Tuesday, October 7, 2014

Pengalaman di Kundasang - Kolam Air Panas Poring

Kolam air panas Poring ini terletak jauh juga dari Kundasang. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 45 minit. Sekeliling perjalanan hanya ternampak hutan-hutan dan ada juga pekan-pekan kecil. Jujurnya, jika tak ada GPS macam zaman ini, ada kemungkinan boleh tersesat. Ada di beberapa bahagian, peniaga tepi jalan menjual durian yang isinya berwarna merah (mungkin masa itu adalah musimnya). Kalau di semenanjung tidak ada durian isi merah ini.


Perjalanannya sama hala dengan Sabah Tea Park dan Tagal Sungai Moroli Kampung Luanti, tempat dimana ikan-ikan kecil menggigit kaki pengunjung. Tetapi saya tidak pergi ke dua-dua tempat itu kerana hari sudah petang dan tidak sempat. Esoknya pula, flight kami adalah pukul 11.

Kalau anda merancang ke Kundasang, pergilah sekurang-kurangnya dua hari. Kalau satu hari satu malam macam kami, memang banyak tempat yang tidak dapat dilawati

Perjalanan pergi

Sebaik sampai di pekan Ranau, anda akan menemui satu simpang tiga, iaitu simpang yang pergi ke Tambunan, di sebelah kanan. Anda boleh lihat dan follow GPS atau WAZE (saya tidak pakai aplikasi itu), tapi bagi yang tidak ada, saya akan beri sedikit tips. Kadangkala GPS pun bukan tepat sangat.

Tetapi kini ada satu laman web yang dapat menunjukkan satu-satu kawasan dengan sangat jelas, iaitu  http://www.instantstreetview.com/. Tetapi saya tidak pasti laman ini boleh didownload dari telefon pintar, kerana saya tidak pernah cuba. Buat masa ini,  ia masih belum akses jalan-jalan di sabah.

Dari jalan utama tadi teruskan saja perjalanan sehingga anda berjumpa satu simpang kecil yang menuju ke Jalan Lohan Bongkud. Jangan bawa laju kerana tidak banyak sign board (masa saya pergi dulu), takut anda terlepas pula. Simpangnya bukan simpang besar. Ada sign board kecil di tepi jalan itu. Teruskan perjalanan sampai anda nampak Sekolah Menengah Lohan Bongkud di sebelah kiri. Hati-hati jangan tersalah masuk simpang. Sebenarnya selepas simpang utama tadi, ada satu lagi simpang kecil, menuju ke satu perkampungan, tetapi anda hendaklah teruskan perjalanan sampai nampak sekolah itu.

Sg Moroli, Kg Luanti, sebenarnya, bukan Kg Moroli


Katakanlah, ketika di jalan raya besar anda sudah terlajak ke depan. Teruskan saja, sehingga ke Kg Luanti atau Sabah Tea Garden. Balik nanti baru singgah di Air Panas Poring. Ia tidak jauh sangat.

Perjalanan ke Kg Poring ini akan melalui beberapa perkampungan kecil. Saya pun tidak sangka ada tempat perlancongan, kerana suasana sekitar tidak begitu menzahirkan bahawa kawasan itu adalah kawasan perlancongan. Mungkin bagi yang pertama kali datang akan merasa sedikit keliru, kerana banyak simpang.  Mungkin juga kerana kami pergi lewat petang (di sabah). Waktu itu sudah pukul 4 petang. Tapi tak apa, teruskan saja perjalanan mengikuti jalan utama dan follow sign board Kampung Poring sehingga melewati pekan kecil di Jalan Lohan Bongkud. Lepas pekan ini anda nampak simpang tiga, dan ambil simpang kiri. Selepas simpang itu, InsyaAllah,  tidak akan tersesat lagi.



Kolam air panas

Sebaik sampai ke kolam ini, anda harus beli tiket dahulu. Harganya tidaklah mahal sangat, hanya RM 3 sahaja. Tetapi kalau sudah masuk ke Kinabalu Park sebelumnya, tak perlu beli tiket lagi (hari yang sama). Guna tiket yang sama. Kawasan ini turut diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia, di bawah lindungan UNESCO juga.

 

Untuk sampai ke kolam, kita akan melalui satu jambatan. Ada satu jambatan gantung, tetapi nampak gayanya masa saya pergi itu macam dah tak digunakan lagi. Dibawahnya terdapat sungai dan air terjun yang menderu-deru. Mungkin juga lepas hujan, jadi air amat deras dan bunyi bukan main kuat. Dalam hati, kalaulah jambatan itu terputus masa berada di atasnya, entah apalah nasib. Walaupun boleh berenang, tapi saya tak pernah berenang dalam sungai besar. Meremang juga bulu tengkuk memikirkan.






Kawasan ini menyediakan beberapa kawasan tempat mandi yang sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Tetapi ia tidak seluas kawasan mandi seperti di Sungai Klah, Sungkai. Ada beberapa bahagian yang dipisah-pisahkan dalam bentuk kolam kecil. Agak selesa untuk kanak-kanak mandi kerana lebih terkawal.




