Wednesday, June 18, 2014

Menulis dalam bentuk short form

Saya sangat rimas dengan orang yang menulis dalam bentuk short form keterlaluan. Terutama sekali di dalam komen-komen. Ya memudahkan, tetapi bila berlebihan akan menyakitkan mata.

Saya tidak marahpun menulis dengan short form, praktis juga sekali-sekala bila perlu, tetapi janganlah keterlaluan sangat. Menulis short form untuk keseluruhan ayat anda hanya akan memburukkan Bahasa Melayu.

Contoh 1

Contoh 2

Rajin dan berdisiplinlah sedikit. Kalau malas sekalipun biarlah bertempat. Malas membaca tapi suka buat kerja senang

Kalau tidak kita sendiri yang menghargai bahasa kita, siapa lagi. Bukankah bahasa itu jiwa bangsa?

Atau ada yang tidak bersetuju?

Wednesday, June 11, 2014

Fotografi murah

Ini namanya rezeki terpijak

Saya bukan jurugambar profesional. Tapi entah macamana, seorang kawan suami berminat untuk mendapatkan khidmat saya sebagai fotografer dalam satu majlis perkahwinan. Majlis yang kecil sahaja dan dia akan membayar saya RM500, katanya. Ternganga mulut sekejap, kerana inilah kali pertama saya ditawarkan sedemikian. Akhirnya, saya kata, saya tidak akan cas apa-apa, cuma dia perlu membayar kos untuk printing sahaja. Deal.

Kerana saya bukan jurugambar profesional dan saya tidak ada gadget-gadget yang canggih itu, cuak juga rasanya. Yang ada hanyalah Nikon D3100 dan Panasonic Lumix GX sahaja. Flash extra pun tarak. Cukup untuk menjadi bahan ketawa fotografer-fotografer profesional lain. Tapi saya gagahkan diri, sebelum keluar rumah habis segala macam doa saya baca untuk memudahkan urusan, harap-harapnya menjadilah kali ini.

Sebelum itu, saya saya ada tanya teknik pada beberapa orang jurugambar yang saya kenal di FB, tapi hampeh, tidak berjawab. Fahamlah saya, bukan senang nak menuntut ilmu dari orang. Mereka bayar ribu-raban beli lense, sampai boleh cecah harga viva sebijik, saya senang-senang tanya teknik pulak, haram, takkan di layan. Sedar diri sikit.

Jadi bagai nak raklah saya di majlis kenduri itu, walau hanya berseorangan tanpa bantuan dan ilmu yang ada sangat sedikit. Snap sana, snap sini, macam terer, tapi tuan rumah dah beri kepercayaan 100 peratus, sayapun kenalah bagi komitment 100 peratus juga. Kali ini saya guna mode manual, dengan ISO 400-1600 di bawah khemah. Aperture? Hancur. Maklumlah, orang baru belajar. Berbaloi juga pergi ke kelas fotografi dulu, tau sikit-sikit, taklah buta sangat.

Habis sahaja majlis, saya pun minta diri. Saya kata jangan bayar sampai siap segalanya. Tapi tuan rumah lebih degil dari saya, sudah menjadi rezeki untuk mendapat RM500, walaupun agak ralat juga. Bukan apa, saya amatur, gambar yang diambil pun bukan cantik sangat. Setakat gadget D3100 dan Panasonic lumix, tidak boleh buat apa, kecuali dengan bantuan photoshop agaknya.

Namun terima kasih tuan rumah itu yang telah beri kepercayaan besar pada saya. Barulah saya sedar, selama ini Tuhan sangat sayang pada saya, banyak punca rezeki yang telah ditunjuk, tapi saya yang tidak yakin atau malas kot? Moralnya, jika rajin, apapun boleh dibuat rezeki. Tapi jangan pula sombong dengan sedikit rezeki yang dikurniakan. Tuhan boleh tarik pada bila-bila masa sahaja. Insaf sikit.

Semoga pengantin itu akan kekal bahagia selama-lamanya di dunia dan di akhirat. Dan semoga saya akan menjadi lebih rajin dan lebih baik selepas ini. Aamin.

Err..gambar pinggan cukuplah ye..siap semua esok saya tunjuk
P/S : Kalau ada sesiapa nak dapatkan khidmat saya, silalah komen. Hanya RM500 berserta photobook, pocket Album (dengan gambar yg sudah di print), dan CD. Ado bran? Ha ha, saya mengalu-alukan, tapi gadget saya hanya nikon d3100 dan pana lumix ye...Jangan harap gambar macam Saiful Nang pulak.

Friday, June 6, 2014

Sabah lagi bah!!!

Sebenarnya saya sangat teruja untuk pergi ke Sabah kali ini. Jadi saya tidak banyak masa untuk buat blogwalking dan sebagainya. Saya pergi bersama keluarga dan sepupu-sepupu suami.

Percayalah, Sabah adalah negeri terbaik untuk perlancongan di Malaysia. Memang insiden Lahad Datu  sedikit memburukkan nama Negeri Di Bawah Bayu itu, tetapi industri perlancongannya tetap tidak terjejas. Sangat rugi jika tiada inisiatif dilakukan untuk memperkukuhkan kebajikan dan kepentingan negeri ini kerana ada banyak negara yang berminat dengan kelebihan mereka.

Entry ini tidak banyak cerita, ia lebih kepada gambar kerana saya sibuk. Motif entry, marilah melancong di dalam negera kita yang tercinta. Malaysia pun punyai banyak tempat menarik!!!

Perjalanan pergi

Saya masih memilih Airline MAS. Ini adalah penerbangan pertama anak-anak bersama MAS. Bagi saya, hatiku tetap bersama MAS. Paling menyentuh hati, kali ini Kaptennya memberi salam dan membaca doa sebelum memulakan perjalanan. Tidak pernah ada penerbangan yang saya naik sebelum ini kapten berbuat begitu (penerbangan lain mungkin ada, tapi tak tahulah). Kapten Rashidi Ishak nama pilotnya, entah bagaimana rupa, teringin pula nak berjumpa. Beliau juga banyak menuturkan perkataan Alhamdulillah dan Insyaallah. Kalau semua pilot Islam sebegini alangkah bagusnya. Kedua-dua pesawat pergi dan balik adalah dari jenis boieng 737-800. Walaupun MAS telah mendowngrade banyak kuantiti makanan, tetapi kualiti perkhidmatan masih sama. Pesawat pergi tiada video, tetapi pesawat balik ada dan banyak cerita untuk di tonton.

Saya gembira bersama MAS, sungguh mungkin ia banyak kekurangan pada masa akan datang, tetapi ia adalah hak milik negara kita. Tidak sama perasaannya dengan penerbangan swasta lain.

Seorang lagi sepupu suami naik direct flight dari Penang ke KK bersama Air Asia. Tiada penerbangan terus dari MAS, jadi hanya itu pilihan terbaik yang beliau ada.