Wednesday, February 12, 2014

Segmen 12 Jam Bloglist #7 Mialiana.com







Pencarian bloglist bagi bulan Mac dan April 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 12 Februari 2014, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #7 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?


12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 28 Februari 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

"Gatal Tangan"

Sudah berminggu-minggu saya tidak blogwalking. Update entry pun hanya sesekali, sedangkan drafnya sudah berlambak. Saya terpaksa akui, saya bukan seorang blogger yang baik. Niat berblog memang untuk menyampaikan pengalaman ke tempat-tempat yang pernah dilalui dan berkongsi beberapa pengalaman hidup. Tapi bila sudah jadi pekerja dan surirumah sepenuh masa, pastinya kedua-dua hal itu menjadi top priority. Lalu saya tidak dapat lagi memasukkan kerjaya sebagai penulis tetap dalam jadual saya.

Hairan juga bila orang perempuan yang kerja hanya sebagai surirumah asyik merunggut-runggut setiap masa ada banyak kerja. Sedangkan saya harus melakukan segala-galanya (termasuk mengambil anak balik sekolah (hantar balik ke sekolah agama pula), memasak 3 kali sehari, kepasar, dan segala bagai yang berkaitan domestik dan anak) tetapi masih di cop bekerja tidak seberat atau sesusah mereka. Apalah yang dilakukan oleh mereka yang tidak sama dengan saya sebagai surirumah agaknya, tertanya-tanya juga. Adakah mereka masak pakai dapur arang? Adakah mereka membasuh kain menggunakan kudrat empat kerat di sungai? Atau adakah mereka harus mencari dan mengangkat kayu api sendiri? Entahlah.

Kalau suri rumah yang sibuk berniaga  pun, itu atas pilihan masing-masing, nak buat boleh, taknak buat pun boleh, jadi janganlah pula salahkan perempuan bekerja dengan ayat, "akupun  berniaga kuih juga sambil jadi surirumah, kerja aku lagi banyak dari engkau, janganlah kau nak eksyen sangat bekerja". Hai, pesimisnya hidup. Atau mereka terasa cemburu, mungkin, bila suami tidak membenarkan bekerja.

Sesekali tersenyum apabila terdengar keluh kesah manusia yang hidupnya penuh dengan rungutan tetapi terasa dirinya hebat yang alang kepalang. (Oh, janganlah salah faham) Saya  tidak pernah berbicara  atau bergaduh dengan sesiapa tentang hal ini melainkan di blog sahaja dan saya juga bukan sedang menyindir seseorang, sekadar gatal tangan menulis. Maklumlah, dunia yang fana ini penuh dengan salah faham. Tetapi tidak semua surirumah sepenuh masa berfikiran dangkal ini. Ada yang positif juga dalam hidup, seperti beberapa orang blogger dan kawan-kawan saya.

Ok, kita tamatkan di situ. Saya bukan hendak bincang isu wanita suri rumah dan wanita berkerjaya.

Memang gatal-gatal tangan hendak melakukan blogwalking dan menulis entry, kerana itulah passion saya dalam dunia blogging, tetapi keutamaan tetap keutamaan dan saya rasa semua orang pun faham. Dulu fikir, awal tahun saya tidak berapa sibuk sangat. Tapi rupanya sebaliknya pula. Ada projek yang sedang saya jalankan dan memerlukan komitmen yang agak tinggi. Minggu hadapan saya akan ke Sabah lagi, ke daerah Tawau pula, dari Tawau terbang ke Kota Kinabalu sebelum balik semula ke KL. Sabah oh Sabah, saya lebih banyak melawat Sabah berbanding beberapa negeri lain dalam semenanjung. Kawan-kawan yang di Sabah, mohon hubungi wassup saya bila di sana nanti. Seronok juga bila merancangkan projek dan ketua kita bukan jenis orang yang fussy begitu begini. Harap-harapnya road tour kali ini akan mendatangkan manfaat (walau sedikit) kepada rakyat Malaysia sungguhpun ia bukan projek mega yang gah berdentum dentam.

Semakin berusia, semakin jauh berjalan dan semakin ramai orang yang ditemui, semakin kita menikmati hidup ini. Meskipun tidak mudah memahami semua orang, tetapi kita akan belajar banyak perkara dan susunan hidup akan menjadi jelas, bahawa setiap perlakuan itu ada pro dan kontranya. Kalau baik yang kita lakukan, baiklah hasilnya. Jahat yang kita lakukan, jahatlah pula hasilnya.

