Tuesday, January 13, 2015

Pengalaman di Oceanarium Melaka.

Agak pening juga saya memikirkan kemanakah harus membawa anak berjalan cuti sekolah. Saya tidak mahu percutian yang menggunakan bajet yang besar. Biarlah percutian yang sederhana sahaja asalkan anak-anak gembira. Ikut perancangan asal, kami dah bersetuju untuk ke Langkawi, tetapi kemudian saya tukar rancangan itu ke Cameron Highland. Namun yang itupun saya batalkan sebaik sahaja Cameron Highland dilanda tanah runtuh (walaupun saya telah booking satu bilik hotel). Sudah-sudahnya kami memilih bercuti di Melaka sahaja. Boleh juga melawat emak dan kakak saya di Teluk Mas. Kebetulan pula pengasuh anak mengadakan kenduri kahwin di Tangkak Johor, jadi, kena sangatlah dengan harinya. Hari pertama percutian itu, kami tidur di rumah kakak saya sahaja. Seronok benar anak-anak bermain dengan sepupu-sepapatnya.

Esoknya kakak saya  mengajak kami ke Oceanarium yang baru sahaja di buka di Melaka. Oceanarium ini adalah pusat akuarium yang agak sederhana besar. Ia berusaha untuk meniru seperti Aquaria di Singapura, atau mungkin juga seperti aquaria KLCC. Tetapi saya tidak pernah masuk ke Aquaria KLCC. Saya hanya pernah melawat Aquaria Singapura beberapa tahun yang lepas.

Sebelum masuk ke tempat ini, saya sudah mempunyai satu perasaan bahawa ia tidak akan setanding dengan Aquaria Singapura. Dan telahan itu memang tepat. Walau bagaimanapun adalah tidak adil jika membandingkan Aquaria Singapura dan Oceanarium Melaka. Ini kerana grednya sangat berbeza. Ia umpama membandingkan tiket bisnes class dan tiket ekonomi.Walau bagaimanapun, ia masih merupakan tempat yang menarik untuk dikunjungi jika anda belum mempunyai pengalaman masuk ke mana-mana pusat akuarium yang besar.

Harga tiket

Oleh kerana masih baru dibuka, harga tiketnya diberi diskaun sebanyak 20%. Tiket untuk dewasa ialah RM 28 dan kanak-kanak RM 18. Jadi setelah didiskaunkan, ia berjumlah 22 dan 16 ringgit. Boleh beli tambahan makanan haiwan untuk diberi semasa di dalam nanti. Tak silap saya, sepeket berharga RM10.

Kedudukan

Oceanarium ini terletak di dalam bangunan  The Shore di tengah-tengah bandar Melaka. Sangat mudah mencarinya. Sebaik masuk ke Bandaraya melaka, anda dapat melihat bangunan ini yang sangat tinggi. Di dalamnya turut menempatkan pasaraya dan hotel Swiss-Garden. Oceanarium terletak di tingkat dua.

Tiket dibeli dari kaunter pintu masuk. Bersama-sama tiket ini disertakan satu borang peraduan. Jadi sepanjang pengembaraan dalam aquarium itu anda hartus memerhati dengan baik untuk menjawab soalan. tetapi ia sebenarnya hanyalah untuk seronok-seronok sahaja, jawapan yang salahpun akan diberi hadiah juga, iaitu key-chain.

Bermula dari pintu masuk itu, kita akan menyaksikan pelbagai haiwan hidupan laut yang diletakkan didalam akuarium-akuarium dinding. Ada disatu bahagian, kolam terbuka menempatkan hidupan laut yang boleh dipegang seperti tapak sulaiman dan labi-labi. Disini boleh beri makanan haiwan, tetapi mesti beli dulu semasa diluar tadi. Saya tidak beli pun, kerana merasakan tidak perlu. Terpulanglah kepada anda pula.

Perjalanan dari mula sehingga ke akhir akuarium itu tidaklah mengambil masa yang panjang. Mungkin tidak sampai setengah jam. Tapi kalau banyak berhenti, akan ambil masa yang lebih. Katanya, terowong akuarium ini adalah yang terpanjang di dunia, iaitu sepanjang 160 meter. Tetapi perjalanan keseluruhan dalam Akuaria Singapura lebih panjang rasanya, jenuh berjalan, macam tak sampai-sampai.

