Friday, May 30, 2014

Tentang Panda

Tahukah anda, banyak mata sedang memerhati gerak langkah Malaysia dan China dan sejauh mana perhubungan kedua negara itu? 

Entry ini bukan berkenaan politik. Ia adalah lebih kepada dasar kepentingan negara.

Agar sukar juga untuk menerangkan tentang apa keperluan kehadiran panda itu, terutama sekali kepada orang-orang yang telah banyak dipengaruhi agenda jahat dalam memburuk-burukan negara sendiri. Ramai benar orang yang mengkritik dan menyindir-nyindir dan satu-satunya perkara yang dijadikan drama dalam mempertikaikan isu ini ialah kos penyelenggaraan yang makan juta-juta. Saya percaya, ramai yang tidak bersetuju dengan pendapat saya. Tetapi adakah anda fikir kos penyelenggaraan haiwan lain tidak makan jutaan ringgit?

Setiap orang mempunyai pendapat mereka tersendiri, sama ada positif, negatif, berkecuali atau ada aku kesah?

Pada saya plot utama penerimaan panda itu bukanlah untuk industri perlancongan.

Industri perlancongan hanyalah menjadi sub bonus sahaja. Kerajaan tidak terlalu bodoh untuk menyewa panda bagi tujuan di atas. Mereka mempunyai dasar tersendiri. Kalau hendak di kira tentang keuntungan, tidak mungkin ia sebanyak yang di canang-canangkan. Orang yang buta matematik pun tahu berfikir. Bukan semua yang berada dalam kerajaan orang politik dan  mereka juga bukan orang-orang yang bodoh. Sudah tentu mereka tahu apa implikasinya membawa panda itu masuk. Jika ada implikasi yang buruk, pasti sejak awal-awal lagi mereka sudah bersuara.

Orang tidak akan percaya jika kerajaan sekadar bercakap hubungan Malaysia dan China  adalah baik dan mesra. Jadi perlu ada beberapa elemen tahap medium yang tidak terlalu berat sebagai sokongan untuk mengesahkan perhubungan baik ini dalam jangkamasa yang panjang (kalau anda ingat, jumlah pajakkan panda itu adalah 10 tahun). Panda itu adalah simbolik atau sekadar bahan yang menjadi tunjuk sebab kepada mata dunia, bahawa hubungan politik antara dua negara masih erat dan baik.

Mengadakan perjanjian mesra menggunakan bahan yang tidak berisiko tinggi merupakan satu kaedah yang dilakukan secara halus untuk menutup desas-desus pihak lain tentang perhubungan dingin ke dua negara. Ia sekaligus meranapkan impian bagi pihak yang berkeinginan menyaksikan keretakan perhubungan Malaysia dan China dan seterusnya mengambil kesempatan.

Memang betul ada jalan lain yang lebih baik dalam memantapkan hubungan kedua-dua negara, tetapi adakah jaminan ia akan berjaya, kosnya menjadi lebih rendah dan ia akan bertahan lama? (Cuba memperbaiki hubungan dengan contoh seperti membina kilang atau mengadakan perjanjian-perjanjian tertentu adalah lebih berisiko)

Kehadiran panda itu mempunyai agenda tersendiri yang tidak begitu difahami oleh kebanyakan rakyat-rakyat yang marhaen ini (selain melihat kosnya sahaja). Ia ibarat pepatah "menarik rambut di dalam tepung" atau "sambil menyelam sambil minum air". Saya tidak fikir, sistem kehidupan rakyat di Malaysia akan terjejas hanya dengan menyelenggara kos panda itu. Setakat ini kita masih mampu makan nasi dan pelbagai jenis lauk disamping menutup aurat masing-masing. Kalau ada yang miskin, ia bukanlah disebabkan kehadiran panda itu. Lagipun kehadirannya adalah dengan penajaan.

Pada saya, hentikan saja budaya ejek mengejek, kerana ia tidak menguntungkan. Negara hanya akan lebih rugi apabila  sudah tidak dipercayai lagi di mata dunia. Terbangkan sedikit diri kita keatas dan lihatlah dunia ini serta masa depan negara melalui skop yang lebih luas. Jangan menjadi seperti katak dibawah tempurung. Berbunyi banyak sangat tetapi ia tidak faham tentang dunia luarnya.

Friday, May 23, 2014

Berlagak sombong bila melanggar undang-undang

Semalam saya menerima satu komen di entry perjalanan ke Kelantan
Motif komen si penulis itu ialah 
berlagak untuk menyatakan kehebatannya dalam melanggar undang-undang
Kononnya dia sangat hebat dengan keretanya itu

Ingin saya tegaskan, saya tidak suka memalukan orang secara directly di dalam laman web 
seperti mana sesetengah insan lain yang tidak bertamadun
Tidak tahu manner menggunakan facebook dan lain-lain laman media
(sila malu sedikit bagi yang terasa)

Kalau menegur, saya hanya akan menegur secara indirectly di laman web atau melalui mesej sahaja
jadi hanya orang yang terlibat itu sahaja tahu, 
tidak satu dunia kenal, 

Itupun sangat-sangat-sangat jarang
Sebab saya ada banyak lagi aktiviti lain yang hendak dilakukan
Jadi bertuahlah orang yang pernah kena selar itu kerana ia hanya untuk orang yang benar-benar layak sahaja, 
Harap Maklum

