Friday, September 5, 2014

Tentang anak yang lasak

Keluarga saya tidaklah besar sangat
Tetapi saya mempunyai ramai anak buah
Dulu sebelum kahwin, pening juga nak melayan sorang-sorang itu
Terutama bila balik berkumpul ramai-ramai
Maklumlah, macam-macam perangai
Semuanya lasak belaka
Tapi nakal macam mana pun, taklah tersampai hati kita nak mengeji anak-anak buah sendiri
Sayangnya pun sama sahaja
Sekarang bila difikir, tanpa anak-anak buah itu, akan sunyilah rumah emak saya bila berkumpul

Yang tutup muka tulah Muhammad Hussaini Mahmur masa kecil-kecil. Tengok gambar pun tahu macamana perangainya. Sekarang sudah jadi orang dan bakal jadi ustaz
Ini cerita tentang anak saya pula,
Anak saya yang nombor dua memang aktif dan lasak, 
serta sukar menumpukan perhatian. 
Pada masa umurnya bawah enam tahun, saya sangat bimbang untuk membawanya pergi ke rumah orang. Terutama sekali pada orang-orang yang cerewet

Tapi begitupun dia mempunyai hati nurani yang agak sensitif. 
Saya pernah lihat dia memberi sedekah kepada seorang pengemis di pasar malam 
dan melayan kucing-kucing liar yang datang kerumah kami dengan baik. 

Dia juga ambil berat tentang kehilangan MH 370
Dan pernah suruh saya uploadkan satu lukisan mesej untuk MH370 yang dilukisnya ke dalam FB. 
Bukan anak orang lain tidak pernah buat begitu, tetapi untuk level anak saya, ia agak istimewa
kerana dia menghadapi masalah fokus yang agak teruk juga

tengok gambar, fahamlah kan macamana keadaan dia
Dalam pada masa lasak dan tak makan saman itu
Kadang-kadang sempat pula dia memberi hadiah-hadiah lukisannya untuk saya
Katanya, ini untuk mama, abang lukis dan warna, sayang mama

Adiknya pula sangat sayangkan dia
Janganlah ada orang cuba buli,
Dialah orang pertama akan mempertahankan
Ayat commonnya
"Jangan pukul abang Nana, itu abang Nana lah"
Atau kadang-kadang ketika saya marah, dia akan pujuk
"Mama janganlah marah abang Nana, Nana sayang abang"
Maunya hati tak tersentuh
(Tapi kalau depa berdua bergaduh, amboii, ribut satu rumah)

Yang paling kelakar, bila dia pulangkan baki wang saku sekolahnya,
"Nah mama, ini duit, abang bagi mama, mama buat belanja ye"
Haha
Terima kasih nak
(itu duit baki sekolah, mama kau jugak yang bagi)


Kakak saya pernah berpesan
Walaupun anak kau menghadapi masalah pembelajaran
Tapi bersyukurlah dia sempurna dan sihat
Boleh tersenyum, boleh faham, boleh berjalan dan normal macam orang lain
Betul juga, ada orang yang lebih malang dari saya
Anak saya cuma menghadapi sedikit masalah kecil sahaja

Sekarang, dia masih lasak, tetapi tidaklah seteruk dulu,
Kami sudah dapat menanganinya sedikit demi sedikit
Walaupun tidak sepenuhnya
Syukur kepada Allah










Sebenarnya melihat anak orang yang lasak
Memang tidak dinafikan mulut senang saja mengata-ngata
Manusia kadang-kadang boleh terlupa dan terlepas cakap
"Isyhhh..lasaknya..emak dia tak ajar ke...Nak jadi apalah, bila besar nanti"
Tetapi iyalah mulut yang celupar Tuhan akan balas juga
Bak kata mesej di bawah, keji anak orang,
Anak sendiri belum tentu lagi bagaimana nasibnya

Tuhan akan turunkan pelbagai bentuk ujian kepada manusia di dalam dunia ini supaya ia bersabar dan dapat merasa nikmatnya kemudian.
Ia umpama satu kredit dan hasilnya akan dikutip pada kemudian hari.

