Saturday, November 29, 2014

Berilmu, mengamalkan, tetapi hati kurang bersih

Ada ramai orang yang perasan mereka benar-benar beriman, mengerjakan amalan, mengupload pelbagai berita keagamaan dan ghairah menceritakan kebaikan-kebaikan mereka sendiri. Itu memang sangat bagus.

Tetapi segelintir dari mereka mempunyai kesombongan di dalam diri yang tidak disedari. Misalnya, jika ada orang yang dilihatnya kurang bagus dalam perlaksanaan agama, maka orang itu akan dibanding-banding dengan dirinya sendiri dan keluarganya. Dianggap orang itu adalah golongan bawahan (dari darjat keimanan). Apa sahaja yang dilakukan, ditulis atau diceritakan oleh orang yang tidak berdarjat tadi, segera disanggah (bukan kerana dia benar-benar hendak membetulkan, tapi kerana merasakan dia lebih baik dan penuh berilmu dari orang-orang itu.)

Tetapi sayang sekali, dia tidak sedar. Tidak ada manusia yang tahu ilmu Tuhan. Dia sendiri tidak pasti setakat manakah dosa dan pahalanya, melainkan merasakan hal-hal itu dari ulu hatinya sahaja.

Janganlah sombong. Orang yang benar-benar beriman dan berilmu tidak akan mudah menyanggah amalan orang lain. Mereka membetulkan jika ada kesalahan tetapi dengan cara yang baik. Budaya gemar menyindir di Blog dan Laman buku bukan cerminan orang beriman. Ia adalah cerminan untuk orang yang sentiasa perasan dirinya dan keluarga sempurna dan bagus. Merasa riak kerana memikirkan hidup penuh dengan keimanan adalah jauh lebih bahaya dari merasa riak kerana memiliki harta benda, kekayaan dan kekuasaan.

Marilah sama-sama perbaiki diri.

 

8 comments:

  1. terima kasih berkongsi peringatan ini.. insyaallah sesama kita memperbaiki diri dari sehari ke sehari... amin...

    salam perkenalan dan salam ukhwah dari mommylina

    ReplyDelete
  2. Mohon dijauhkanlah diri ini dari sifat perasan bagus mcm tu... Biarlah sentiasa berpesan2 kpd kebaikan & bila org menegur, kita terimalah & lihat kelemahan diri.. Sentiasa bermuhasabah diri kan.. T kasih atas perkongsian & peringatan ini.. :)

    ReplyDelete
  3. jangan sesekali ada riak dan takbur dalam diri..kerana ia umpam api daam sekam..

    ReplyDelete
  4. semoga kita saling menegur dan mengingati krn itu adalah tanggungjawab kita sbg khalifah di bumi Allah ini ...

    ReplyDelete
  5. Lama menyepi...semoga sihat hendaknya.
    Benar...marilah kita saling mengingati. Yg baik jadi teladan, yg buruk dicaci jangan.

    ReplyDelete
  6. setiap orang binasa, kecuali yg berilmu
    setiap yg berilmu binasa, kecuali yg beramal
    setiap yg beramal binasa, kecuali yg ikhlas.. :)

    (kata2 saidina Ali, kalau x silap saya)

    ReplyDelete
  7. Selalu juga merasakan kehadiran orang-orang yang seperti ini.. moga kita terhindar dari sifat riak.. in shaa Allah

    ReplyDelete