Wednesday, January 7, 2015

Banjir 2014/2015 - gambar

Hebat benar dugaan banjir kali ini. Tidak pernah negara mengalami tragedi banjir sedasyat itu. Kesannya sama seperti tsunami yang berlaku sepuluh tahun yang lepas di Aceh. Tarikhnya pun lebih kurang sama dan tempat paling terjejas juga berlaku di kedua-dua negeri yang dianggap sebagai keramat serambi Mekah. Macam-macam pula andaian dan persepsi yang diterbitkan.

Tuhan turunkan semua ini pasti ada sebabnya, sepatutnya kita lebih insaf, bertanggungjawab, bersatu padu dan berkerjasama. Namun ada juga yang tidak sedar, masih bongkak, sedia menabur-nabur fitnah, mengambil kesempatan dan sibuk mencari kesalahan orang lain. Saya tidak ingin mengulas panjang. Semoga selamat segala bantuan sampai kepada yang memerlukan. Semoga bertambah baiklah negeri-negeri yang mengalami banjir ini, bukan setakat di Kelantan sahaja, tetapi di Perak, Terengganu dan Pahang juga.

Kampung emak mertua saya di Pulau Tiga, Kampung Gajah, Perak turut terjejas kali ini. Tetapi tidaklah seteruk yang melanda pantai timur. Air hanya setakat betis sahaja. Itupun selepas kali terakhir banjir yang berlaku pada tahun 1967. Mujur sahaja rumah-rumah di Kampung Gajah banyak dibina tinggi-tinggi (satu kebiasaan orang Perak). Namun bukan senang nak mengemas banjir, biarpun tidak setinggi mana. Siapa yang terkena, fahamlah.

Berikut adalah petikan ayat-ayat dari Raja Shamri, orang yang sangat aktif dalam misi kemanusiaan sepanjang banjir ini. Seorang OKU berhati waja dan patut dicontohi. Berikutnya pula gambar-gambar banjir yang sempat di rakam di Pulau Tiga Kampung Gajah. Selepas seminggu, ada diantara rumah-rumah itu yang air masih tidak surut. Video terakhir menunjukkan betapa derasnya air bah yang melanda di Pasir Salak.

Raja Shamri :

Terlalu banyak untuk di komen atau di tulis selepas 10 hari misi bantuan banjir besar-besaran yang saya mulakan pada 26 Disember yang lepas. Lidah jadi kelu namun hati makin membara ...
Bukan sahaja kerana kemusnahan itu skalanya sangat besar .. lebih dari itu adalah kerana masih ada yang tidak berjaya menginsafi, mengambil iktibar, dan berubah dengan sedikit teguran dari Allah ini ...
Sesungguhnya hidayah itu kerja Allah ...

Kepada sukarelawan ... 

Fahamilah bahawasanya kita takkan mampu selesaikan masalah mangsa banjir ini walaupun kita gerakkan sebesar mana jentera sekalipun ... kerana kemusnahan banjir ini skalanya adalah sangat besar ... saya anggarkan kerugian boleh mencecah berbilion ringgit ... Apa yg boleh kita lakukan adalah meringankan beban mangsa ... kita tak boleh pastikan semua mangsa dapat bantuan ... kita cuba ... jika tercicir itu adalah ujian Allah untuk kita dan juga untuk mangsa ... dan kita tak perlu kelam kabut ... kerana musibah ini bukan sahaja untuk mangsa tetapi Allah turunkan juga untuk kita agar kita sama2 berfikir dan ambik iktibar ...

Teruskanlah membantu setakat yg mampu ...

Cuti sekolah masih berbaki dan bawalah anak2 untuk melihat penderitaan dan kesan kemusnahan ... bagaimana air bah boleh naik setinggi puncak bukit gunung stong ... satu level dengan puncak bukit ... bagaimanakah keadaan rumah2 dan perkampungan yg berada di kaki bukit ... maha dahsyat ...
Datang dan bantu setakat yg termampu ... bukan selesaikan masalah tapi menyempurnakan tuntutan Allah terhadap saudara seagama. Bukan mencari salah tetapi menginsafi kesilapan ... Menegur kelemahan agar ianya tidak berulang. Menggembeling tenaga dan sumber agar usaha di permudahkan.