Tapi hari ini saya ingin komen tentang ulasan di bawah
Apa perlunya berlagak sombong bila melanggar undang-undang
Anda fikir anda hebat sangat? 
Motif?
Pada saya, orang yang berharap sangat nak mati bergaya semasa membawa kereta "hebatnya"
dengan kelajuan 200km sejam
Matilah sorang-sorang
Kami tak kisahpun
Tapi jangan melibatkan pihak lain.
Bayangkan kalau kenderaan "hebat" anda tu melanggar sebiji kereta 
yang di dalamnya terdapat sebuah keluarga dengan beberapa anak kecil
lalu emak dan ayahnya mati dijemput Illahi disitu juga, 
adakah anda akan keluar dari jentera "hebat" anda dan bersiul dengan riang?
Inilah salah satu contoh satu orang yang ditakdirkan menggunakan kepala otaknya di lutut, bukan di otak

Memanglah kemalangan dan kematian itu atas kebenaran Allah
Tapi sanggup anda menyalahkan Tuhan di atas perangai buruk yang anda lakukan tu? 
Bila sudah kemalangan, terus kata takdir Tuhan
Anda memang tidak patut hidup lama

Saya tidak akan terbitkan ulasan yang oleh si pengecut yang takut hendak menamakan dirinya sendiri
Tak ada maknanya orang yang berlagak sombong
Sekian 



Wednesday, May 21, 2014

Segmen Blogging + Menang Hadiah!







KLIK
BANNER UNTUK JOIN





Salam
1 Malaysia. Segmen terbaru kini dilancarkan! Tujuan segmen ini diadakan untuk
beramah mesra sesama blogger. Yang tak kenal, kini boleh berkenal-kenalan.
Menambah rakan maya. Yang bestnya segmen ini menyediakan hadiah menarik buat
pemenang bertuah!





HADIAH:


USB
Flash Drive/Pendrive 8GB


Jewellery
Fashion 1 set


Novel


T-Shirt


Fridge
magnet


Keychain





Segmen Blogging + Menang Hadiah! anjuran dan tajaan Yumida





TAMAT:
29 MEI 2014
– Jam 11.59 malam

Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1




http://www.bubblynotes.com/2014/05/segmen-bloglist-bubblynotescom-48-jam-1.html


Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1 bermula dari 20/5/2014 SEHINGGA 22/5/2014, jam 9.45 a.m... Semua blogger tak kira yang baru atau lama, femes atau tidak, retis atau tidak dijemput untuk memeriahkan segmen ini... Tujuan? Pertama, haruslah nak pilih 10 orang blogger yang bertuah untuk masuk bloglist Bubblynotes.Com dan nak rapatkan lagi silaturahim sesama kita, follow memfollow untuk semua blogger2 yang menyertai segmen ini. Pemenang segmen akan dipilih oleh pakcik Random.Org...




Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:


1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com


2. Buat entri bertajuk: Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1


3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.




Kemudian pastekan coding seperti tutorial di bawah ini...






 


4. Tinggalkan URL entry uolss ke dalam ruangan komen di bawah.





Simple dan mudah kannn??? Segmen copy+paste paling awesome kot bagi iolss...




PEMILIHAN PEMENANG:


1. 10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org)


2. Pemenang akan diumumkan pada 23/5/2014.

Sunday, May 18, 2014

pergi umrah

Hari ini emak dan akak saya akan pergi ke Mekah melaksanakan umrah. Segala syukur kepada Allah yang mengurniakan rezeki kepada mereka. Walaupun pada umur yang sudah lanjut baru emak dapat pergi, tetapi itupun sudah cukup. Tuhan tahun apa yang terbaik untuk hambaNya.

Hari ini kami berkumpul adik beradik
Untuk sama-sama menemankan emak dan kakak saya sebelum bertolak.

Semoga ibadah umrah mereka diterima
 Dan selamat kembali ke pangkuan kami


 Amin


Friday, May 16, 2014

Selamat hari guru - kenangan bersama guru

Saya ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru-guru yang pernah mengajar saya, 
samada di sekolah, mahupun di Universiti
Juga kepada guru-guru di seluruh negara dan dunia.
Kakak saya adalah guru
Ramai sepupu sepapat saya juga guru
Jasa anda semua amat saya hargai
Semoga berbahagia selalu dan terus menjadi guru-guru yang berkaliber.
Bagi yang tak berkaliber tu, fahamlah sendiri dan sama-sama kita perbaiki diri
Guru adalah contoh paling dekat untuk anak-anak selain ibubapa dan keluarga
Semoga negara ini terus maju jaya berkat ilmu yang di ajar oleh guru-guru ini


Kelas tingkatan 5 bersama guru kelas, Cikgu Chia yang ajar Matematik
Bersama cikgu Ng Kok Lye yang ajar Fizik
Kami sekelas (malah semua kelas ting 5) sangat rapat. Sampai sekarang pun masih berhubungan mesra. Tetapi best freind saya dari kelas sastera, saya dari kelas sains tulen.

