Tuesday, January 28, 2014

jenis-jenis post dalam FB

Saya terjumpa satu post yang menarik di FB. Suka saya membacanya. Sinis sekali. Tapi jauhkan diri dari sifat dengki. Orang yang buat post ini pun mungkin ada tidak puas hati terhadap kawan-kawannya agaknya. Jadi untuk lebih sinis, beliau buatlah post sebegini. Apapun, ia masih berbaloi untuk dibaca. Saya paling suka no 6 dan 3, sebab selalu jumpa. Hehehe


Jenis-jenis status FB yang ada tujuan tersirat (copy paste):

1. Check in kat hospital siap snap gambar sambil ayat sendu2 suruh doakan anak, suami etc.. padahal nak bagitau check in kat Prince Court Hospital… pesakit pun cuma demam manja2 je.. Kata lah warded kat GH wad kelas 3, mati hidup balik takkan ‘check in’ status fb kan.. huhu

2. Snap gambar anak dalam umah dengan caption ‘alahai anak mama ni bla bla bla…’.. padahal nak tunjuk sofa, tv or perabot baru yg jadi objek latar belakangnya.. Yerla kalau tak buat macam tu orang tak tau kan.. Takkan semua orang nak jemput datang rumah..

3. Syukur tak henti2.. ‘Alhamdulillah rezeki yang semakin melimpah ruah, makin masyukk..bla bla bla’.. Alhamdulillah itu dan ini.. padahal nak orang tau betapa mewah atau kayanyer dia sekarang (sebenarnyer takde pun).. Kalau ikhlas nak bersyukur, terus lah sujud kepada Allah swt.. sesungguhnya Allah itu ada dimana2.. tak perlu guna fesbuk sebagai orang tengah!!

4. Tangkap pic dalam kereta…eh pastinyer kena nampak stereng sekali.. Caption, biasala.. ‘Ala jam la jalan… gud morning semua.. letih la hari ni.. etc etc..’ Padahal nak tunjuk lambang kat stereng kereta tu.. Hello kalau bawak Lamborghini ke Porche ke ok la.. Setakat Honda, Toyota, Nissan dan yang sewaktu dengannya, rentikanlah dik !

5. Check in kat shopping mall dengan status ‘shopping untuk hilangkan stress’ atau ‘ahhh hari2 shopping, abes la duit i..’ atau ‘hmm I kalau bershopping mcm ni la..susah nak berhenti’… hahaha kelakar kan.. sebenarnya nak bagitau orang lain yang dia banyak duit boleh shopping hari-hari. Ade yang jenis siap snap gambo paper bag lagi, nak tayang brand.. nak lagi parah siap snap tanda harga.. kalau gitu sah lah, korang ade penyakit ‘CULTURE SHOCK’ !

6. 24 hours duk update pasal anak dia.. anak dia la paling cerdik, anak dia la paling comey.. mcm orang lain takde anak.. takpun sibuk update pasal Laki dia.. Laki dia la yang paling kaya, laki dia la yang paling loving, laki dia itu laki dia ini.. hmm yunk memangla itu facebook awak, tapi awak bukan Kate Middleton atau Diva Siti Nurhaliza. Orang tanak tau setiap inci pasal keluarga awak!!

7. Tangkap pic sendiri (mulut biasala muncung, herot segala bagai), dengan caption ‘muka tanpa mekap..mata panda letih tak cukup tdo bla bla bla…’ dengan harapan ade la orang lain komen.. “eh u still nampak comel la.. nampak muda la dari umur sebenar etc etc” hmm.. lu pikir la sendiri..

8. Selalunya pompuan selfie muka kunun x mekap baru bangun tido
Caption "muka serabai x mndi lg"
Walhalnya dah 2 jam belek muka & touch up supaya nmpak cantik au naturale

Dgn harapan org akan komen
"Eh cantik lah... baru bangun tido pon cantik"

Haaa yang lain-lain korang isilah sendiri !