Jika ada pusat bantuan banjir yang tidak mengagihkan bantuan dengan baik / membezakan agihan berdasarkan warna politik maka itu yg Allah mahu kita lihat / tahu dan fikir tak perlu melenting ... tak perlu cemas. Jika ada penghulu PAS dan Penghulu UMNO yang sekat pickup misi bantuan banjir dan kumpul barang2 bantuan di rumah mereka dan bahagikan kepada kroni masing2 itu yg Allah mahu kita lihat / tahu dan fikir tak perlu melenting ... tak perlu cemas.

Jika masih ada kedengaran kawasan2 yg masih tidak menerima bantuan selepas 3 minggu mereka dilanda musibah ... fikirkanlah logik ke tak ... jangan cemas.

Jika ada kedengaran mangsa2 yg bersikap tamak dengan berpura2 belum menerima bantuan walhal di rumahnya ibarat sudah menjadi gudang makanan maka itu yg Allah mahu kita lihat / tahu dan fikir tak perlu melenting ... tak perlu cemas.

Jika ada tuan / tuan call saya tak dapat semej tak berjawab wussup tak bebalas ... maka itu yg Allah mahu kita lihat / tahu dan fikir tak perlu melenting ... tak perlu cemas. Datanglah bantu saya kerana itu bermakna saya semakin sibuk ... keadaan makin sukar... bukan mencari salah dan tidak menyumbang sesuatu ... 

Jika ada ... jika ada ... jika ada ...
Bukankah kita semua ini tentera-tentera Allah??!
Allah yg pilih kita ... tak perlu kita merungut dan putus asa.

Bangkitlah saudaraku
Bersama saya ... kita lakukan setakat yang kita mampu. Kita sumbangkan apa yg terdaya ...


Raja Shamri Raja Husin
Besut Terengganu.]
6 januari 2014 Selasa.






































video

12 comments:

  1. Pasca banjir kali ini membuka mata banyak pihak bukan saja rakyat marhaen Zila. Itulah salah satu hikmah yg jelas bila semuanya terlibat sama dalam menangani musibah yg melanda.

    ReplyDelete
  2. Selalu jugak ikut perkembangan banjir di page Raja Shamri tue.. sedih tengok mereka yg terjejas akibat banjir nie.. Semoga mereka semua tabah hadapi ujian ini..

    ReplyDelete
  3. akak terpikir bagaimana anak2 kat sana nak mulakan sesi persekolahan..

    ReplyDelete
  4. Pada pandangan saya, disebalik bencana besar ini, turut tersirat bencana yang lebih besar melanda di dalam jiwa masyarakat kita. Pada saat ini, turut tersingkap sisi buruk masyarakat kita dalam menguruskan keadaan selepas bencana. Ada ramai pihak yang bersikap menangguk di air yang keruh di saat genting sebegini.

    ReplyDelete
  5. Semoga kita diberi kesedaran untuk mengambil iktibar daripada musibah ini

    ReplyDelete
  6. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.. Memang banjir kali ini agak luarbiasa. semoga semua mangsa tabah dan kuat menghadapinya. Sama2 kita membantu dan muhasabah diri.

    ReplyDelete
  7. Zila, sehingga ana menulis diruang ini, banjir di Kampung Gajah masih belum surut sepenuhnya, rumah mak saudara disana ditenggelami air bah..semoga dipermudahkan mereka semua yg sedang menghadapi ujian ini .

    ReplyDelete
  8. Hebat sungguh dugaan yg menimpa saudara kita d cna..moga mereka sntiasa d beri kekuatan mnghadapinya

    ReplyDelete
  9. Semoga sentiasa diberi ketabahan serta perlindungan sebaiknya buat semua mangsa banjir. Mudah2an segalanya dpt pulih segera... aamiin ya Allah... aamiin..

    ReplyDelete
  10. semlm my kakak pi bagan datok , masih ada lagi sisa banjir katanya ... kena muhasabah diri kenapa Allah takdirkan ianya berlaku ...

    ReplyDelete
  11. berat dugaan.. semoga semuanya tabah hati..

    ReplyDelete