Cikgu yang benar-benar merapatkan hubungan kami bernama cikgu Selvarajah. Cikgu itu ajar Kimia dan Biologi. Dialah yang bertanggungjawab membentuk kami semua. Almaklumlah, sekolah kampung dan batch saya adalah yang pertama beraliran sains tulen. Jadi tidak ada senior untuk di rujuk. Kira kami adalah pioneer. Sangat membanggakan bila semua dalam kelas ini berjaya dengan kredit dalam matematik. Padahal, ramai diantara kami yang mendapat keputusan buruk semasa PMR. Masa itu pelajar yang mempunyai keputusan yang kurang memberangsangkan dalam PMR juga diberi peluang memilih subjek mereka, tidak ada paksaan.

Cikgu Selva selalu membuat kelas tambahan tanpa meminta sebarang bayaran. Dia mengeluarkan semua komitmennya untuk kami tanpa sebarang prejudis. Bayangkan, pernah satu hari (hari Sabtu) dipaksanya kami datang prep ke sekolah walaupun dia tidak dapat datang ketika itu. Kami datang ramai-ramai satu kelas ulangkaji tanpa guru (dan honestly kami memang betul-betul belajar!!). Tapi kami semua baik, tidak pernah ada kes yang pelik-pelik macam zaman sekarang, walaupun agak sedikit nakal.

Sekali lagi terima kasih cikgu!!

ps/ Pengalaman belajar di sekolah kampung, sekolah bandar, sekolah biasa dan sekolah asrama penuh mungkin tidak sama. Umum mengetahui, standard sekolah biasa tidak sama dengan sekolah asrama penuh atau sekolah bestari. Gurulah yang akan mencorak anak-anak muridnya.



Kenangan bersama cikgu Selvarajah




Monday, May 12, 2014

Motivasi


Tidak mudah menjadi pendengar yang baik.
Kebanyakkan orang hanya mendengar tanpa memahami.
Selepas itu menyebar-nyebar cerita yang ditokok tambah.
Realitinya dunia ini, begitulah.

Saya sangat salute dengan suami dan kakak-kakak saya
Kadang-kadang saya pun gagal menjadi seperti itu
Mereka adalah pendengar yang sangat baik 
Tidak mudah salah faham atau menyebar-nyebar cerita

Semoga ianya menjadi ikhtibar 
Dan kita semua dapat menjadi pendengar, pembaca dan pemaham yang baik



Thursday, May 8, 2014

Itulah kenyataannya


Masa kami semua anak dara dan masih belum kahwin bila berjumpa alangkah meriahnya
Meriah dengan gossip
Semua sibuk hendak cerita tentang lelaki atau apa sahaja yang kami minat

Perhubungan adik beradik memang sangat istimewa
Kita tidak akan dapat hubungan sebegitu dengan orang lain yang tidak ada hubungan darah
Kemesraannya tidak dapat diungkap dengan kata-kata
Sampai hendak tidur pun masih berbual-bual
Yang pelik, ada sahaja yang hendak dibualkan, macam tidak habis-habis

Sekali sekala teringat, kenangan masa remaja, 
Walaupun umur dengan kakak-kakak sangat jauh bezanya
Mereka tetap rajin melayan
Kakak-kakak pun tidak bermulut celupar, sebab itu adik-adik senang hati

Tipsnya
Emak ayah, jangan beza anak-anak
Jangan kutuk anak-anak di belakang anak yang lain
Ia akan menghapuskan rasa hormat anak-anak pada adik beradik yang lain
Itu sahaja



Wednesday, May 7, 2014

Roh dan Jiwa penulisan novel 2 - Nilai Salina dan Harry Potter


Entry ini adalah rentetan dari entry saya yang ini. Kedua-dua entry mempunyai pengisian yang sangat panjang. Maafkan saya jika ia agak membosankan. Saya tidak fikir semua orang akan berminat dengan entry sebegini. Hanya pembaca tertentu yang sahaja yang akan membaca betul-betul, mungkin. Walau bagaimanapun, saya kuatkan azam untuk meneruskan penulisannya sebagai satu kepuasan.

Novel yang mempunyai roh dan jiwa adalah novel-novel yang akan menjadi legend.

Saya suka dengan entry dari saudara Abdul Hakim Abdul Basir di blognya ulasbuku.blogspot.com tentang Hatiku di Harajuku. Nampaknya pandangan saya dan beliau mempunyai persamaan. Plot utama novel itu bergenre romantism sebenarnya dan bukan thriller.

Saya menghargai setiap komen yang diberikan di dalam entry sebelum ini. Ingin saya jelaskan, entry itu bukan untuk Hatiku Di Harajuku. Ramai yang salah faham. Peminat-peminat Ramlee Awang Murshid mungkin tidak suka dengan komen saya dan saya harus terima dengan hati yang terbuka. Buku itu hanyalah contoh objek untuk menggambarkan bagaimana roh dan jiwa sesebuah novel bernyawa. Memang semua pembaca mempunyai pendapat tersendiri. Tetapi saya ragu-ragu jika HDH diterjemahkan dan di bawa ke pasaran antarabangsa, adakah ia setaraf atau mampu menjadi saingan kepada novel-novel lain? Tidak rasanya. Terlalu banyak elemen Hollywood dan exaggerate untuk menggambarkan kehebatan protagonisnya, menyebabkan ia tidak kelihatan normal. Jadinya plot utama novel itu lebih kepada isu cinta 3 segi Ryu Watanabe, Noriko dan Sabrina.