Di bahagian atas sedikit terdapat satu takungan kolam air yang sangat panas. Pengunjung tidak dibenar menyentuh air di sini. Kolam itupun dipagar. Kawasan sekitar berbau busuk seperti Hidrogen Sulfida. Janganlah pelik pula dan bising-bising. Hidrogen sulfida adalah sebatian yang menghasilkan bau seperti telur busuk. Ia terdiri dari unsur sulfur iaitu belerang. Boleh buka balik buku teks kimia kalau lupa, ia ada diajar










Berjalan diatas lagi terdapat Taman rama-rama, Jambatan gantung atau canopy walk dan air terjun. Maknanya, jika datang ke mari, anda bukan semata-mata datang ke kawasan air panas itu sahaja, tetapi anda boleh datang ke tempat-tempat yang disebutkan di atas juga. Saya tidak dapat pergi kesemua tempat ini kerana hari sudah larut petang. Walau bagaimanapun,saya senaraikan dibawah tempat-tempat menarik yang berdekatan.

 


Lain-lain tempat menarik berdekatan kolam air panas:
  • Taman rama-rama Poring


 
 

  • Canopy Walk Poring 
  • Air terjun Poring 
  • Orchid Conservation Centre 
  • Tropical Garden 
  • Rafflesia Research Centre 
  • Bamboo Garden 
  • Ethnobotanical Gardens

Dipintu masuk kolam air panas ini ada terdapat gerai-gerai yang menjual cenderamata.

 

Waktu masuk :

Untuk kolam Air Panas saya tak pasti buka sampai pukul berapa, kerana ketika itu, sudah lewat petang pun masih ada yang datang. Untuk Taman Rama-rama pula, hanya sampai pukul 4 petang sahaja. Banyak maklumat boleh didapati jika rajin mengodek-godek internet.

Harga tiket :

RM 3 Dewasa, RM 1 kanak-kanak (untuk kolam air panas) - tiket dari Kinabalu Park, boleh diguna semula disini pada hari yang sama

sila semak laman web :  http://www.sabahtourism.com/destination/poring-hot-spring-phs

Contact :

Sabah Parks Main Headquarters
Lot 45 & 46, Level 1-5, Blok H, Signature Office
KK Times Square, Coastal Highway,
88100 Kota Kinabalu

Tel : 088-523500
Fax : 088 - 486434 / 486435 / 486436
E-mail : sabahparks@gmail.com / sabahparks@sabah.gov.my


20 comments:

  1. Kiranya kalau pergi sana banyak lagi tempat berlipur boleh dijejaki sama
    Kakak suka environment dia Zila
    Nampak nyaman dan sejuk sangat

    Selamat Hari Raya Aidil Adha dari kakak

    ReplyDelete
  2. Bestnye kalau dapat gi kolam air panas. Mesti dapat release tension gitu. Huhu

    ReplyDelete
  3. betul ke org kata mandi/berendam air panas boleh mengurangkan tahap gula dalam darah/ diabetis..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti pulak kak, tapi sesetengah penyakit, macam penyakit kulit, memang boleh diubat dengan mandi air mata air panas ni

      Delete
    2. sy orang poring... tepi dah tgl di tawau. cuti sekolah kami plg. klu dulu2 letak saja telor di kolam yg pertama 3 minit boleh masak... tepi skg tidak boleh sdh.

      Delete
  4. sejuk dan nyaman jer...
    murah plk tu... bolehlh sapa2 yg berminat ye zila..

    selamat hari raya aidil adha dr knor

    ReplyDelete
  5. sepanjang entri Kundasang dari Zila, yang pasti pemandangannya sangat indah2 kan, dingin dan sejuk mata memandang.. :)

    ReplyDelete
  6. bersedia dgn sakit badan bila buat perjalanan jauh ni ...

    ReplyDelete
  7. Bilalah agaknya ayu nak sampai sana..

    ReplyDelete
  8. Di Negeri Sembilan pun ada kolam air panas, kolam air panas Pedas hehehheheee tapi bila tengok gambar2 kat sini jauh lebih menarik macam-macam ada....

    ReplyDelete
  9. murah ye kak RM 3 je ek... seronoknya kalau berpeluang ke sana..

    ReplyDelete
  10. xberkesampaian ke sni masa melawat sabah dlu....

    ReplyDelete
  11. complete entri ni. tq berkongsi, kak zila..

    ReplyDelete
  12. Melihat gambar2 ni mengundang kenangan silam Zila.. pergi dengan arwah ayah dan keluarga.. sekarang ni masih juga pergi kalau ada kesempatan..

    ReplyDelete
  13. salam zila, harap2 masih mengingati lady.. huhuhu.. dh lama xberkunjung ni.. makan tahun.. :(

    Dalam byk2 tempat yg zila pergi tu, tempat mana yg agak mesra OKU, OKU kerusi roda.. kalau ade, lehla lady pergi lepas ni..

    ReplyDelete
  14. Wah! Lamanya saya tak jenguk blog ini hehe...
    Pergi Ranau ye...kenapa tak terus ke sandakan? Sini
    pun byk tmpt yg best juga.

    a'ah betullah signbord masuk simpang ke Lohan, Ranau tu (Hot Spring) kecil aje. Masuk dalam pun takde signbord juga dekat2 tmpt tu baru ada.
    untung ye masa korang ke sana tak ramai orang pula. Biasanya ramai je,nak berendam dalam tab air panas tu pun kena tunggu giliran.

    pergi tak air terjun? dekat je. Airnya pun sejuk dan cantik. Air sg kat bawah jambatan tu memang bunyi dia kuat macam tu. Tak kiralah lepas hujan ke atau tak hujan. Tak bestkan dengan bunyi air deras macam tu. kalau malam lagi, bunyinya kuat...seram dengar hehe.

    ReplyDelete