Monday, December 8, 2014

Persahabatan

Saya tidak dapat menahan diri dari sentiasa tersenyum sepanjang bulan ini. Kata orang, bila senang hati jangan dilupakan pula pada kesusahan. Bila ketawa, jangan lupakan tangisan. Itulah masalah saya ini. Tetapi saya berharap agar segalanya sentiasa dipermudahkan dan dijauhkan dari kedukaan di dalam hidup. Biarlah sentiasa tersenyum seperti hari ini dan sebelum-sebelumnya.

Persahabatan adalah sesuatu yang sangat manis untuk dikenang. Dengan sahabatlah kita dapat mengenali dengan baik sisi dunia ini. Dengan sahabatlah kita mampu tersenyum dengan baik. Hargailah setiap persahabatan yang terjadi di dalam hidup kita. Persahabatan yang manis tidak akan merugikan.

Reunion sekolah dua minggu lepas. 
Kebanyakannya adalah kawan-kawan yang saya kenali sejak darjah satu lagi.
Perhubungan yang rapat sejak dari sekolah, dibawa sehingga kini. 
Setiap tahun kami mengadakan perjumpaan semula.
(Sebenarnya ada banyak sangat gambar, gambar-gambar itu sangat menceriakan, tetapi biarlah ia menjadi privasi kami sahaja)



 Mini reunion kawan Universiti semalam.
Kami sangat rapat semasa di Universiti dulu, 
terutamanya apabila kena berpraktikal sebanyak dua kali di sepanjang pengajian






10 comments:

  1. alhamdulillah...Zila..jaga serta peliharalah ia agar tetap berpanjangan..

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum
    singgah isnin
    sory hr nie bz sangat
    x sempat nak komen ya

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah... semoga silaturrahim persahabatan berkekalan membawa ke syurga... aamiin.

    ReplyDelete
  4. Reunion...wah! bestnya. Saya dan rakan2 spm pula akan adakan reunion hujung bulan Januari tahun depan... Dah lebih 20 tahun berlalu...tak sabar nak bertemu kembali setelah reunion terakhir kira2 5 tahun lepas.

    ReplyDelete
  5. Zila, sejak aktif dengan FB ni, ramai dah kita dapat jumpa semula kawan-kawan seawal dari darjah satu.. itu yang paling ana suka dengan medium FB ni... :)

    ReplyDelete
  6. bagus la kalau macam tu.. saya pun selalu join reunion sekolah, selalunya masa hari raya la, sbb time tu je ramai yg balik dan cuti...

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah... persahabatan yang menyegarkan memori sepanjang zaman

    ReplyDelete
  8. Sahabat susah nak cari. Kalau ada sahabat di sisi, jagalah hubungan tu baik baik kan kak.. Bestnya buat reunion macam ni kM

    ReplyDelete