Mentaliti pembaca novel di Malaysia juga agak berlainan dan mempunyai banyak peringkat, sama seperti penonton drama Televisyen. Pembaca novel yang berkualiti, apabila sampai ke level tertentu, ia hanya akan mencari buku yang mempunyai nilai. (Salina mungkin tidak sampai ke tahap antarabangsa, tetapi nilainya adalah legend - siapa yang berani sangkal? Saya tak tahulah).

Ya, saya belum baca lain-lain novel milik Ramlee Awang Murshid. Justeru tidak adil jika dikatakan kesemua bukunya tidak meet expectation. Saya percaya ada beberapa produknya yang benar-benar berkualiti. Anda boleh cadang pada saya, dan saya akan beli (saya juga akan cuba lihat tombiruo dan igauan maut selepas ini - kata orang, buku itu bagus)

Sekarang, kita balik kepada matlamat asal entry ini.

Kedua-dua novel ini mempunyai nilai yang tinggi bagi kategori novel komersial. Kedua-dua penulisnya adalah penulis yang sangat hebat. Memiliki perfecionist dan ketelitian dalam penulisan mereka. Bagi yang tidak suka ke dua-dua novel ini sila abaikan, tidak perlu terus baca, saya tidak berkecil hati.

Salina - A.Samad Said 


Sinopsis - Kisah berlatar belakang zaman sebelum merdeka tentang kehidupan masyarakat di sebuah kampung yang di panggil Kampung Kambing, di Singapura. Salina adalah pemegang watak utama, manakala Hilmi adalah pembawa jalan cerita. Salina pelacur yang tinggal bersama Abdul Fakar, lelaki jahat yang sangat dicintainya hanya kerana memeliki rupa paras seperti bekas kekasih yang telah meninggal dunia. Hilmi adalah seorang pelajar yang baru pindah ke Kampung Kambing dan melihat semua sisi penduduk kampung itu lalu jatuh hati kepada Nahidah, seorang gadis naif. Nahidah pula tinggal bersama ibu tiri yang jahat, abang angkat Suharto dan abang kandung Mansur.

Membaca novel Salina, saya merasakan saya adalah salah seorang dari penduduk di dalam kampung kambing. Sama-sama ketawa, sama-sama meluat dan sama-sama menangis dengan watak-watak di dalam cerita itu.

Saya juga dapat membayangkan bagaimana kedudukan tandas tempat Nahidah membasuh baju setiap malam, keadaan dalam rumah Hilmi yang daif serta suasana di Kampung Kambing.

Novel Salina, walaupun menggunakan tajuk Salina, tetapi cerita sebenarnya adalah berkenaan kehidupan masyarakat di kampung Kambing, Singapura pada zaman sebelum merdeka. Hanya 35 peratus dari cerita ini tentang Salina itu sendiri, 35 peratus lagi berkenaan keluarga Hilmi, seorang remaja yang pandai, baik hati dan taat pada ibunya (plot meletakkan Hilmi sebagai penjalan cerita). Lagi 20 peratus adalah berkenaan keluarga Nahidah dan ibu tirinya, Zarina dan selebihnya adalah cerita-cerita masyarakat di kampung itu seperti Razman, Haji Karman dan Si Bulat.

Bermula dari bab awal, penulisnya sudah meletakkan kesempurnaan itu dari lori yang bergerak masuk ke kampung dan keadaan mentaliti penduduk-penduduk di situ. Penulis juga memberi gambaran yang sangat jelas tentang kedudukan dan maping kampung Kambing.

Plot di susun berperingkat-peringkat  dan tidak caca merba. Tidak ada exaggerate dalam novel ini. Antara babak paling saya suka ialah, apabila Razman seorang duda yang tidak dapat menanggung kehausan batinnya, pergi ke rumah pelacuran tempat Salina bekerja, tetapi kemudian merasa malu sendiri dan menukar niat asalnya untuk mendapatkan perempuan kepada misi menasihatkan Salina. Lagi satu babak yang saya suka ialah, bila Hilmi balik dari training di hutan dan tidak berpuasa. Nahidah menyediakan kopi, serta tidak berpuasa juga kerana datang bulan. Bukan maksudnya saya suka Hilmi itu tidak puasa, tetapi kita lihat di situ, penulisnya sangat sederhana dan tidak berlebih-lebih. Ia cuba menunjukkan kenormalan yang hampir sempurna. (harus diingat, novel ini adalah berkenaan masyarakat kelas bawahan yang ada kala kehidupannya agak liar. Jadi jangan tanya kenapa penulis menulis macam tidak ada agama, sila baca sebelum bagi komen mengarut).

Penamatnya  penuh dramatik bila emak Hilmi meninggal dunia, Pilihanraya negara pertama di adakan, Nahidah melarikan diri kerana dipaksa menjadi perempuan sundal (dan tamatlah hubungannya dengan Hilmi yang sangat baik). Salina pula berubah dan dapat mencari kekuatannya sendiri lalu keluar juga dari kampung itu. Saya sangat-sangat-sangat suka dengan ayat terakhir dari novel itu :

" Hilmi just smiled. His eyes were still on the locomotivee engine. There were three great wishes in his heart. He wanted very much to see two people and village : he wanted to see Siti Salina and Nahidah as well as Kampung Kambing that had fallen victim to a fire.

