di Hotel Klagan di Centre Point. Ia hotel yang sangat selesa. Tidak dinafikan, kualiti hotel di Sabah jauh lebih baik berbanding dengan kebanyakan hotel di semenanjung. Walaupun di semenanjung mendakwa hotel 4 atau 5 bintang, tetapi ia tidak begitu setaraf dengan yang di Sabah. Bilik hotel ini agak besar, jadi sesuai untuk yang membawa ramai anak. Di Kundasang, kami menginap di Kinabalu Pine Resort. Ia popular di kalangan pelancong dan menarik juga. Satu entry akan menyusul tentang resort ini nanti. Saya tidak terangkan di sini. Bila siap nanti saya akan buat back link.

Kemudahan sepanjang jalan

Sebenarnya bila terlalu excited, saya terlupa pula nak meninjau-ninjau kemudahan-kemudahan di sepanjang perjalanan. tetapi sebelum sampai ke Kundasang, ada beberapa gerai-gerai yang boleh disinggahi, mungkin untuk melepas hajat. Untuk sembahyang, kalau tidak silap, ada juga surau. Saya pergi ketika itu awal pagi dan sampai lebih kurang pukul 10. Kami dah makan siap-siap di KK. Tentang Petrol pula, saya pun tak nampak stesennya. Jadi adalah dinasihatkan mengisi minyak penuh sebelum itu.

Ringkasan pekan-pekan dan bandar yang akan dilalui untuk ke Kundasang jika melalui jalan Tuaran-Tamparuli

Anda boleh follow guna GPS/WAZE dan sebagainya. Tapi bagi yang tak ada tu, boleh tengok ringkasan di sini :

Kota Kinabalu - Likas/Inanam - Tuaran - Tamparuli -Kundasang

p/s : Blog saya ini selalu sahaja di datangi oleh pemilik perniagaan kereta sewa atau pakej perlancongan yang memohon mengiklankan perniagaan. Maaflah, tidak semuanya dapat saya layan. Saya bukan blogger famous d amous. Memang ada masanya rating naik mencanak tetapi ada masa ia turun juga.

tanah runtuh
Awan berbentuk itik

11 comments:

  1. rindu Kundasang sangat..memang cantik tempat tu :)

    ReplyDelete
  2. dah sampai pun ke sana kan...pemandangan yang cukup cantik

    ReplyDelete
  3. Indahnye kundasang! Ana mabuk kenderaan kak. Hehe. Tapi kalau jalan jauh laa..kalau takat kL ngan rawang, xde la mabuk. Contoh dari kedah nak ke johor. Memang muntah2 la alamatnye.

    ReplyDelete
  4. Kundasang tempat yg cantik..

    bila nk pg entah,,,

    ReplyDelete
  5. cantiknya pemandangan di sana zila, seronok dapat melihat tempat orang ni, suatu catatan perjalanan yg menarik :)

    ReplyDelete
  6. Banyak saya dengar cerita ttg keindahan kundasang ni, tapi belum berpeluang utk ke sana lagi.. Thanks sharing Zila.. :)

    ReplyDelete
  7. cantiknya gambar2 tu...suka tengok...
    kundasang memang best...kalau datang sini mesti
    makan sayap ayam madu di gerai atas tu.

    ReplyDelete
  8. Hello Everyone =)
    Please visit us during your spare time =)
    www.jresidence.com

    ReplyDelete
  9. Saya akan ke sana hujung bulan ni. harap cuaca elok. Terima kasih kerana berkongsi pengalaman perjalanan ke sana.

    ReplyDelete