Thursday, October 2, 2014

Taman Botani Shah Alam

Oleh kerana cuti sekolah nan pendek dan kami pun mendapat berbagai-bagai jemputan kenduri sepanjang musim cuti sekolah ini. Maka rancangan membawa anak-anak berjalan itu jatuh kepada tempat yang dekat dengan bajet yang rendah sahaja.

Kenduri dirumah kawan yang lauknya teramatlah sedap. Tempoyak daun kayu dan gulai daging salai
Dua tahun yang lepas kami pernah ke sini. Saya ada menulis tentang Taman Botani di entry itu. Maklumatnya di sini. Tidak banyak yang berubah. Cuma tempatnya menjadi lebih selekeh dan tidak terurus dengan baik pada kedatangan kali ke dua ini. Sedikit menghampakan kerana taman yang sepatutnya boleh menarik ramai pengunjung dari luar negara terbiar begitu sahaja.

Throwback 2012/2014. Tapi susunan tak sama pulak. Hihi


Tidak kiralah kerajaan pusat atau kerajaan negeri yang bertanggungjawab, tempat itu perlu diselenggara semula. Sesuatu harus dilakukan demi menjaga kesinambungannya sebagai tempat perlancongan. Kalau tidak, ia hanya merugikan rakyat sahaja.

Sempat pulak cabut uban ayah masa berhenti nak snap gambar pintu masuk

Maklumat :

Parking : RM3

Parking banyak dan merata. Dua tahun lepas, datang kesini tidak dikenakan bayaran, tetapi sekarang sudah dikenakan pula.

Harga tiket:

Dewasa : RM 3
Kanak-kanak : RM 1


Harga tiket taman 4 musim : 

Dewasa : RM3
Kanak-kanak : RM 2

*musim salji dewasa RM5, kanak-kanak RM3

Waktu masuk:

8.30am-4.30pm

Kemudahan pengangkutan dalaman:

Saya tidak galakkan membawa warga emas yang sudah uzur atau OKU yang menghadapi masalah pergerakkan di sini. Bukan bias, tetapi perngembaraan dalam taman tersebut akan menyusahkan mereka, terutama berkenaan pengangkutan. Namun anda boleh cuba tanya kepada kaunter samada ada perkhidmatan istimewa untuk golongan di atas.

Terdapat tram setiap setengah jam. Anda perlu beratur untuk menaikinya. Ada basikal untuk disewa bagi yang larat. Kalau tidak boleh berjalan kaki sahaja kira-kira 2-3 kilometer





Kemudahan lain:
  • Restoran terdapat di pintu masuk
  • Penginapan ada di dalam taman, tetapi perlu "book" dulu. Kalau tidak silap ada tempat untuk tapak perkhemahan juga
  • Kedai runcit banyak, tetapi lebih kepada menjual barangan makanan ringan sahaja
Tarikan:

1.Taman 4 musim

Tiket lain harus di bayar untuk taman ini. Boleh beli dari kaunter luar atau di dalam. Secara jujurnya, inilah  satu taman yang menjadi tarikan utama untuk pengunjung kemari. Terutama ketika musim salji. Tetapi kedatangan kami kali ini adalah pada musim luruh. Jadi anak-anak tidak teruja sangat. Harga tiket untuk musim salji lebih dua ringgit dari harga musim yang lain.

Jadual musim ;

November - Februari         :  (Musim Salji / Winter)
Mac - Mei                         :  (Musim Bunga / Spring)
Jun - Ogos                        :  (Musim Panas / Summer)
September - November       : (Musim Luruh / Autumn)

















2.Skypark Adventure

Saya tidak pergi ke sini. tetapi dari banner yang dipampang diluar dan melalui blog lain ia adalah sebuah kawasan rekreasi ala-ala adventure dan mencabar gitu.Maklumatnya disini

3.Menara tinjau

Menara tinjau ini terletak di belakang sahaja Taman 4 musim. Ada jalan pintas yang boleh pergi ke sana melalui taman pendidikan. Dari taman ini anda akan menempuhi pokok-pokok puding yang ditanam membentuk ukiran geografi bulatan. Tapi malangnya, taman itu tidak berjaga sangat selain dipenuhi semak-semak. Pokok-pokok puding itu juga tidak di trim sebaiknya, menjadikan ia seperti taman yang tinggal.