When the train straightened itself once more, there was an added wish. He wished very much to see Bulat too!

The train made its way to Singapore at great speed!"

Ia menimbulkan satu perasaan yang sangat hangat dan saya juga ingin kembali ke Kampung Kambing itu! Saya highlightkan ayat yang berwarna merah, kerana tidak ramai berjumpa penulis sebegini di Malaysia. Ia adalah elemen seni sastera yang tersembunyi. Tidak mendayu-dayu, tidak berbunga-bunga tetapi penuh makna dan mempunyai sentuhan tepat di hati. Itulah maknanya sasterawan.

Teknik endingnya adalah hampir sama dengan teknik The Hunger Games. Tetapi Salina telah lahir berpuluh-puluh tahun yang lalu manakala Hunger games hanya lahir baru beberapa tahun ini.

Lihat, kita punya penulis tempatan yang hebat bukan?

( Oh, saya terlupa hendak memberi tahu, nama anak saya adalah sempena nama watak protagonis hero di dalam novel itu, suami saya tidak pernah tahu tentang hal ini, saya juga tidak pernah memberitahunya. Dia bersetuju apabila saya mencadangkan nama itu ketika menamakan anak kami yang lahir 7 tahun lepas. Buku Salina saya baca ketika di dalam darjah 5. Dan saya menamatkan pembacaan buku itu selama 3 hari)

Harry Potter - JK Rowling


Ya, harry Potter adalah sebuah siri novel kanak-kanak dan remaja. Apa relevannya saya sebagai seorang dewasa membaca novel kanak-kanak. Saya tidak melihat semua itu. Nilai yang ada pada Harry Potter jauh lebih tinggi dari kebanyakan novel dewasa lain. Tidak banyak kisah romantik dalam Harry Potter seperti yang biasa ada pada novel remaja. Kalau adapun hanya sebagai tempelan, bukan sebagai plot utama. Anda boleh lihat tidak ramai penulis kisah remaja yang sebegini. Tetapi Harry Potter hidup dengan norma-norma kasih sayang abadi, freindship yang mengkagumkan, nilai-nilai keperibadian yang tinggi dan kesetiaan. Ciri-ciri bahan bacaan seperti inilah yang saya cari. Dan saya tidak fikir hanya kanak-kanak sahaja yang membaca buku ini. Ada ramai lagi peminat dewasa novel Harry Potter di seluruh dunia yang sependapat dengan saya.

Saya yakin, setiap seorang peminat Harry Potter mempunyai imaginasi tersendiri tentang cerita itu. Ia sangat indah untuk diimaginasikan. Sampai ke hari ini saya masih merasakan, tidak ada penulis setanding JK Rowling dalam genre itu. Mungkin ya, JRR Tolkien adalah penulis terhebat dalam genre yang sama, tetapi JK rowling memberi impak yang lain. Beliau adalah penulis moden yang sangat genius, hebat dan teliti.

Saya terasa seperti turut serta mengembara bersama-sama Harry dan sahabatnya di dalam istana Hogward yang besar itu. Berdebar ketika melalui detik-detik mencemaskan terutama semasa pencarian Horcrux di dalam gua kelam. Turut rasa seperti sama bertarung di pertarungan pertama Harry bersama Voldermort dalam perlawanan terakhir Trio Piala Api. Panik pada cubaan mengeluarkan Harry dari Privet Drive di tahun terakhir persekolahannya. Menitiskan airmata ketika Sirius Black, Mad Eye Moody, keluarga Lupin dan Dumbledore mati. Ketawa ketika Fred dan george membuat lawak. Merasa lapar  di dalam Dewan besar ketika upacara pengisihan dan jamuan di lakukan. Berimaginasi tentang rupabentuk rumah keluarga weasley yang baik hati. Dan banyak lagi tentang novel ini yang tidak dapat habis diperkatakan kerana setiap satu novel itu mempunyai perkaitan dan tarikan yang sangat kuat antara satu sama lain. Boleh di katakan setiap babnya sangat mengujakan.

Teknik penulisan JK Rowling juga mudah. Tidak berbasi basa, straight to the point tetapi sangat tersusun dan tidak melebih-lebih (sama seperti A.Samad Said). Walau sudah di terjemahkan ke dalam bahasa lain, ceritanya masih menarik. Saya membaca kedua-dua bahasa melayu dan bahasa Inggeris (Harry Potter) untuk membuat perbandingan dan tarikannya tidak berubah.

Selain itu Harry Potter tidak pernah ditunjukkan sebagai seorang remaja yang hebat, hanya penceritaan sekeliling sahaja yang menunjukkan dia mempunyai kekuatan dalaman. Begitu juga dengan Dumbledore, sisi kehebatan Dumbledore sebagai seorang tua yang berpengalaman jelas dilihat melalui pergerakkan, gaya percakapan dan dialognya dengan Harry. Teknik penulisan ini sama seperti novel Tamar Jalis dalam menggambarkan kehebatan datuknya. Tamar Jalis dan JK Rowling mempunyai banyak persamaan selain memiliki sense of humour yang bersahaja, menjadikan buku mereka lebih menarik.

