Tuesday, January 27, 2015

Pengalaman di Water Park A Famosa Resort


Tiket 

Sebelum membeli tiket saya sudah survey banyak kali. Kami bercadang untuk mandi pada hari Isnin bagi mengelak crowd. Tapi kerana bertangguh-tangguh dan lupa, hari Jumaat baru nak beli secara online. Sudahnya tidak jadi, kerana pembelian online memerlukan dua hari bekerja sebelum tiket boleh di redeem (mujur saya baca dengan jelas syarat-syaratnya).

Pagi-pagi lagi hari Isnin saya sudah beratur dihadapan kaunter A Famosa Water Park itu. Pada mulanya kami bercadang membeli tiket combo Water Park dan Safari, tapi mengenangkan ada kemungkinan tidak cukup masa untuk masuk ke Safari, jadi saya beli tiket Water Park sahaja. Mujur juga, kerana habis mandi pukul 2, hujan lebatpun turun, memang tak akan pergi ke Safarilah kalau begitu.

Tiket pembelian secara walk-in ini disertakan dengan makan tengah hari. Agak jimat, kerana makanan luar tidak dibenar masuk. Tetapi pembelian secara online ada pilihan tiket ala-carte tanpa makanan. Walau bagaimanapun, nanti kena beli juga, terutama untuk anak-anak, kerana mesti mereka lapar lepas mandi.

Rujukan harga tiket disini

Locker

Locker kecil dan besar disediakan untuk kemudahan pengunjung menyimpan barangan seperti handbag, kunci dan sebagainya. Ada yang berani simpan barang berharga, ada yang tidak berani. Terpulang masing-masing. Saya simpan semua barang berharga, termasuk duit. Alhamdulillah, selamat. Locker kecil berharga RM4, yang besar berharga, err..lupa pulak. heh heh. Tapi awas, sekali locker ini tertutup, anda tak boleh buka. Kalau buka juga dan nak tutup balik, kena bayar harga baru. Jadi jangan sekali-kali tertinggal resit pelampung, makanan dan sebagainya di dalam locker itu. pastikan anda hanya tinggalkan barangan yang tidak diperlukan sahaja.

Makanan

Makanan boleh didapatkan dari kaunter sebelah pelampung. Peak hour mungkin meletihkan untuk beratur. Saya ambil makanan pada pukul 2.30 petang. Sudah tak ramai orang, sedang elok sangat. Hari itu pun weekday, bukan weekend. Pada weekend mungkin lebih ramai lagi.

Hanya tunjukkan resit sahaja dan pilih apa makanan yang dikehendaki. Pilihan yang ada ialah nasi dan kari ayam/nasi dan ayam kicap/nasi dan ayam halia dan bubur nasi. Alhamdulillah, mengenyangkan dan boleh tahan sedap. Air boleh pilih air tin atau mineral.

Kalau makanan itu semua tak cukup, ada lagi kedai makanan lain boleh tambah. Sediakan duit saja.Memang ada beberapa gerai di bahagian dalam menjual makanan. Tapi harganya agak mahal dari luar.

Bahagian mandi

Ada beberapa kawasan di sini. Yang dewasa, saya tidak jejak kaki langsung. Jenis jenis permainan  meluncur laju dan tinggi ini saya tidak berapa berkenan sangat. Mak tekanan darah rendah, cepat pitam kalau terkejut. Haha. Roller Coaster di USS Singapura pun saya tidak berani naik.

Kawasan khas kanak-kanak ada dua bahagian, di sebelah atas sikit ada taj mahal dan sebelah bawahnya sama sahaja seperti permainan air yang lain. Di taj mahal itu ada gelongsor yang agak tinggi juga. Saya cuba naik, berderau darah. Rupanya emak-apak tak dibenar naik, hanya untuk anak-anak sahaja, dah turun baru tahu. Ramai juga emak apak yang tumpang main gelongsor itu, tapi life guard tidak kisah pun.

Di sebelah bawah lagi ada kolam seperti pantai yang biasa. Di sekelilingnya sungai buatan yang tenang, cetek dan boleh menyusur, sesekali ada hentaman ombak besar yang dinanti dan disukai oleh ramai pengunjung.

Pelampung dan cabbana (pondok)

Ada dua jenis pelampung. Single dan berkembar dua. Yang single, sewanya ialah RM 8. Yang double RM 10. Perlu bayar deposit yang akan dikembalikan selepas memulangkan pelampung. Jaga-jaga pelampung itu, jangan sampai kena curi (ada juga yang tangan panjang) dan pastikan sticker di tangan tidak hilang.

Cabbana adalah pondok-pondok disekeliling waterpark. Pondok ini ada bayaran sewanya.