 

Pasangan muda-mudi seronoklah duduk disini, tanpa ada gangguan. Parah juga. Patut diperketatkan undang-undang moral disini. Saya tak peduli, anda sudah kahwin atau belum, sila berkelakuan senonoh. Tidak bermakna orang sudah berkahwin pun boleh sembarangan berpelukan dan berciuman ditempat awam. Kita bukan di Seattle atau Carlifonia. Kita di Malaysia, ok.

Nampak tuuuuuuuu
 

Kebetulan pula masa lalu di taman itu terserempak dengan sesumpah. wah..satu peristiwa yang menarik untuk anak-anak saya.


Dari puding-puding itu, jalan mencelah-celah anda akan nampak tasik yang ada kayak (juga sudah ditinggalkan). Beberapa kawasan di tepi tasik terdapat peralatan-peralatan senaman, ada yang masih elok, ada yang sudah rosak.




Tinggi menara tinjau ini, mungkin mencapai sehingga 30-40 meter (atau lebih). Tangganya agak curam dan licin, terutama selepas hujan. Ia agak berbahaya. Perlu berhati-hati ketika naik dan turun. Dibawahnya terdapat buaian pangkin.

 
Dibelakangnyapula ada taman herba yang hidup segan mati tak mahu.


Selain dari jalan short cut dari taman pendidikan itu, anda boleh ikut jalan raya utama yang menuju ke taman Etnobotani. 
Pandangan dari atas



4.Taman Haiwan

Saya sengaja tidak mahu pergi kesini, kerana sudah tahu bagaimana keadaan taman itu. Ia agak menyedihkan. Tetapi bagi yang masih berminat, pergi saja. Alang-alang sudah sampai, kenapa tak nak menyinggah pula. Seingat saya, ada beberapa jenis ternakan seperti rusa, kuda, landak dan beburung.

5. Titi gantung

Yang ini berhampiran sahaja dengan taman haiwan tadi. Bolehlah...kalau nak merasa adventure sikit. Nak bergambar pun cantik juga.

6.Taman-taman lain

Ada beberapa lagi taman yang kami tidak pergi, seperti Taman Buah-buahan dan taman kaktus di sebelah belakang. Antara buah-buahan itu ialah durian, buah naga, belimbing, ciku dan sebagainya. Taman buah-buahan ini adalah sehala dengan Skytrex Adventure Park tadi. Tetapi perkhidmatan bas tidak lalu sampai ke sini.

 




Maklumat lanjut :

Alamat : Taman Botani Negara Shah Alam, 40000 Shah Alam
Tel  : 03-5510 6922 samb. 13 (waktu pejabat)  03-5510 7048 (untuk tempahan penginapan)
Fax : 03-5510 0922
Email : tbnsa@moa.gov.my


http://www.tbnsa.gov.my/web/guest/home
























11 comments:

  1. Adakah ini yg dulu namanya bukit cherakah? SA pernah pi sekali masa ikut rombongan sekolah darjah 6 kalau x slh...x pun masa sekolah menengah...mcm lupa plak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Tapi dulu tpatnya terjaga dan menarik. Sekarang agak terbiar namun masih boleh dilawat

      Delete
  2. zaman sekolah saya di panggil bukit cerakah ... ada salji kat dalam tu . saya tak tahu sama ada sawah padi masih ada di situ ...

    ReplyDelete
  3. dah lama saya tak ke sini...sayangnya tak dijaga dengan betul.dulu tempat ni memang jadi tumpuan ramai

    oh, by the way Skytrex tu best sangat!kat situ terjaga la pulak, mungkin di bawah selenggaraan swasta

    ReplyDelete
  4. Betul tu.. dulu tempat ni antara yg paling menarik utk dikunjungi. Bnyk rombongan sekolah2 ke sini klu musim cuti.. Lama juga saya tak ke sini. T kasih atas perkongsian yg menarik ni Zila.. :)

    ReplyDelete
  5. ketika mula2 dibuka dulu..tempat ni popular,cantik,terjaga...
    lorong sopan pun ada ya..

    ReplyDelete
  6. Macam best je. Nak datang jenjalan lah. Hehe. :D

    ReplyDelete
  7. saya pernah pergi masa tu anniversary ke-3...amir kecik lagi masa tu...konon nak bawak amir menikmati keindahan alam...alih-alih tido sepanjang ada kat sana...insya Allah, akan ke sana lagi...

    ReplyDelete
  8. Ooo menarik juga yer tempat nih sis.. Slalu g taman botani putrajaya jer hehehe

    ReplyDelete
  9. hahaa.. ade plak ayat mencuit jiwe tu Zila " Taman Herba yang Hidup segan mati tak mahu" hahhaa...

    ReplyDelete