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
“Suatu yang paling aku khuatirkan kamu ialah syirik kecil, lalu ditanya oleh sahabat.”Apakah syirik kecil itu ya Rasulullah s.a.w?” Kemudian baginda s.a.w bersabda: ”Iaitu riak.””
(HR.Ahmad dan Baihaqi)

Thursday, January 23, 2014

kursus di intan bukit kiara dan salji di Indonesia

Hari ini adalah hari kedua saya berkursus di INTAN Bukit Kiara. Kursus penilaian projek. Untuk yang selalu terlibat dalam makmal atau lab (istilah di guna untuk bengkel yang menganalisis projek yang sedang dirancang - bukan lab kimia itu) memang sangat sesuai menyertai kursus ini.

Tapi point saya bukan hendak cerita tentang kursus itu. Saya cuma ingin minta maaf kerana menyepi bila ada kerja macam ini dan tiada respon. Lagi satu, saya nak beri tips tentang permohonan kursus di INTAN Bukit Kiara. Memang agak sukar untuk berjaya dalam permohonan di sini. Ia bergantung pada rezeki dan relevan beban kerja kepada kursus yang dimohon juga. Jadi tipsnya, di ruangan yang terakhir borang (online), perlu terangkan dengan jelas senarai tugas terlibat dengan kursus dikehendaki. Bagi pegawai yang mohon atas kapasiti Jabatan mungkin tiada masalah. Lagi satu, mohonlah pada awal tahun, kerana awal tahun biasanya belum ramai mengisi borang. Apapun semoga berjaya.

 **********************

Sekarang kecoh tentang video berita salji di Indonesia pula. Saya fikir itu berita tipu sahaja. Kalau betul, kenapa tidak diberitahu dimana tempatnya. Tambahan ada kolam yang langsung tidak terjejas dalam video itu (kalau dianalisis betul-betul). Tidak logik langsung. Senang benar orang Malaysia kena tipu. Adalah lebih baik kita menyiasat sesuatu berita betul-betul sebelum mempercayainya. Video itupun 5 bulan lepas yang punya. Kenapa sekarang di Malaysia baru nak kecoh. Indonesia tak kecoh pun. Jelas sekali palsu.

Tetapi kalau Tuhan benar-benar hendak turunkan salji di mana-mana bahagian dalam dunia ini,  bukan menjadi tanggung jawab kita untuk mempertikaikannya.


Tuesday, January 21, 2014

motivasi buat orang yang takbur

Sedikit motivasi di pagi yang dingin 
Buat kita merenungi diri dan menginsafi bahawa, 
Kadang-kadang kita tidak sedar, 
Sedikit kekuatan dan nikmat yang diberi hanya pinjaman. 
Tak usahlah kita bercakap takbur sesama sendiri
Tak usahlah kita sombong dengan sedikit nikmat yang diperolehi
Tak usahlah kita riak dengan beberapa kepandaian yang ada
Kalau Tuhan hendak tarik, walau sedikit nikmat, tak tertanggung nanti
Siapalah kita manusia yang kerdil ini
Marilah kita sama-sama insaf dengan segala yang telah berlaku


Thursday, January 16, 2014

pengalaman di Sabah : Tanjung Simpang Mengayau a.k.a Tips of Borneo

Ok, ini adalah entry terakhir saya berkenaan perlancongan di Sabah dalam edisi 2013. Yang lain-lain ada di sini, sini, sini, sini dan sini. Terima kasih kerana sudi baca. Maafkan juga kerana entry ini adalah entry yang paling banyak gambar rasanya, fahamilah, saya sangat teruja.

Tanjung Simpang Mengayau. Terus terang cakap, dalam banyak-banyak perlancongan sebelum ini dan segala macam tempat yang telah saya lalui di semenanjung ataupun Sabah, inilah tempat pertama yang paling mengujakan. Tempat yang biasa-biasa sahaja, tidak grand, tiada mewah, jalan  kemari pun agak menyedihkan, tapi keindahannya amatlah memukau mata (untuk orang macam saya). Kali pertama menjejakkan kaki, iaitu jam lebih kurang 3 petang, 13 Disember 2013, saya hampir menitiskan airmata tapi mulut tersengih lebar macam kerang busuk kerana terpaku dengan hebatnya ciptaan Tuhan. Subhanallah. Memang saya naif dan tidak pernah melihat tempat secantik ini sebelum ini. Tahniah kepada pembaca lain yang mungkin pernah berjumpa tempat yang lebih cantik.

