Monday, September 1, 2014

Salam Merdeka dan Tribute MH 17

Salam Merdeka.
Saya terlambat satu hari mengucapkannya kerana berada di kampung.
Rasa kurang selesa berblog menggunakan telefon bimbit mahupun tablet. 
Itu bukan kemahiran saya setakat ini.
Nampaknya sambutan kemerdekaan tahun ini penuh ujian dengan pelbagai peristiwa sedih yang berlaku.
Tetapi di sebalik itu sesetengah rakyat sudah mula sedar akan kepentingan bersatu padu.
Ia sedikit melegakan.

Semoga segala-galanya akan baik-baik sahaja selepas ini
Selamat menyambut merdeka
dan
Biarlah kemerdekaan itu diterjemahkan ke dalam bentuk rohaniah dan jasmaniah

Disini, lahirnya, sebuah cinta....

Walaupun sudah lebih sebulan, tetapi hati rakyat Malaysia masih bersedih mengenangkan MH 17
Dalam banyak tribute yang di hasilkan, inilah tribute yang paling berkesan untuk saya.
Mungkin biasa sahaja bagi orang lain (hanya setakat video kapal terbang)
Namun ia menyentuh hati

16 comments:

  1. Masih lagi terkenang mereka...semoga merdeka kali ni kita betul-betul merdeka...jgn ada yg ingin merampas APA yg kita ada..

    ReplyDelete
  2. Salam merdeka kak. Tu lah..kesedaran kian ade setelah berbagai2 kejadian yg Allah bg. Sempena kemerdekaan jd la kita org yg bersyukur kerana menikmati negara yg aman. :)

    ReplyDelete
  3. al fatihah buat mangsa beragama islam
    thn 2014 ni paling byk cabaran dihadapi malaysia..sepatutnya thn melawat malaysia..hmm..dugaan....
    salam kemerdekaan kak

    ReplyDelete
  4. akak tgk Melodi Ahad 31 hb tu...ramainya artis yg buta sejarah...berapa th negara merdeka pun kantoi...

    ReplyDelete
  5. setuju dengan kak kamsiah..opppsssiii..

    ReplyDelete
  6. Salam Kemerdekaan.. Al Fatihah buat mangsa MH17 yg beragama Islam.
    Kemerdekaan adalah warisan kita & menjadi tanggungjawab buat kita sbg anak2 merdeka utk terus menjaga serta mempertahankannya. Kemerdekaan bukan sesuatu yg dtg bergolek.. in melibatkan pengorbanan serta usaha yg keras... hargailah..

    ReplyDelete
  7. Dalam pada 57 negara telah merdeka ujian tetap melanda buat negara kita. Namun sedihnya ada pula yg masih leka bila minda masih terjajah tanpa sedar. Moga biarlah negara merdeka seiring dgn minda yg merdeka juga.

    Salam kemerdekaan buat Zila..

    ReplyDelete
  8. sebak bila melihat pengisytiharan mangsa MH17 tu kak

    ReplyDelete
  9. Selamat hari kemerdekaan akak..
    Al fatihah untuk mangsa-mangsa MH17 dan buat semua umat Islam yang telah meninggal dunia.
    p/s: Ros tak dapat nak tengok video tu.. nanti kat rumah Ros buka semula..

    ReplyDelete
  10. Terima kasih pd pejuang2..nk kta berperang tk juga..cuma bebas dr penjajah...tpi minda ttp di jajah...

    ingat world war..msa perang jepun.minda diorg tk di jajah.kuat kejepunannya....

    ReplyDelete
  11. walaupun negara kita sedang menyambut merdeka harapan kita peristiwa mh17 tetap ada sentiasa di dalam ingatan dan Mh 370 sentiasa di dalam doa..Salam Kemerdekaan.. Al Fatihah buat mangsa MH17 yg beragama Islam.

    ReplyDelete
  12. p/s : Cabaran 30 hari #kelabbloggerbenashaari ; masuk la join sama zila, kat bawah blog sy ni ada link dan cara ; Apa tu cabaran 30 hari? .. silakan. Lewat sikit tak sengaja boleh back dated.

    ReplyDelete