Friday, December 5, 2014

Mengidam

Sewaktu minum pagi bersama-sama rakan sepejabat, kami bercerita tentang fenomena mengidam dikalangan ibu mengandung. Ada yang pernah mengidam hendak makan makanan tertentu, ada yang tidak pernah mengalaminya. Saya pernah juga sekali dua mengidam makan sesuatu, tetapi tidaklah pada makanan yang susah hendak dicari. Kebanyakannya dapat dipenuhi. Kalau tidak dapat pun, tidaklah sampai saya merajuk-rajuk menyusahkan suami dan kaum keluarga lain.

sumber google
Perasaan mengidam ini bukan tidak boleh dikawal. Pokok pangkalnya bergantung kepada diri sendiri juga. Fikirlah dengan rasional, terutama sekali bagi yang beragama Islam. Kalau sudah keterlaluan kemahuan itu, mungkin ia didorong oleh syaitan dan iblis. Contohnya, macam nak makan sabun atau bangkai. Itu tidak rasional namanya. Lebih baik istighfar dan tak usah dilayan.

Tetapi janganlah pula sampai suami lepas tangan tidak mahu langsung melayan kehendak isteri. Biarlah berpada-pada selagi ia boleh dipenuhi. Bukannya apa, dalam tempoh kehamilan, biasanya sang ibu akan mengalami perubahan hormon yang agak ketara. Perubahan ini memberi sedikit kesan terhadap selera makan. Ada yang tidak boleh makan makanan kegemarannya, walhal dulu sebelum mengandung, itulah yang dihadap hari-hari. Tetapi tidak semua ibu pula begitu. Ada yang tidak menghadapi masalah langsung dalam selera pemakanan, semuanya boleh bedal.

sumber google
Hari ini ada satu cerita yang agak menarik ingin saya kongsikan tentang isu mengidam. Sewaktu program MAHA berlangsung baru-baru ini, datanglah seorang pakcik tua yang sangat daif di salah sebuah gerai ternakan. Bila ditanya kawan saya yang bertugas ketika itu, sudah 80 tahun umurnya. Pakcik ini datang menaiki sebuah kapcai yang sangat buruk nun jauh dari Kuala Pilah. Sewaktu sampai, hampir-hampir terjatuh motor itu dek kerana terlalu usang. Dia menangis ketika memberi tahu sedang mencari daging kerbau untuk dimasak buat anak perempuannya yang mengidam. Yang jadi masalah, si anak itu hanya mahu daging kerbau yang terdapat di MAHA sahaja! Wah! 

Memang betul, pada program MAHA terdapat banyak jenis ternakan, kerbau pun ada, tetapi tidak ada jualan daging mentah seperti di pasar-pasar. Proses penyembelihan juga tidak dilakukan. Ia adalah program promosi rangkaian perniagaan, jadi fungsi utamanya bukan untuk jualan produk input atau industri up-stream (bagi ternakan).


Kasihan sungguh pakcik itu. Saya tidak kisah dengan anaknya yang sedang mengidam, tetapi saya kisah dengan kegigihan pakcik itu. Saya tidak tahu apakah masalah keluarganya yang sebenar, mungkin juga mereka tidak tahu kedatangannya di program itu. Iyalah, kalau difikir logik orang-orang yang normal takkan pula disuruh ayah yang sudah tua susah-susah menaiki motor jauh-jauh seorang diri mencari makanan yang diidam, walhal makanan itu boleh saja di dapati dari mana-mana di negeri sembilan yang terkenal dengan kobaunya.  

Ikhtibarnya, kalau mengidam sekalipun biarlah ia sesuatu yang rasional untuk dilakukan. Fikirlah dengan logik akal. Jangan sampai menyusahkan diri dan mengundang keburukan pula. Tak usah kisah sangat dengan pepatah "takut anak mengences" (kempunan) dan melelehkan air liur setiap masa. Zaman moden ini tidak terpakai semua itu. Penghasilan air liur sebenarnya adalah sangat baik bagi bayi, kerana ia membantu membersihkan mulut, penghadaman perut dan sebagai pelincir usus semulajadi. Kejadian air liur meleleh itu tidak ada kena mengena langsung dengan mengences atau kempunan kerana ibunya tidak dapat barang yang diidam. Itu semua adalah salah faham sahaja!

sumber google

18 comments:

  1. Sib baik masa akak ngandung 10 tahun dulu apa yg akak idam semua dpt tp xde la keterlaluan...hihihi....tp betul la..kesian kat pakcik tu..betul ke umur dia 80?

    ReplyDelete
    Replies
    1. gitulah seperti yang dikatanya pada kawan tu. Tak taulah pula kalau pakcik tu ejas umur dia..hehe

      Delete
  2. kesiannya pakcik tu..erm, tak berani nak cakap sebab belum pernah pregnant.harapnya saya terhindar dari menjadi orang yang request benda pelik-pelik bila mengidam.bak kata kak zila, benda ni boleh dikawal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, boleh dikawal, kalau kita rasa dah keterlaluan permintaan tu, abaikan saja

      Delete
  3. masa mengandung cuma mengidam western food ajer...hik hik hik...

    ReplyDelete
  4. akak mengandung 4 org anak..tak pernah mengidam apa pun..nak makan yg biasa2 ja...

    kesian sungguh dgn pakcik tu..kenapa tak disuruh suaminya yg mencari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu yang kami agak pelik. Yang kami suspek, pakcik tu keluar tanpa beritahu keluarganya. Sebab kalau dia beritahu, mesti anak menantunya tak bagi. Kat MAHA tu memang ada seekor kerbau yang gemuk yang selalu keluar Tv masa promosi, mungkin dia berkenan dengan kerbau yang itu

      Delete
  5. Replies
    1. memang kesian, tambah kesian bila dia menangis

      Delete
  6. MAHA kali ni xsempat jengah bahagian ternakan, kalau tidak boleh bersua dgn zila.
    Betul ke kisah ni? Kesiannyalah pakcik tu... Benarkah ada yg mengidam sampai macam tu sekali...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. MAHA tu memang besar BM, ada kawan saya yang datang 3-4 kali pun tak habis rayau. Apatah lagi bahagian ternakan yang jauh sangat kebelakang sana...

      Kisah pakcik tu memang betul. Tak ada ejas dari pihak kami, kalau ada ejas, maknanya dari pihak pakcik tulah agaknya :)

      Delete
  7. Waktu isteri saya mengandung, dia ok je tapi saya yg lebih mengidam... betu ni.. teringin nak makan mcm.. paling teringat terasa nak makan jambu.. sampai beberapa tempat cari hehee.. Apa pun, kisah pakcik tu sedih sgtlah... terkesan sgt...

    ReplyDelete
  8. rasanya anak itu anak kesayangan atau anak yg dimanjakan . klu tdk , tak mungkin bapanya sanggup dtg dr jauh semata2 mahu memenuhi kehendak anaknya . sepatutnya si suami ada bersama menemani bapanya di situ ... dah jadi zalim pulak rasanya ... ermmm

    ReplyDelete
  9. saya x berbini lagi, so x pernah alami lagi.. harap nanti beliau (walau siapa pun dia) x mengidam teruk2.. hehehe

    ReplyDelete
  10. akak 3x ngandung bebeza2 yg sulung nk makan buah delima, yg ke-2 buah manggis yg ke-3 orange alhamdulillah semua dpt...hehee

    ReplyDelete