JK Rowling juga begitu teliti dalam menyusun ayat dan plot. Saya tidak dapat bayangkan, semasa menulis siri satu, beliau sudah merancangkan, beberapa perkara dalam siri itu akan berkait dengan siri terakhirnya nanti. contohnya, budak lelaki yang berkawan dengan Lily Evans seperti diterangkan oleh Petunia pada siri satu, kita hanya tahu budak itu adalah Severus Snape pada siri terakhirnya. Sebelum itu, semua orang menyangka, budak itu adalah James Potter. Begitu juga, dengan lelaki pemilik bar di hogsmead yang ditemui oleh Harry Potter pada siri lima sebenarnya adalah adik kepada Albus Dumbledore, sebab itu mereka memiliki bentuk mata yang sama, biru terang, ia hanya diketahui pada siri yang terakhir juga.

Tidak seperti LJ Smith atau Stephen Kings, JK Rowling hanya menghasilkan satu novel komersial bersiri sahaja (setakat ini), tetapi ia sangat panjang. 7 siri kesemuanya. Saya ulang sekali lagi kata-kata di dalam entry sebelum ini, "kuantiti tidak semestinya menghasilkan kualiti ".

(J.K Rowling sebenarnya ada mencedok sedikit idea dari Lord Of The Ring dan Enid Blyton. Kita boleh lihat dari karakter-karakter yang diwujudkan, hampir kesemuanya adalah berasaskan karakter-karakter yang terdapat dalam Lord Of The Ring dan siri-siri Enid Blyton. Yang paling ketara ialah dari novel Malory Tower. Untuk asas ceritanya, JK Rowling mencedok sedikit idea dari novel itu. Boarding School ketika berumur 11 tahun,  Asrama yang mempunyai empat menara, katil bertiang dan beberapa perkara lagi. Tetapi kesemua perkara ini hanya asas sahaja, kerana Harry Potter ada jalan cerita sendiri yang sangat kuat dan tidak sama langsung dengan Malory Tower.)

************************************************

Memang benar semua orang ada pandangan tersendiri dalam pembacaan bahan bacaan.

Saya juga faham, level setiap manusia ini berlainan.

Ada orang sukakan mutu.
Ada orang sukakan hiburan.
Ada orang sukakan santai.
Ada orang sukakan keromantisan.
dan macam-macam jenis orang lagi.

Pada saya tidak salahpun hendak baca novel genre apa atau bagaimana.

Samalah seperti masak lemak cili api.
Ada orang tambah bawang dalam gulainya.
Ada orang hanya cili, santan dan kunyit.
Ada sorang suka pedas.
Ada orang tak suka pedas.
Begitulah.

Justeru, kualiti pembacaan juga berbeza-beza.

"Tetapi, Hanya Jauhari Yang Mengenal Manikam."

Monday, May 5, 2014

Roh dan jiwa dalam penulisan novel

Saya sangat selektif dalam memilih bahan bacaan, terutamanya jenis novel komersial. Bukan maksudnya saya merendahkan penulis tempatan, tetapi saya tidak mahu rasa kecewa jika tersalah memilih bahan bacaan. Salah satu kepantangan saya dalam membaca novel ialah cerita yang sangat klise dan menggunakan bahasa-bahasa yang agak paranormal (berbunga-bunga mendayu-dayu), walaupun ceritanya hanya cerita biasa sahaja tentang kehidupan seharian. Novel selain kisah cinta saya akan beli dan baca, terutama yang bersifat motivasi atau biografi. Tetapi lain orang lain citarasa, abaikan itu.

Hatiku Di Harajuku - Ramlee Awang Murshid

Beberapa minggu lepas, saya menjalani kursus di Karangkraf Shah Alam. Dalam kursus itu saya bertemu ramai penulis novel tempatan. Terlanjur disana saya menyinggah ke galeri jualan buku-bukunya. Sambil-sambil itu saya berbasi-basa dengan  penulis-penulis tersebut. Mereka mengesyorkan saya untuk membaca novel karya penulis tempatan yang sangat terkenal iaitu Ramlee Awang Murshid. Kata mereka saya akan mendapat jiwa dengan buku tersebut. Tajuknya Hatiku di Harajuku. Sayapun ikut beli.

Buku itu saya baca setelah beberapa hari berada dalam tangan.

Saya tidak ingin komen banyak tentang Ramlee Awang Murshid kerana, beliau adalah penulis berpengaruh yang mempunyai ramai pengikut di Malaysia. Pengikutnya juga sanggup menubuhkan sebuah kelab sebagai sokongan. Tahniah Ramlee Awang Murshid atas kejayaan buku-bukunya.


Tapi perasaan saya semasa menghadapi buku itu sangat tidak sama seperti ketika membaca novel Suzanne Collin, Enid Blyton, Anna Sewell dan paling utama, JK Rowling. Perasaan itu juga sangat tidak sama dengan perasaan ketika membaca buku-buku tulisan penulis tempatan lain seperti A.Samad Said, Abdullah Hussin, HAMKA, Tamar Jalis dan beberapa lagi.

