Sunday, November 9, 2014

I Support Lee Chong Wei

Saya dengan ini ingin menegaskan sentiasa menyokong Dato' Lee Chong Wei, walaupun beliau telah didapati bersalah kerana menggunakan steroid jenis Dexamethasone.

Sebagai rakyat Malaysia, kita mesti tahu letak duduk sokongan kita di mana. Bukan maksudnya kita menyokong penggunaan steroid dalam sukan. Ini kerana kita semua tahu, Dato' Lee Chong Wei tidak akan begitu bodoh dengan sengaja memakan/menggunakan steroid itu.

Ingatlah pengorbanan beliau yang banyak untuk negara sebelum ini. Beliau sendiri masih bermain kerana tiada pelapis yang boleh menggantikannya (pernah beliau membuat komen tentang ini suatu ketika dulu).

Di saat-saat kesukarannya, kita mestilah bersatu hati menyokong sebagai rakyat Malaysia. Jangan jadi rakyat yang biadap dan pendek akal. Tidak ada ahli sukan profesional di dalam dunia ini yang sengaja makan steroid untuk memenangi perlawanannya, kecuali dia tidak tahu apa content dalam ubatnya itu. Kita semua juga tahu, Dato' Lee Chong Wei pernah menghadapi kecederaan yang sangat serius. Dexamethasone adalah sejenis steroid anti inflammasi.

Semoga Dato Lee Chong Wei sentiasa diberi kekuatan.

I SUPPORT LEE CHONG WEI



 

13 comments:

  1. saya pun sependapat dengan kak Zila.kalau Dato' LCW nak guna bahan terlarang ni, dah lama dah dia guna..rasanya ramai rakyat Malaysia yang menyokong beliau

    ReplyDelete
  2. Beliau banyak jasa utk negara dah sampai beliau sendiri tak larat dah.. Hargailah perjuangan beliau.

    ReplyDelete
  3. ye..jadi jurulatih pun ok..pengiktirafan dah dpt..kn..

    ReplyDelete
  4. Belum ada lagi gantinya... seharusnya kita berdiri di belakangnya untuk memberi sokongan.

    ReplyDelete
  5. moga dia tabah.... perlu kuatkan semangat...

    - Mia Liana -

    ReplyDelete
  6. Sehingga sekarang masih belum ada pelapis untuk menggantikan beliau. Simpati dengan nasib beliau.

    ReplyDelete
  7. Yang sedihnye rakyat Malaysia mempersalahkan Lee Chong Wei, padahal masa zaman kegemilangan Lee Chong Wei kemain mengagung2kannye.

    ReplyDelete
  8. Karena Nila Setitik, Rusaklah Susu Sebelangga. Karena Kesalahan Sikit, Kebaikan yang banyak dilupakan. Semoga Lee Chong Wei sabar menghadapai cabaran ini

    ReplyDelete
  9. rakyat malaysia bersama LCW...
    lama x singgah sini.. header pun dah berubah.. :)

    ReplyDelete
  10. saya pun tetap sokong dia. Orang kita ni memang suka
    je nak cari salah orang. tak hairan pun...

    ReplyDelete