Thursday, January 8, 2015

Restoran Oriental Park Senawang

Beberapa minggu lepas, saya dan kawan-kawan mengadakan aktiviti makan malam bersama-sama di Restoran Oriental Park Senawang. Tempat ini agak popular kerana ianya halal dan sedap. Ia terletak di Seremban Dua, tidak jauh dari highway PLUS. Kalau dari KL, hanya kira-kira sejam. Nak mencari pun tak susah. Pada yang merancang makan besar bersama keluarga, tempat ini sangat sesuai. Tetapi terpulang juga kepada selera individu. Ada yang suka makanan cina, ada yang tidak suka. Kategori saya, universal. Semua boleh, asalkan halal.

Makan makanan cina dalam skala yang besar bukan sesuatu yang luar biasa buat saya. Sebelum ini, kebanyakkan dinner di hotel akan menyediakan makanan jenis ini, kerana ia sesuai dan mudah untuk disediakan dalam kuantiti yang banyak (dan mungkin juga lebih murah). Tetapi makanan laut yang paling banyak pernah saya makan ialah semasa di Sabah, sampai pening-pening lalat nak menghabiskan. Ada suatu ketika, dari tengahari sampai ke malam, beberapa hari kami makan makanan seperti ini sahaja. Untung menumpang rezeki orang lain, Alhamdulillah.

Ada banyak set di Reatoran Oriental Park ini, Set Ayam, Daging, Ikan, Sayur dan pilihan makanan panas seperti nasi goreng dan sebagainya. Ada kuantiti Small, Medium dan Large bagi makanan tertentu. Tetapi awas, smallnya, bukan small segenggam ya, smallnya kategori boleh makan 5 orang. Jadi yang large, lebih lagi. Saya ingat, kalau order satu set ikan dan tambah 3 set makanan lain seperti udang, sotong atau ayam pun sudah boleh makan sampai 5 orang. Nasi goreng semangkuk besar gitu, bukan sepinggan hokeh. Harganya diantara 12 hingga 24 ringgit satu pinggan. Tetapi ikan dan ketam bergantung kepada harga semasa. Kesukaan saya ialah ikan masak masam manis dan butter prawn.

Kerana lapar, kami telah terlebih order, sampai akhirnya terpaksa tapau balik. Esoknya saya sarapan dengan ikan masam manis dan ayam honey. Apapun jangan membazir. Kalau tak habis sila tapau dan buat macam geng kami.

Untuk maklumat lanjut disini dan disini


















13 comments:

  1. Mrs. A dan gang office pun suka makan kat sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Senang nak cari kan...Untung siapa duduk Seremban..hihi

      Delete
  2. SA x pernh lagi makan kat sini..mcm mana dengan harganya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Share ramai-ramai tak mahal sangat, makanannya pun banyak...Rate tu susah jugak nak cakap, sebab banyak kategori, tapi antara RM12-24 utk hidangan biasa. Utk ikan dan ketam harga pasaran

      Delete
  3. keluarga saya tak suka makanan cina..huhuhu

    ReplyDelete
  4. hehe tu dah ala2 makan besar dah tu

    ReplyDelete
  5. Che Mid suka chinese..tapi tempat yang selalu pergi tu sesak sangat...nak ke Seremban dari Klang..fullamak!

    ReplyDelete
  6. Tq Zila, kalau singgah ke Seremban bolehlah cari, masakan Cina memang sedap dan menyelerakan :)

    ReplyDelete
  7. Wahh menarik.. meriah & hidangan pun nampak mmg menyelerakan.. Nak singgahlah nanti klu ada kelapangan ke sana.. mmg kena singgah ni. Thanks sharing Zila.. :)

    ReplyDelete
  8. sesekali tukar selera mkn masakan cina mmg best ... mmg besar2 portionnya tu ...

    ReplyDelete
  9. seronok makan-makan dengan kawan kawan..
    CT on ajeee makan pape pun yeeeeha..

    ReplyDelete