Berbalik kepada Novel Hatiku Di Harajuku, apabila mendengar kata-kata semangat dari novelis-novelis tempatan yang ditemui, saya telah meletakkan satu harapan yang sangat besar sebagaimana saya ingin melihat semangat dan jiwa 'Salina', 'Harry Potter', 'Bercakap dengan Jin' dan 'The Hunger Games'. Tetapi malangnya ia tidak hadir di dalam diri saya.

Bukan kerana Ramlee Awang Murshid  tidak bagus. Kalau tidak bagus, peminat tidak akan beli dan baca bukunya. Anda tahu, tidak mudah menulis sebuah novel. Saya sendiri sehingga kini masih belum pernah berjaya menulis, haram sebiji buku pun.

Saya adalah peminat novel thriller. Tetapi Hatiku di Harajuku tidak masuk ke dalam jiwa saya. Dan saya percaya, ada beberapa orang pembaca yang cerewet macam saya mempunyai penilaian yang sama. Ia sebenarnya adalah sebuah kisah klise dengan teknik penulisan yang biasa sahaja. Ada banyak terjemahan filem Hollywood yang sebegitu. Tidak perlu marah kepada saya hanya kerana anda peminat Ramlee Awang Murshid.

Roh dan Jiwa dalam Penulisan

Bagi saya novel yang sangat baik adalah novel yang mempunyai roh dan jiwa di dalamnya. Anda  dapat membayangkan anda ada bersama-sama berada di dalam novel itu. Dua contoh novel yang mempunyai jiwa dan rasa yang mendalam di dalam penulisannya ialah Harry Potter dan Salina (mungkin tidak semua orang sependapat dengan saya - penjiwaan itu ada kala berbeza bagi setiap individu, terutama sekali yang melibatkan genre).

Pasti ada yang tidak faham maksud roh dan jiwa dalam novel. Ia bermaksud anda dapat melihat segala suasana yang digambarkan dalam novel itu bersama keseluruhan jiwa anda. Ia terasa seperti anda sedang masuk dan berjalan bersama cerita itu dan tertinggal diri sendiri di belakangnya. Bila sudah habis membaca barulah anda dapat kembali berpijak semula di dunia yang nyata. Tidak semua penulis novel pakar dalam melakukan hal ini.

Bagi orang yang cerewet (dalam memilih bahan bacaan) seperti saya ini memang sangat sukar untuk dipuaskan dan sangat sulit untuk mencari buku yang bersesuaian. Saya tidak akan baca buku secara hentam kromo. Buku yang tidak menarik, saya hanya akan selak muka depan, baca beberapa bab secara lompat-lompat dan terus terbang ke bab terakhirnya (ini bukan satu budaya yang bagus tetapi saya ada hak). Saya juga adalah seorang yang banyak songeh dan komen dalam membaca novel. Tetapi komen itu selalunya hanya dibiar berperang di dalam diri sendiri sahaja. Saya tidak cerita kepada orang lain kerana jarang ada pembaca yang cerewet seperti saya.

Tekni dan Genre dalam penulisan novel.

Ilmu penulisan novel sangat meluas. Ada pelbagai genre dan ada pelbagai teknik. Ada genre seram, genre biografi, genre romantik, genre thriller dan pelbagai lagi. Lain genre, lain pula penjiwaannya.

Begitulah juga dengan teknik. Ada yang sangat sensitif, lalu mencipta signaturnya tersendiri (teknik akan menghasilkan signatur penulisan). Ada yang tidak kisah langsung dan tulis hentam kromo, asal dapat disiapkan dalam masa 4 bulan. Ada yang syok sendiri dan tidak memikir pembacanya (bila orang tidak beli novel tempatan, mula marah-marah). Ada yang mampu menterjemah segala macam yang terbayang di dalam fikiran ke dalam bentuk novel (contohnya Harry Potter dan Black Beauty). Ada juga penulis yang terlingkung dalam dunianya sendiri sahaja (menyangka mereka sangat hebat kerana pandai menulis - yang ini lebih parah dan lebih kurang dengan syok sendiri di atas).

Teknik penulisan akan memberi kesan terhadap penjiwaan sesebuah novel. Anda boleh menulis secara semberono dan mungkin juga dapat mencari pembaca. Tetapi mencari pembaca yang berkualiti untuk novel itu, mungkin tidak ada. Malang sekali wujud ramai pembaca yang tidak berkualiti di Malaysia ini. Jadi penulis pun tidak kisah jika menulis sebuah naskah yang tidak berkualiti.

Tidak mudah untuk mendapat kesempurnaan dan ketelitian. Saya pun acap kali tidak dapat menjadi sempurna, walaupun hanya dalam penulisan blog.

Kuantiti belum tentu menghasilkan kualiti. 

Kuantiti belum tentu menghasilkan kualiti. Percayalah kata-kata saya.

Anna Sewell hanya menghasilkan sebuah novel sahaja seumur hidupnya, tetapi novel itu sangat berjaya dan menyentuh hati.