 Akhir kata marilah kita sama-sama mengambil ikhtibar
dan memohon kepada Allah, 
Agar anak-anak kita nanti menjadi manusia yang berguna kepada bangsa dan agama
dan dijauhkan dari sifat-sifat yang jahat
Amin

Pesanan buat yang suka menghina orang

16 comments:

  1. Kalau tak lasak dan tak reti nak duduk diam bukan budak-budak namanya... itu dah fitrah semulajadi... budak-budak ni senyapnya masa tidur dan duduk diam kalau badannya tak sihat!

    ReplyDelete
  2. nama pun budak kan kak.. mesti byk ragamnya..

    ReplyDelete
  3. budak-budak kalau lasak tu tandanya sihat dan pandai, orang lah kata.kalau diam je mungkin kena risau.

    ReplyDelete
  4. kanak-kanak dalam proses pembesaran memang sebegitu..macam2 kerenah,doakan yang baik2 sahaja buat anak2 siapa juga kerana mereka ibarat kain putih yang suci dari dosa... :)

    ReplyDelete
  5. bukan masalah anak tak pandai..zaman sekarang budak semua pandai2 bagi saya sebeb darjah satu dah pandai membaca, kenal huruf..zaman saya dulu darjah 1 nak baca SAYA pun ramai yg mengeja lagi..
    pemikiran ibu bapa sekarang ni yg berlumba2 untuk mendapatkan anak pandai..umur 5 tahun (sekolah tadika) dah pandai membaca..risau sangat kalau anak tu tak pandai lagi dan mula cakap anak tak pandai..
    setiap anak ada kelebihannya..tak usah banding2 anak orang lain..bersyukurlah dengan kurnianNya..siapalah kita untuk mempertikaikannya kan..
    abang seorang yang baik dan akan menjadi abang yg baik utk adik2nya..

    ReplyDelete
  6. Lelaki kan..mmg lasak. Tapi biasenye anak yang lasak tu la satu hari nanti akan membanggakan kita.

    ReplyDelete
  7. Budak2 mmg bnyk ragam.. tp bila tak ada rasa sunyi pulak klu dah biasa mengadap kerenah dia org tu semua kan.. syukurlah, pasti ada kejayaan yg akan Allah kurniakan buat semuanya nanti... aamiin.. :)

    ReplyDelete
  8. memang kadang pening melayan karenah anak2..tp pening tu akan jadi sunyi bila mereka keluar dari rumah nanti...utk melanjutkan pelajaran dsb...saat itu kita akan merindui zaman anak2 ketika mereka masih kecil..

    ReplyDelete
  9. as salam zila..
    org ckp psl org mmg tak habis..kita doakan yg baik2 buat anak2..doa ibu tiada hijab..
    nti yg lasak itulah membanggakan kita..kan..

    tip utk anak lasak..amalkan bca al -Fatihah dan al-Insyirah kat bubun dia setiap kali lps solat..lps tu doa kuat2 apa saja yg baik2 utk dia..mesti dia suka klu kita sebut banyak perkara ttg doa kita kat dia.in sha Allah

    ReplyDelete
  10. itu perkara biasa bagi budak2...tak boleh nak cakap lebih pasal anak orang,sebab anak sendiri pun tak tau lagi nanti macam mana,

    ReplyDelete
  11. budak2 elok lasak sejak kecil nnti dh besar seorang yg matang..
    uhukksss sbb masa sy kecik pun sy lasak sgt

    ReplyDelete
  12. saya ada seorang anak buah hyper . sungguh hyper . tapi bila besar ok jer . normal ... alhamdulillah . insha Allah zila , hyper tu akan berkurang seiring proses pembesaran .

    ReplyDelete
  13. Kerenah anak2 ni macam2. Tak perlu risau sangat akan kerenahnya semasa kecil ini. Berilah pendidikan sebaiknya disamping pantau dan penting adalah kesihatannya. InsyaAllah...setiap orang ada tahap kematangan dan ianya berbeza2.

    ReplyDelete
  14. ragam anak2..kagum dgn ibu2 diluar sana...mampu melayan kerenah anak2 yg macam2..!! :)

    ReplyDelete
  15. Anak yang lasak ni kebiasaannya orang mudah kenal. Kalau zaman budak-budak dulu, jenis yang lasak ni sebut je nama, satu kampung orang kenal.

    ReplyDelete
  16. Seronok baca entry ni Zila.. setiap anak ada pembawaan masing2 kan? terpulang pada kita cara untuk menanganinya

    ReplyDelete