Friday, November 28, 2014

Bila lama tidak berblog

Industri bloging adalah satu industri yang memerlukan kita sentiasa menulis jika inginkan rating yang tinggi. Kalau tidak dapat aktif setiap masa pun tidak mengapa, tetapi sebaiknya tulislah entry-entry yang kerap dicari pembaca.

Rasanya sudah berbulan-bulan juga saya tidak menulis dan tidak melakukan blogwalking. Kebelakangan ini, banyak pula komitmen dan ada beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian.

Orang macam saya sebenarnya tidak begitu pandai berkongsi cerita peribadi. Mungkin kerana saya jenis orang yang agak tertutup dalam mempamerkan kisah peribadi atau juga saya tidak dikurniakan keistimewaan naluri ingin berkongsi itu. Hakikat sebenarnya kenyataan yang paling saya geruni di alam maya ialah "perasan bagus dan hebat". Wah! Amat menakutkan jika dilabel sebegitu. Tetapi saya sangat gembira dapat menyaksikan kebahagiaan rakan-rakan dan keluarga. Ia boleh menjalin satu perhubungan yang mesra dan dekat bila berkongsi pengalaman hidup.

Entry kali ini cuma sekadar ingin menyapa sahaja. Saya sangat sukakan blog. Blog memberi cabaran yang lebih berbanding lain-lain laman sosial. Ia memerlukan kemahiran penulisan yang baik untuk mendapatkan sebuah blog yang profesional. Anda boleh menyimpan data penulisan atau juga meluah perasaan dengan kadar berpatutan. Boleh juga untuk mencari fakta dan pengetahuan. Walaupun enjin pencarian blog lebih umum berbanding laman buku, tetapi bagi saya, sifat-sifat blog itu sendiri adalah lebih peribadi.

Sekian, salam sayang

Sekadar berkongsi

Kursus critical thinking menggunakan Lego. 
Mengajar bagaimana mengaplikasi otak kanan dan otak kiri. 
Selebihnya bermain-mainan sahaja. 
Seronok juga bila dah tua-tua ini dapat bermain dengan Lego. Tetapi harganya aduh!! 
Set yang saya main ini nampak sahaja sedikit, tetapi harganya mencecah ribuan.
Selepas habis kursus ini saya menghubungi Zahariz Khuzaimah, 
kerana teringat dia adalah orang yang menggunakan tangan kiri, 
biasanya orang kidal adalah orang yang menggunakan otak kanan. 
Betul juga, kerana beliau sangat berjiwa besar dan berpandangan luas.
 Jujurnya saya katakan, saya sangat bangga dengan Zahariz Khuzaimah.


Kursus penulisan skrip bersama Zabidi Mohammad. 
Penulis buku dan skrip drama terkenal. 
Mempunyai ilmu yang luas. Sangat patuh syariah dan tidak lokek ilmu. 
Saya jatuh cinta dengan karyanya, "tersungkur di pintu syurga". 
Beliau adalah orang yang mempunyai identiti dalam penulisan.

Mereka ini adalah novelis yang berjiwa besar. Saya bukan. Hanya sekadar pemerhati dan sesekali penyibuk, bila ada kursus sebegini
Di Karnival Karangkraf, bertemu pula dengan novelis cerita horror terkenal, 
Ramlee Awang Murshid, sempat saya minta dia menandatangi bukunya yang saya beli 
(kebetulan saya ingin menjadikan buku-buku itu sebagai rujukan)


So sporting
Karnival sukan anak-anak saya. Lihatlah betapa gembiranya dia. 
"Amin dalam kumpulan Slytherin sebab dia rumah hijau, kakak dalam kumpulan Gryffindor  sebab rumah merah"
kata anak perempuan saya.
 Tapi akhirnya Slytherin menang
Aduhai, kuat benar pengaruh Harry Potter


Bersama-sama kawan sekelas di majlis perkahwinan salah seorang rakan

 

Seminggu merantau di Terengganu dan Kelantan, 
Penerbangan balik saya ke KLIA sangatlah mendebarkan kerana cuaca buruk ketika itu. 
Tetapi seperti biasa, pilot MAS memang hebat. Two thumbs up

Awan tebal yang cantik seperti kapas
sungai Kelantan dari pandangan Ridel Hotel
 
 

  Hari anugerah cemerlang di kedua-dua sekolah pagi dan petang.
Emak ayah mana yang tidak terharu. Alhamdulillah


 Di dalam seminar bersama usahawan bumiputera  
yang memenangi anugerah kebangsaan bernilai RM 60 ribu tahun ini. Orang Melayupun boleh berjaya sebenarnya, yang penting jangan banyak merungut dan usahalah dengan gigih. 
Lagi satu, jangan suka menghina orang. Tak berkat, walau berduit sekalipun.

Tahniah MJ Fatonah.
Melayan anak-anak di Karnival Upin-Ipin PICC. 
Tetapi karnival itu hanya indah khabar dari rupa. 
Akhirnya, kami balik ke rumah dan buat aiskrim goreng sendiri, 
anak-anak lebih gembira rupanya


Karnival MAHA 2014. Karnival berkenaan pertanian yang diadakan setiap dua tahun. 
Tahun ini saya hanya bertugas di tapak sehari, tetapi ada terlibat sebagai AJK dalam salah sebuah seminar. 

 



9 comments:

  1. lama kak zila tak update blog..macam-macam jadi.semoga berjaya jadi penulis macam idola-idola akak tu ye.ada gak dengar cerita kurang best pasla karnival upin ipin tu.moga dapat diperbaiki lepas ni

    ReplyDelete
  2. as salam zila..
    ye zila setiap orang ada cara memasing..dunia penuh warna warni...tapi di sisi Allah ianya hanya seperti bangkai.ye dunia ibarat bangkai.

    dan kita hanya pelintas jalan..

    ReplyDelete
  3. salam
    Zila..semua cerita dirangkumkan dalam satu entri ya..:)
    header pun dah bertukar..

    ReplyDelete
  4. Welcome back Zila. Busy benar-benar ni yg sekali keluar terus buat sekali harung ceritanya ye:)

    ReplyDelete
  5. salam jumaat kak zila, itulah lama jugak tak nampak akak... tak apa kak, dahulukan yang mana yang penting dahulu kak...

    ReplyDelete
  6. Seronoknya dpt jumpa RAM.. saya teringin sgt nak jumpa beliau tapi tak berjodoh je lagi.. :)

    ReplyDelete
  7. Excitednyer... dapt jumpa RAM. Mrs.A pun minat novel-novel RAM tapi kenapa agaknya novel RAM tidak diadaptasikan ke drama ataupun filem.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengarah dan penerbit di Malaysia masih takut hendak keluar dari "kotak". Sebetulnya, saya membaca novel RAM hanya untuk mengkaji. Tetapi penulis pilihan saya sebenarnya ialah Tamar Jalis, JK Rowling, Suzanne Collins dan A Samad Said. :)

      Delete