Sepanjang perjalanan di dalam Oceanarium ini anda akan saksikan banyak hidupan laut. Ada satu balang akuarium yang besar dan tinggi menempatkan banyak ikan. Manakala perhentian yang terakhir ialah kawasan kolam terbuka yang di dalamnya penyu berenang-renang bebas.

Sebaik habis menjawab semua soalan kuiz tadi, anda boleh keluar dan berpatah semula kekaunter untuk redeem hadiah berupa key chain.

Komen

Betul, Oceanarium Melaka tidak setanding Aquarium Singapura. Mungkin grednya hanya 4/10 sahaja dari Singapura itu, tetapi anda harus tahu, kos untuk masuk ke Aquarium Singapura sangat mahal (hampir empat kali ganda). Segala-galanya juga sangat mahal di sana. Anda mesti buat passport dan macam-macam lagi. Jika hendak sabit tentang puas hati, memanglah Aquarium Singapura itu sangat puas hati, kita dapat lihat ikan pari yang melayah-layah seperti lelayang besar, ikan lumba-lumba yang melanggar dinding, memijak kaca-kaca cermin yang dibawahnya terdapat ikan-ikan berenang dan menyaksikan obor-obor pelbagai jenis (umpama berada diperut laut). Tapi semua itu harus dibayar dengan kos yang tinggi, jadi Oceanarium ini dapat menjadi alternatif untuk merasa pengalaman menarik itu. Cuma, pemiliknya harus menambah baik kualiti air yang agak sedikit keruh, itu sahaja.


































16 comments:

  1. seronoknyaa kakak dan abang pi jalan2 tuu..bestnyaa uncle pun nak pi lahhh macamni ;-)

    ReplyDelete
  2. Heee... kakak tak tahu pun Zila. Baca entri Zila baru kakak tahu. Pergi jenjalan ke Melaka pun tak tahu. Lain kali bolehlah jenguk-jenguk.. Nampak cantik juga tu.

    ReplyDelete
  3. Seronoknya... saya belum pernah sampai ke sini lagi.Nnti boleh juga berjln sekeluarga ke sana. Thanks sharing Zila.. menarik.. :)

    ReplyDelete
  4. Walau macam mana pun, pada pandangan saya Oceanarium Melaka ni masih lagi tempat yang menyeronokkan bagi seisi keluarga meluangkan masa bersama. Lagipun, harganya masih lagi berbaloi.

    ReplyDelete
  5. Lya x pernh lgi mnjejakkan kaki me tmpt mcm ni, memg mnarik

    ReplyDelete
  6. Zila , ana ni aquaria klcc pun tak pernah masuk lagi,lepaskan anak2 dulu ikut rombongan sekolah, tepat sekali kos penyelenggaraan dan kos pembinaannya memang tinggi,pastinya ia masih baru dan tentu akan ada penambahbaikannya dari semasa ke semasa kelak, satu pengalaman yang menarik buat anak2 :)

    ReplyDelete
  7. Dari gambar ini, memang jelas ianya amat jauh berbanding Aquarium Singapore atau Aquaria KLCC. Namun ianya tetap menjadi tarikan utk dilawati... Wajib singgah bila ke Melaka nanti ni...

    ReplyDelete
  8. Ros tak pernah pi lagi ni. Yang Aquaria klcc tu dah pernah pergi ;)

    ReplyDelete
  9. kat klcc pun saya x pernah gi lagi . tapi harga di melaka berbaloi utk dilawati ... klu balik johor , boleh la singgah ...

    ReplyDelete
  10. macam menarik.. saya cuma pernah masuk akuarium yg kat langkawi tu je..

    ReplyDelete
  11. salah satu lagi daya penarik di melaka...kalau ke melaka, boleh la ke sini...thanks for sharing...^_^

    ReplyDelete
  12. Follow your blog ye sis.. menarik sangat.. saya suka baca blog travel.. bole cari idea.. yang penting nak berjalan perlu bajet =)

    jgn lupa singgah blog saya..
    http://mummynabeela.blogspot.com/

    ReplyDelete
  13. hopefully ada lg hrg promo cuti 1 mei ni.. 😊

    ReplyDelete
  14. Menariknya. This coming october berhajat nak stay di swiss garden tu. Boleh la ke sini trus. Thanks for sharing! =)

    ReplyDelete
  15. InsyaAlkah sekejap lagi kami sekeluarga akan pergi
    Saya tahu tentang akuarium imi semasa menonton tv tapi tak ingat program apa

    ReplyDelete