Saya yakin, ramai yang sudah tahu tentang pantai ini dan keistimewaannya. Tapi saya tetap gatal tangan untuk menunjuk pandai sekali lagi, macam saya terer sangat. Abaikan itu.

Tanjung Simpang Mengayau atau nama gahnya, Tips Of Borneo adalah satu tempat yang dikenali sebagai 'Tanduk Negeri Sabah'. ia jadi kebanggaan penduduk Kudat dan rakyat Sabah. Hebatnya kawasan ini kerana ia merupakan tempat pertemuan Laut China Selatan dan juga Laut Sulu. Kalau berdiri di hujung tanduk itu, anda boleh nampak disebelah kanan ialah Laut Sulu, manakala disebelah kiri ialah Laut China Selatan. Laut yang membiru dengan ombak-ombak jernih memukul batu-batuan tepi pantai menghasilkan pemandangan yang begitu seni dan indah. Angin pula bertiup agak kencang, menjadikan suasana lebih dramatik. Dalam bulan-bulan tertentu sepanjang tahun, terdapat satu fenomena pertembungan kedua-dua laut ini. Malang sekali, kami pergi pada bulan 12, fenomena itu tidak kelihatan. Itupun sudah cukup cantik. Kalu dapat lihat sunset, lagilah cantik agaknya.

"Tanduk Sabah"

Walaupun dilarang turun, tetapi saya yang merupakan seorang anak bongsu yang sangat degil dan agresif, tetap turun untuk merasai sendiri air laut itu. Sebelum itu, dalam perjalanan berkali-kali saya membuka map google untuk menilai kedudukan kedua-dua laut. Dasarnya memang kelihatan sama, tapi ia berbeza! Namun saya tidak galakkan orang lain turun, terutama kanak-kanak, kerana ia amat merbahaya dan boleh mengancam keselamatan mereka. Jangan tiru saya.

Perjalanan ke Tanjung Simpang Mengayau

Perjalanan dari KK ke sini ada seperti di entri ini. Anda hanya perlu ikut sign board yang menuju ke Kudat. Dalam perjalanan itu anda akan bertemu dengan sign board menuju ke Tanjung Simpang Mengayau. Terdapat dua jalan yang boleh pergi ke sini. Satu dari bandar Kudat sendiri dan satu seperti yang saya sebutkan tadi. Kalau sudah bertemu dengan sign board ini, tidaklah susah sangat. Cuma jalannya kurang elok, tidak setanding dengan keindahan tempat itu. Ada baik juga. Kalau ramai sangat pelancong datang ia hanya akan merosakkan. Maklumlah, bukan semua orang tahu menjaga kebersihan alam sekitar, terutama rakyat Malaysia sendiri.

 
jalan yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan sabah

Keselamatan

Saya tidak galakkan pelancong mandi manda di sini. Walaupun nampak cantik dan landai, ia sebenarnya pantai yang berbahaya. Memang sepanjang persisiran ada banyak kesan tapak kaki, namun tiada seorang pun yang mandi. Pernah seorang pelancong Korea lemas di sini, ia jatuh dan terus tenggelam tidak timbul. Sampai terpaksa membawa bomoh untuk memanggil mayatnya (itu kata pemandu kami yang berasal dari sini). Selain itu, hempasan ombaknya juga agak tinggi dan kuat.

pelancong hanya dibenar sampai tahap ini sahaja

Keadaan pantai

Dari jalan masuk ke sini, kita akan bertemu beberapa gerai dan resort yang dipanggil Tommy's Place. Berhadapan resort itulah pantai laut China Selatan yang membiru dan luas. Terdapat rakyat tempatan yang menjual batu karang di sini. Jarak pantai dan resort ke tanjung itu tidaklah jauh sangat, tapi saya kira, mengah juga kalau berjalan kaki.

