Tuesday, April 29, 2014

MH 370, Ulasan Mahathir, dan MH 192

MH 370

Sudah lebih sebualan MH 370 hilang tanpa dapat dikesan Pelbagai spekulasi dikeluarkan. Ada yang kata begitu ada yang kata begini. Bermacam andaian. Selagi tidak ditemui bangkai pesawat itu, amatlah sukar untuk membuat kesimpulan.

Logik dan tidak logik

Tetapi dalam banyak-banyak komen itu, komen atau ulasan paling menarik bagi saya ialah dari TDM. Kerana saya sudah lama terfikir tentang hal yang sama. Adalah sangat tidak logik tidak ada langsung anak kapal lain selain kapten kapal yang tahu kapal itu telah berubah haluan. Dan apabila mereka menyedari, sudah tentu ada usaha yang dilakukan untuk menyelamatkan diri, sekurang-kurangnya cuba menghubungi seseorang di daratan ini, ketika kapal itu bergerak pada ketinggian yang sangat rendah, iaitu kira-kira 500 meter diudara. Mahathir dalam blognya (yang kemudian telah di hack) mendakwa, kebarangkalian, kapal itu telah di "total disablekan" oleh orang ke tiga amatlah tinggi. Siapa Third party itu, sangat memusykilkan dan tidak diketahui apa tujuannya. Mulanya, saya ada juga terfikir, adakah kapal itu mengalami air pocket yang sangat serius, menyebabkan kesemua anak kapal dan penumpang hilang sedar, tetapi kemudian ia dibuktikan salah apabila siasatan menunjukkan kapal itu membuat air turn back dengan baik.

Artikel Mahathir tentang MH 370 dan keraguannya terhadap Syarikat Boieng
Mahathir kemudian dalam artikelnya banyak membuat pin point kepada syarikat Boieng iaitu syarikat pembuat kapalterbang milik USA antara terbesar di dunia (saingan airbus). Model 777-200er adalah kapal terbang penumpang terbaik dan tercanggih buatan  Boieng. Ada rahsia dalam teknologinya itu yang tidak mungkin diketahui oleh negara membangun lain. Justeru, kehilangan MH370 secara tidak langsung sangat berkait rapat dengan pembuatnya sendiri. Yang sedikit pelik, sehingga ke hari ini, syarikat tersebut masih berdiam diri.

Sama seperti orang lain, Mahathir bebas mengeluarkan pendapatnya, namun selagi kapal itu gagal ditemui, tidak akan ada apa-apa perubahan yang berlaku. Cuma selaku bekas Perdana Menteri dan sebagai seorang yang genius serta telah melalui bermacam-macam pengalaman (juga mengetahui banyak rahsia-rahsia besar dunia) pendapatnya kedengaran jauh lebih bernas berbanding orang lain.

(pautan artikel di domain baru beliau di sini)




************************************

MAS
Didalam sebuah bengkel yang baru saya jalani semalam, beberapa orang telah berkongsi cerita tentang pengalaman menaiki kapal terbang. Ada yang sangat suka menaiki Air Asia, ada yang lebih suka menaiki MAS. Saya adalah sebahagian dari yang suka menaiki MAS atas banyak sebab. Saya sangat percaya dengan kredibiliti pilot MAS. Dalam perbincangan itu, banyak juga hal-hal yang tidak pernah saya ketahui atau saya dengari diceritakan. Betul atau tidak, saya hanya mampu simpan.

Masalah Tayar dan Gear MH 192

Baru-baru ini terjadi pula satu lagi peristiwa pahit untuk MAS apabila tayar dan gear pendaratan pesawat MH 192 mengalami masalah semasa dalam perjalanan ke Bangalore. Walaupun kejadian tayar pecah bukan sesuatu perkara yang sangat aneh dalam dunia penerbangan (sehari sebelum kejadian, sebuah pesawat Airbus A380 milik SIA turut mengalami kejadian yang sama). Tetapi ia tetap mendapat perhatian yang seirus. Dengan puluhan masalah yang telah sedia ada, ditambah lagi dengan masalah yang baru, ia adalah sesuatu yang amat menyakitkan. Namun Alhamdulillah, selepas berlegar-legar di ruang udara selama beberapa jam, pesawat itu berjaya di daratkan dengan baik tanpa sebarang kerosakkan serius dan kecederaan penumpang oleh juruterbangnya.

Kapten Nor Adam Azmi Abdul Razak

Dalam kepahitan itu, MAS dapat membuktikan, bahawa mereka tetap memiliki juruterbang yang sangat bagus. Kapten Nor Adam Azmi yang begitu low profile (sehingga kita tidak tahu langsung back groundnya), mengendalikan pesawat itu dengan sangat baik sehingga ke sudah. Dengan puluhan (mungkin ratusan) pujian yang dihamburkan, sekurang-kurangya beliau telah melegakan sedikit luka akibat kehilangan MH 370. 