Info :

Facilities:
Locker Rental
Small locker: RM4/usage
Big Locker: RM12/usage
Tube Rental:
Double Tube: RM 10 (rental) + RM 10(deposit)
Single Tube: RM 8 (rental) + RM 8(deposit)
Cabana Rental:
Weekday : RM 70 / usage + RM 50 (deposit)
Weekend/Public Holiday/School Holiday: RM 130 / usage + RM 50 (deposit)
*First come first serve basis

Penginapan

Dulu saya pernah menginap di sini. Hotelnya agak selesa. Ketika itu menginap di apartment tiga bilik. Satu master bed room dua katil Queen, lagi dua bilik pun master bed room katil Queen juga. Tapi ada pilihan lain, apartment dua bilik dan apartment studio. Apartmentnya dilengkapi kolam renang. Ada juga vila dan banglo. Saya tidak pernah menginap di vila dan banglo itu..

Harga bilik pada hari cuti agak mahal juga. Tidak banyak penerangan boleh dibantu di sini. Tapi ada satu pakej yang memberi bilik + Tiket safari dan Oldwest, hanya berharga RM 90. Yang ini mesti dibeli minimum 4 orang. Jadi, 4 orang baru RM360. Ok juga tu. Cuma Waterpark, kena beli lainlah.

Tapi saya lebih selesa menginap diluar, terutama di Bandar Melaka dan kita ada pilihan melawat berbagai tempat perlancongan lagi.

Komen

Water Park di sini jujurnya sama sahaja dengan lain-lain waterpark besar di negara ini. Kita ada Gold Coast Morib, Gambang Waterpark, Legoland, Sunway Lagoon dan beberapa lagi. Ia terpulang kepada penilaian masing-masing. Ada yang tidak suka A Famosa Resort, ada yang suka, ada yang suka Gold Coast dan sebaliknya juga. Tanggapan umum adalah subjektif. Tapi pemilik-pemilik ini harus menjaga kebersihan dan mesra pelanggan mereka. Itu yang membezakan perkhidmatan mereka. Macam di Afamosa Water Park ini, ada beberapa bahagian yang airnya agak kotor dan peralatannya sudah agak lama. Tetapi overall, ia masih menyeronokkan.

Parking

Parking disediakan di dalam. Pada hari cuti parking sangat penuh dan ada kawasan diluar yang dibuka. Cuma kena berjalan agak jauh sedikit.  Bayarannya adalah RM3 sahaja.

Keselamatan

Jika membawa anak-anak kecil, sentiasa perhatikan mereka. Jangan sekali-kali lepas pandang dan biarkan mereka mandi sendiri. Kadang-kadang, bila dah ramai, ada ibu bapa tidak perasan kemana anak mereka pergi. Ada kes anak lemas di depan orang ramai tetapi tiada siapa perasan kerana masing-masing sibuk dengan hal masing-masing. Jadi berhati-hatilah dan jangan mandi sewaktu hari sedang kilat (disini mungkin life guard tidak benarkan mandi ketika kilat, untuk keselamatan).





















13 comments:

  1. budak2 memang sukakan tempat2 mcm ni,kan Zila..

    ReplyDelete
  2. wah...bestnya.saya tak pernah ke sana, so thanks for the tips ye.manalah tau sampai suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  3. seronoknyaaaa... last pegi taman tema air macm nie dekat gambang beberapa tahun lepas. hahaha..

    ReplyDelete
  4. nice sharing Zila, detail sangat..amboi seronok berendam anak-anak kan :)

    ReplyDelete
  5. dah lama tak pi mandi manda...mcam best jer tempat ni..kali terakhir pi wet world batu pahat...

    ReplyDelete
  6. Happeningnya nampak ni Zila.. tempat macam ni ofcos la budak2 yang tersangat happy, bila anak happy, kita pun ikut happy.. lama dah tak kesini.. tentu dah banyak sangat perubahan..15 tahun ade rasanye.. huhuu

    ReplyDelete
  7. Harga dia ni kira boleh tahan jugak la jika dibandingkan dengan Sunway. Boleh jugak nak bawak anak-anak mandi ke sana satu hari nanti.

    ReplyDelete
  8. Wahh menarik... seronoknya. Thanks sharing Zila.. :)

    ReplyDelete
  9. Semakin menarik la tempat nie.. last time farah datang biasa2 jer.. bagus la dah upgrade..ala sayangnya akak tak sempat masuk safari dia.. best jugak tempat tue akak... =D

    ReplyDelete
  10. Nak tanye la. Akk pergi waktu weekday kan? Semua permainan bukak ke?

    ReplyDelete