Kalau nak dibanding dengan mana-mana pantai di semenanjung, jujurnya pantai disana jauh ketinggalan. Pantai di sini tidak tercemar, airnya biru kehijauan. Kalau di Port Dickson, penuh sampah. Di sebelah timur semenanjung pun tidak dapat pemandangan yang menarik seperti ini. Kecuali mungkin beberapa tempat di Langkawi, seperti pantai di kawasan The Datai. Tapi anda mestilah harus mempunyai pendapatan melebihi RM 5 angka sebulan untuk menikmati pantai itu. Pantai-pantai lain, biasa sahaja.

 

Struktur tanjung

Jika naik kenderaan pula, selepas mendaki tanjung, terdapat satu lot parking. Dari lot parking itu, haruslah berjalan kaki lagi beberatus meter untuk sampai benar-benar ke hujung 'Tanduk'. Perjalanan beberatus meter itupun sudah jadi perjalanan yang menarik dengan pohon-pohon ru yang menghijau dan awan yang biru, apatah lagi bila sampai ke tempat kejadian sebenar. Tapi iyalah, lain orang, lain pula perasaannya. Ada orang mungkin tak kisahpun dengan suasana begini, mungkin cuma saya dan rakan-rakan sahaja yang excited sangat.


sebelum turun
 

Sebuah tugu dibina dikawasan ini sebagai  tanda ia adalah tempat yang sangat istimewa.


tangga untuk turun ke bawah

Struktur tanjung "tips of Borneo ini, seperti yang telah saya katakan, agak sedikit berbahaya. Ia sangat curam. Untuk turun, pelancong harus memanjat struktur-struktur melengkung yang terbentuk akibat mendapan pasir yang mengeras. Sebenarnya di sebelah atas itu sudah ditampal kenyataan, tidak dibenarkan turun sehingga ke bawah. Tapi ada yang degil untuk turun, termasuklah saya. Cuma tidak ramai yang berani. Salute kepada pemandu kami, katanya, dia sendiri tidak pernah turun sampai kebawah, tapi hari itu untuk menjaga saya dan seorang lagi kawan yang berani, diapun turut turun. Dialah yang mengambil gambar-gambar kami.

 
 


Tanjung itu terbentuk dari batu-batuan yang menarik. Terdapat juga lubang-lubang air yang berisi ketam kecil dan ikan. Aluran air melalui celah-celah batu setiap kali ombak menghempas, menyebabkan kami harus menunggu air surut sebelum melompat dari satu batuan ke satu batuan. Kalau pakai kasut bertumit, memang mudah tergelincir, mujurlah saya pakai sneakers. Kawan-kawan lain hanya perati dari atas. Kalau berat badan lebih 80 kg, dengan ketinggian kurang 155cm, memang tidak sesuai langsung untuk turun.

ketam





 

Saya teringin sangat nak bergambar masa ombak menghempas batuan. Tapi sukar berposing dengan baju dan tudung yang ditiup angin kuat, sementelah pula muka saya ini sangat tidak fotogenik. Hah hah. Selain itu, saya takut juga nak dekat-dekat dengan ombak yang besar, silap-silap, kena telan pula. Dalam hati sempat terfikir, kalaulah tiba-tiba air naik atau tsunami, memang boleh terperangkap dibuatnya, maklumlah, tiada tangga, nak naik kena panjat batu-batuan dan pasir keras itu. Cuma saya kurang senang kerana ada emak bapak yang tidak prihatin membawa anak-anak kecil turun ke bawah. Tidakkah mereka sayangkan anak? I wonder. Jangan gadaikan nyawa anak, walau secantik manapun kawasan itu

Selain tanjung ini, terdapat juga sebuah teluk kecil dengan pantai berpasir yang sangat menawan seperti dalam gambaran filem-filem mat salleh. Tetapi tidak boleh pergi ke sana, tiada jalan, hanya boleh melihat dari jauh. Gambar tidak ada ada, kerana saya terlalu leka sampai lupa nak snap.

Sekian entry saya kali ini. Datanglah ke Sabah, anda tidak rugi. Dalam negara sendiripun banyak tempat yang menarik juga. Dibawah adalah gambar-gambar sahaja, ada juga video bagi yang sudi nak melihat.

 
Laut sulu

laut china selatan
semua tak boleh turun..hahah