Sekali lagi, tahniah Kapten Nor Adam Azmi Abdul Razak. Lalu saya teringat pula sebuah cerita melayu bertajuk Adam dan Hawa di mana, hero utamanya bernama Kapten Adam, seorang pilot yang dilakonkan oleh pelakon terkenal, Aaron Aziz. Mungkin Kapten Adam didalam dunia sebenarnyanya ialah Kapten Adam Azmi manakala isterinya tentu berbangga memiliki 'real hero' seperti beliau.

Monday, April 28, 2014

mohon doa semua pembaca

Hari ini saya ingin memohon jasabaik semua pembaca untuk mendoakan anak jiran saya yang berumur 5 tahun.
Beliau telah lemas semalam. Tetapi sempat diselamatkan oleh ayahnya dan dilakukan CPR.
Pagi ini semasa melawat dia masih belum sedarkan diri.
Mohon doakan beliau selamat, pulih dan kembali seperti sediakala.
Terima kasih

Friday, April 25, 2014

Menjaga hati orang lain



Kawan sekerja baru sahaja update status FB nya dengan imej seperti di bawah. 
Katanya, dia terkesan dengan post ini dan berterima kasih dengan kawannya yang post imej itu.
Saya juga merasa terkesan dan ingin berterima kasih pula kepada beliau
Kerana, jika tidak dikongsinya, saya juga tidak perasan, bahawa mungkin saya pernah berbuat silap dalam entry-entry sebelum ini. 

Hendak di delete, barang sudah lepas dan rasanya agak sayang. 
Pengajarannya, untuk entry-entry yang akan datang mungkin saya perlu mengurangkan kisah keluarga agar ia nampak biasa-biasa dan tidak menyebabkan orang lain yang kurang bernasib baik merasa sedih. 
Memang tidak mudah menjaga hati orang, tetapi selagi mampu, lakukanlah. 
Dengan itu, kita akan lebih tenang dan orang sekeliling lebih menghormati.

Jangan kerana kita ada kemampuan, kita ada keluarga bahagia, kita ada anak yang comel, kita ada harta lebih sedikit, maka kita keterlaluan mewar-warkannya kepada umum tanpa menyedari ada insan lain yang kurang bernasib baik terasa hati dengan entry atau post itu. 
Biarlah bersederhana sahaja, hidup tidak berlebih-lebihan


Monday, April 21, 2014

Pengalaman di KL Bird Park @ Taman Burung KL

Sekali sekala saya bawa juga anak berjalan-jalan. Tapi tidaklah sampai ke luar negara sana. Dalam negara pun banyak juga tempat menarik. Bagi yang mampu ke luar negara baik juga, itu rezeki masing-masing. KL Bird Park ini adalah antara taman burung yang terbesar di Malaysia. Banyak burung dari pelbagai spesis dan bagus untuk tambah pengetahuan. Cuma ada sedikit bauan tidak menyenangkan, tetapi tidaklah terlalu mengganggu. Masih selesa untuk berjalan-jalan. Mengenali nature alam adalah satu ilmu yang sangat berharga.

Kedudukan KL Bird Park

KL Bird Park ini memang sangat strategik tempatnya. Ia terletak ditengah-tengah pusat perlancongan KL. Di sekelilingnya ada planetarium, taman rusa, taman orkid, taman rama-rama, pelbagai jenis muzium (muzium polis, muzium islam, muzium negara) dan lake garden. Jadi kalau sudah ke sini, boleh juga pergi ketempat-tempat yang disebutkan di atas. Ia sangat berbaloi, hanya dalam satu kawasan, anda akan menikmati banyak tempat perlancongan.

Cara ke KL Bird Park

Untuk yang kali pertama datang dan tidak mahir pula jalan-jalan di Kuala Lumpur yang sentiasa sibuk, boleh menggunakan sistem GPS atau print dahulu peta kawasan ini. Walau bagaimanapun saya akan memberi sedikit tips mengikut kepada landmark bangunan di Kuala Lumpur.

Jika dari tol sungai besi

Highway PLUS (tol Sungai Besi) - Jalan KL-Seremban Highway (Landmark Lapangan terbang TUDM sebelah kiri) - Jalan Istana (Muzium Istana sebelah kiri) -Jalan Damansara (Muzium Negara sebelah kiri)- U-turn dari depan muzium ke Jalan Travers/Jalan Damansara (Muzium Negara sebelah kiri)-Jalan Sultan Hishamudin (masjid negara)-Jalan Perdana (masjid negara sebelah kanan)

Senang cerita, beberapa land mark yang harus diikut dan dikenal pasti untuk kesini dari Sungai Besi ialah Lapangan terbang TUDM (kiri), Istana negara (kiri), Muzium Negara (kiri), roundbout yang boleh nampak Masjid Negara (masuk susur ke masjid ini), Muzium Islam dan Pusat Kesenian Islam.