Matlamat manusia di dalam kehidupan ini ialah mengejar kebahagiaan sebenarnya. Mungkin melalui wang, mungkin melalui cinta, mungkin melalui kuasa atau apa sahaja kemungkinan boleh mendatangkan kebahagiaan seseorang. Tetapi kebahagiaan saya ialah apabila saya mampu tersenyum dan ketawa dengan senang hati kepada semua orang yang saya temui tanpa berpura-pura dan prejudis.

Demikianlah gatalnya tangan saya untuk menulis...

Sekian

Kebahagiaan saya ialah bila anak-anak saya gembira dengan ayahnya
 

 

Majlis perkahwinan rakan sekerja. Selamat pengantin baru Dr Norziela
 

Malam BBQ bersama adik beradik dan anak-anak buah yang disayangi
 





Sepanajang amlam kami dihiburkan dengan lagu-lagu rakyat oleh kumpulan penyanyi ini. Yang pakai baju pink ialah komposer, baju putih, lead vokal dan baju purple, back up singer. Baju kelabu Technician.





Majlis perpisahan dengan rakan setugas. Saya pernah tanggung kerjanya ketika beliau cuti bersalin.
 




Wednesday, February 5, 2014

Jenis-jenis post dalam FB 2

Bermacam-macam komen saya terima tentang entry jenis-jenis post fb sebelum ini. Terima kasih yang telah memberikan komen.

Bukan interest saya tentang FB. Saya sangat selektif memilih kawan. Cerita dalam FB adalah medan cerita peribadi, hanya kawan-kawan yang benar-benar kenal kita sahaja, tidak macam blog. Ada banyak perkara lain yang lebih penting untuk saya lakukan. Biasanya saya hanya jadi pemerhati sahaja dan tidak berminat untuk share cerita kehidupan secara terperinci. Sikit-sikit memang ada, tiada masalah, sekadar berkongsi, apa salahnya. Lagipun berkongsi cerita akan merapatkan hubungan sesama kawan dan saudara. Itu yang paling penting.

Cuma ada pihak-pihak yang menggunakan FB untuk kepentingan nafsu sendiri dan menyalahgunakan media sosial itu. Untuk term riak pula, saya tidak pernah kisah orang nak post apa barang cerita dalam FB terutama tentang keluarga. Saya akan komen dan like, serta tumpang senang hati dan tidak terfikir isu post cerita keluarga ini dikategorikan sebagai riak. Memang ada si kaki facebook yang agak keterlaluan memaparkan kisah hidup tanpa motif. Tayang itu, tayang ini. Ada yang bila tidak dapat perhatian dan like, sanggup padam balik post dan esoknya terbitkan semula agar orang lain nampak dan beri perhatian semula. Ada juga, bila yang dapat like sikit sangat, lepas beberapa hari, like sendiri gambar atau post itu, supaya keluar balik dalam wall dan ada orang lain perasan. Kelakar. Saya observant ok, tapi bukan kaki penyibuk, urusan orang adalah urusan orang. Cuma bila masuk cerita tentang benda mengarut, cerita politik bodoh, cerita yang main share saja (tidak disiasat dulu), sangat amatlah saya menyampah. Hide terus. Biarlah tidak nampak post itu.

Dalam entry jenis-jenis post fb terdahulu pun sudah saya sebutkan. Jangan ada sedikit perasaan riak ketika membuat post di wall. Dan orang lain yang melihat pula jangan mudah rasa irihati dan dengki. Tidak ada maknanya berdengki sesama sendiri. Kadang-kadang kalau tidak ada cerita-ceriti dalam FB, tidak meriah juga. Asyik-asyik post ilmu, post motivasi, post ilmiah dan post berita, tiada post santai seperti cerita keluarga dan lain-lain akan menjadikan FB boring untuk dibuka. Lalu ia tidak mesra. FB ini untuk menjalin kemesraan. Bila si kakak post cerita tentang anaknya atau kehidupannya, emak dan adik beradik lain dikampung boleh tahu, lalu ukhwah serta kemesraan itu sentiasa berpanjangan.

Kesimpulannya disini, apa post pun boleh, tapi jangan sampai orang dapat menangkap maksud post itu adalah untuk beriak-riakkan. Akhirnya orang naik jelek dan jemu. Orang tidak akan komen yang negatif demi untuk menjaga hati kawannya. Tapi jauh di sudut hati, mereka hanya manusia biasa yang ada perasaan meluat. Senang cerita, dalam hidup ini, baiknya kita bersederhana sahaja, jangan berlebih-lebihan. Terlalu berlebihan boleh menimbulkan perasaan riak. Kita tidak kisah dengan orang yang riak, tidak boleh menjejaskan sistem kehidupan pun. Namun jadikanlah ini sebagai satu pengajaran untuk diri saya dan kita sendiri.

Sekian terima kasih