Zabidi Mohamed, seingat saya tidak banyak menghasilkan buku, tetapi beliau adalah seorang penulis yang sangat baik. Malah saya merasakan, kepakarannya dalam penulisan buku adalah jauh lebih baik dari kepakarannya sebagai penulis skrip (penulisan skrip dan penulisan novel adalah dua cabang berbeza). Oleh itu saya pernah sanggup untuk mebayar sejumlah wang bagi mengikuti kelasnya, walau saya bukan seorang penulis rasmi dan hakikat sebenarnya saya adalah seorang yang sangat kedekut untuk sesuatu yang tidak praktikal (buat diri saya).

Saya mungkin tidak hebat untuk memberi nasihat kepada orang lain. Sayapun tidak pernah menulis novel. Entry ini dikeluarkan di atas kapasiti sebagai pembaca di dalam pasaran. Banyak novel boleh dihasilkan, tetapi untuk menghasilkan novel yang mempunyai roh dan jiwa bukan mudah. Tidak semua penulis memahami perkara ini. Sebilangan besar penulis berlumba-lumba menghasilkan novel hanya untuk menambah pendapatan. Sebilangan lagi, tidak perasan, mereka hanya syok sendiri.

Sedikit pesanan, penulis Malaysia harus belajar banyak. Sebagai contoh, jika penulis adalah penulis novel genre romantik, jangan tertakluk untuk membaca novel-novel romantis sahaja dalam pencarian ilmu dan pemantapan penulisan. Dunia ini sangat luas skopnya. Penulis tidak akan berkembang jika hanya membaca satu genre pembacaan sahaja. Penulis novel komersial di Malaysia ( maaf cakaplah) agak jarang lari dari kebiasaan dan kebanyakan novel mereka adalah cerita klise yang diubah serba sedikit sahaja. Kalau jalan cerita tidak klise pun teknik penulisan lebih kurang sama sahaja.

Bravo kepada penulis-penulis yang hebat.

Sekian.

Friday, May 2, 2014

Sambung cuti

Hari ini saya bercuti. Sengaja ambil cuti untuk berehat, walaupun kerja saya berlambak di opis. Dan bila mengingat kerja itu, hati saya jadi kecut, tapi saya abaikan. Sesekali saya perlu bersantaian. Bersendirian. Awal pagi saya telah kemas rumah, basuh pinggan, sidai kain dan sebagainya. Ahhh..alangkah nyamannya menjadi surirumah. Tidak perlu fikir banyak-banyak sangat tentang urusan-urusan rasmi. Boleh tidur, boleh main games, boleh menonton TV, boleh tulis blog, boleh segala macam yang terlintas...Asalkan segala kerja rumah telah siap sedia dari awal pagi.

Tiba-tiba....

Saya merindukan tugas saya pula sebagai pekerja. Rupa-rupanya dalam keseronokan menjadi surirumah sepenuh masa, saya rasa amat janggal tidak bekerja. Berbeza sungguh pengalaman menjadi seorang pekerja dengan duduk di rumah.sahaja. Kawan-kawan sayapun semuanya bekerja. Di taman ini semua orang bekerja. Kami hanya jumpa pada waktu petang sahaja ketika menemankan anak-anak bermain. Itupun tidak selalu. Orang-orang di sini tidak biasa bergossip. Itu satu budaya yang saya sangat suka dari dulu. Kalau berborak pun, tidak termasuk mengumpat orang. Biasanya isu-isu semasa sahaja. Minda pun jadi lebih terbuka, tidaklah seperti katak dibawah tempurung. Sikit-sikit nak kecoh.

Amirul Zaquan

Anak jiran saya yang lemas hari Ahad lepas masih belum sedar diri. Amirul Zaquan Amirul Hairi namanya. Emaknya sangat baik dengan saya. Antara jiran terapat kami. Beliau sangat selalu memberi hadiah dan makanan kepada kami. Kadang-kadang Zaquan yang datang hantar ke rumah. Kalau dia dan emaknya ada di taman, saya merasa lega untuk melepaskan anak-anak bermain. Biasanya emak Zaquan yang akan perhati anak-anak saya bermain. 

Tapi sejak kejadian dia lemas itu, hati saya pun jadi tidak keruan. Berdoa agar anak kecil itu sembuh segera. Sedar kembali. Hari Rabu pagi Dr maklumkan, Zaquan sedang meniti fasa yang sangat kritikal, seluruh kaum saudara diminta bersedia untuk menerima apa sahaja kemungkinan. Dijangka hayatnya tidak akan panjang. Terus saya ambil cuti emergency untuk menemankan emaknya di hospital. 

Tetapi kami semua masih mengharapkan keajaiban. Semalam saya datang lagi di ICU, kakinya sudah beri respon apabila dipegang. Saya beritahu, kak Nuri dan abang Hilmi tunggu Zaquan di rumah, nak ajak Zaquan main. Adam dan Aisyah (anak jiran depan) pun tunggu Zaquan. Menitis air mata saya sewaktu membisikkan kata-kata itu di telinganya. Anak-anak saya pun asyik bertanya keadaan Zaquan dan buatkan hadiah untuknya. Hanya menunggu dia sembuh untuk diberikan.

Sembuhlah segera Zaquan. Semua orang menantikan senyuman manismu

Anak-anak saya bermain dengan anak jiran belakang rumah. Jiran yang rapat juga dengan kami. Kadang-kadang Zaquan turut serta bermain.