Jika dari Tol Jalan Duta

Keluar dari Tol Jalan Duta, ambil susur kiri, Jalan Duta-Sungai Buloh. Teruskan mengikut highway ini, sampai ke Jalan Duta, mungkin jalannya agak berbelit sedikit untuk yang tidak ada pengalaman langsung datang ke sini, oleh itu mestilah berhati-hati dan ikutlah pesanan GPS anda, kecuali jika ia menipu, nasib badanlah. Dari Jalan Duta boleh nampak susur ke Kedutaan India di sebelah kiri (jika ia masih di situ). Kemudian, teruskan sehingga nampak banggunan parlimen yang tinggi dan gagah (di sebelah kiri juga). Sebaik nampak bangunan parlimen, tetapkan laluan di sebelah kiri dan masuk susur laluan Jalan Parlimen. Dari Jalan Parlimen, jumpa simpang empat dan ambil simpang kanan ke Jalan Cenderawasih. Jalan Cenderawasih ini akan membawa anda ke KL Bird Park dan kawasan-kawasan perlancongan berdekatan yang lain. Perjalanan dari tol ke sini hanyalah dalam 10-15 minit sahaja jika jalan tidak jam.

Ringkasan peta dari bangunan parlimen ke KL Bird Park
Waktu buka

9 hingga  7 petang
-Tetapi tiket terakhir di jual adalah pada pukul 6 petang

Harga tiket

Dewasa : RM 25
Kanak-kanak : RM 12
-warganegara mesti menunjukkan kad pengenalan
-tidak ada keistimewaan untuk warga tua dan OKU, kesemuanya harus membayar harga yang sama

Makanan dan minuman

Taman persendirian seperti ini tidak membenarkan makanan luar dibawa masuk. Di dalam terdapat restoran. Tetapi harga makanan di restorannya amatlah mahal. Anda boleh siap-siap makan diluar atau masak sahaja dan berkelah di Lake Garden. Saya masak mee dan nugget, buat air milo dan bawa air kosong sendiri. Lebih jimat. Ada sebab mengapa makanan tidak dibenarkan dibawa masuk, maklumlah, manusia ni banyak perangai, jenis yang faham bahasa, tak beri burung makan dan tak buang sampah merata tak apa. Jenis yang tak makan saman tu yang payah. Sudahnya, tak dibenarkan langsung lagi senang. Tapi ada juga yang curi-curi bawa. Biasalah, adat manusia memang degil.

Peta dalaman KL Bird park

KL Bird park ini besar juga. Agak jenuh berjalan. Bagi yang membawa anak kecil, warga emas atau OKU, saya nasihatkan bawa stroller atau kerusi roda. Terdapat empat zon kesemuanya, seperti yang boleh dilihat di map di bawah. Pastikan anda datang ke semua zon barulah lengkap perjalanan. Saya sekeluarga hanya keluar dari taman ini pada jam 7 petang. Patikan juga anda baca semua aktiviti yang dijalankan, seperti pertunjukan burung, pemberian makanan dan sebagainya, kerana rugi kalau terlepas.


tiket
pintu masuk ke setiap zon
Aktiviti-aktiviti dalam Bird park

Selain melihat jenis-jenis burung yang tidak mudah dilihat di luar sana, KL Bird Park turut menyediakan aktiviti-aktiviti menarik untuk pelawat. Antaranya ialah :

Pertunjukan burung
Pemberian makanan di beberapa zon
Sesi bergambar dengan burung
(boleh rujuk di sini untuk mengetahui masa aktiviti-aktiviti tersebut)

Tips-tips

1.Bawa siling untuk beli makanan burung yang dijual dalam box-box di tempat tertentu. Rugi bila tidak dapat beri burung ini makan.
2.Bawa air mineral yang mencukupi.
3.Pastikan kamera ada cukup bateri dan sd card yang kosong, kerana banyak gambar menarik yang akan di rakam.
4.Tidak perlu kejar burung-burung ini mereka akan melintas sendiri depan anda. Terdapat burung-burung yang jinak dan sengaja dilepaskan. Kanak-kanak sangat suka.
5.Pakailah baju yang simple dan tidak panas terutama untuk kanak-kanak. Anda akan berjalan dalam satu jangka yang agak lama dan panjang.
6.Parking kereta memang sentiasa penuh pada musim cuti sekolah, jadi pandai-pandailah

Boleh lihat sendiri laman web KL Bird Park di sini

Gambar-gambar untuk rujukan