Thursday, July 31, 2014

Selamat hari raya

Saya ingin mengucapkan selamat hari raya puasa kepada semua kawan-kawan, silent reader dan sebagainya
Maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kaki apabila sangat jarang mengusik blog ini
mahupun bertandang ke blog orang lain sejak akhir-akhir ini.
Saya sangat sibuk
Maaf kawan-kawan.

Tahun ini, hari raya sangat menggembirakan kerana dapat berkumpul lagi dengan adik-beradik dan sanak saudara yang sangat dikasihi.
Kami sempoi
Tapi happy
Tidak ada protokol yang menyusahkan dalam hari raya
Anak-anak saya pula seronok sangat sampai taknak balik dari kampung...Haha.. 

Tetapi dalam bergembira kami tidak lupa MH 370, MH 17 dan GAZA.
Anak-anak saya telah wujudkan satu tabung khas dari mereka untuk kumpul duit dan didermakan ke Gaza
InsyaAllah

Kepada kaum keluarga MH370 dan MH17,
Kami juga menumpang sedih dan pilu,
Semoga segala-galanya dipermudahkan dan dibalas dengan kebaikan dari Allah 
 *****************
Lihat saja gelagat anak-anak buah dan anak saya pada malam raya dan malam raya pertama
Memang happening
































Wednesday, July 9, 2014

Pray for Gaza

Semalam ketika Brazil di sayurkan 7-1 oleh German
 Umat Islam di Palestin juga di sayurkan oleh Israel
Tidak terperi kesakitan dan ketakutan yang dilalui 
oleh orang-orang awam yang tidak bersalah ini.
Terutamanya kanak-kanak

Marilah kita berlindung kepada 
ALLAH YANG MAHA BESAR
Berdoalah agar mereka di rahmati dan diberi kekuatan
 Sumbangkanlah apa yang termampu untuk meringankan beban mereka
Jika tidak mampu dari segi kewangan, sumbangkanlah doa yang ikhlas

Amin Ya Allah Amin

Aman Palestin