Sunday, January 11, 2015

Yang salah bukan K-Pop

Belum reda isu banjir, masih banyak rumah yang hancur, sekolah dan masjid belum dibersihkan dan jalan-jalanraya juga penuh selut. Manakala QZ8501 aru sahaja dijumpai bahagian ekornya, belum lagi habis siasatan.

Entry saya kali ini sepatutnya pendek sahaja (sepatutnya...).

Saya pun peminat K-Pop (walau bukan peminat tegar). Juga saya pernah muda remaja, melalui zaman-zaman seperti itu. Cuma zaman saya dulu, bukan K-Pop, tapi T-Pop dan J-Pop (Taiwan dan Jepun).

Industri K-Pop sangat bagus. Malah sesetengahnya lebih bagus dari Hollywood sendiri. Pembuat filem dan lagu mereka benar-benar menjiwai kerja-kerja seni itu. Banyak juga tauladan yang boleh diperolehi. Malah mereka lebih bersantun dalam kehidupan seharian berbanding orang melayu sendiri (walaupun mungkin tidak semua).

Isu gadis tergila-gila artis Korea sampai sanggup memeluk mencium mereka ini rasanya bukan isu baru. Dulu Shahrukh Khan pun pernah buat begitu juga. Besar kontrovesinya.

Shahrukh Khan dan K-Pop tidak salah. Yang salah ialah peminat itu sendiri. Kenapa pula hendak berlebih-lebihan sampai memalukan diri. Sangat janggal.

Kita tutup sekejap cerita tentang gadis itu. Mungkin dia terlalu teruja sampai hilang ingatan sebentar. Maafkanlah dia. Jangan mengeji berlebihan. Yang mengeji pun pastinya ada saudara mara perempuan juga. Mana tahu, akibat mulut jahat sangat, nanti Tuhan turun bala pula baru tahu. Doakan sahaja yang terbaik untuk dia.

Tapi sebut isu memulaukan industri K-Pop, itu melampau sangat. Bodoh juga orang yang mencadangkan begini ya. Ia bukan salah industri K-Pop itu. Ia adalah kesalahan individu. Kalau tidak ada K-Pop pun, yang jahat tetap jahat juga. Yang miang pun tetap miang juga. Tidak ada kena-mengena langsung.

Jadi pilihan saya, saya tidak menyokong langsung pemulauan industri K-Pop itu. Janganlah buat keputusan yang bodoh lagi.

Sekian.

17 comments:

  1. Tau xpe kak zila...dr smlm lagi sally kena bash hanya sbb sally min at cnblue...haihhh...masalah! Tu belum yg hina, perli dalam status dorang...sakit hati ni Allah je yg tau...kita yg dok diam-diam pun terpalit sana...

    ReplyDelete
  2. betul tu kak.. kita minat ada batas. tahu mana perlu mana tidak cukuplah. minat dengar lagu and so on and selebihnya diri sendiri lah yang decide. semuanya terletak pada diri kita. diorang tu mmg culture nya begitu. diorang bukan tahu halal haram. kita yang tahula kena tegakkan..

    ReplyDelete
  3. so true kak zila, kita pun pernah muda...muzik tu tak salah..tak semua peminat macam tu.mungkin gadis tu terlupa sebab excited sangat..

    ReplyDelete
  4. sya akui sy peminat tegar KPop yg dh melebihi 10 tahun.. apa yg utama ialah respect each other interest. Dulu masa Kpop mula bertapak, zaman rock kapak diperjuangkan. Tiada siapa menjadikan trend pakaian dan accessories yang melampau pada zaman rock kapak itu sebagai issue.. Mgkn sebab ketiadaan internet pada masa itu dan hanya mengharapkan media berita bacaan semata. Saya dah lama mengulas penularan Kpop di Malaysia di laman blog saya. Harap kepada sesiapa membaca memahami Kpop is only music genre.

    http://nurulsyuhadamelor.blogspot.com/2014/06/sejarah-penularan-pengaruh-kpop-di.html
    http://nurulsyuhadamelor.blogspot.com/2013/05/erti-cantik-masyarakat-korea-selatan.html

    ReplyDelete
  5. exiceted sangat dapat jumpa..apatah lagi dipeluk sebegitu...memang lupa diri la sekejap..

    ReplyDelete
  6. bagi saya , wpun banyak rakyat msia ni dah intelek dan berpelajaran tinggi tapi pemikiran mereka masih dok tang tu . kenapa saya kata begitu ? budak tu dipeluk atas kerelaan sendiri dan x rasa malu atau berdosa . jadinya , biarlah ibu bapa mereka serta ahli keluarga yg uruskannya . dah tentu mrk tahu hukum hakam ... bagi kita yg melihat ni , tak perlulah sampai memaki hamun . dpt dosa jer . ni tdk ,pung ang pung pang mcm mrk x pernah buat dosa sdgkan ayat yg mrk hamburkan saja sudah memberi dosa ... aduhaiiii .

    ReplyDelete
  7. Itulah peri pentingnya memupuk iman pada diri.
    Jika iman tak dibaja tak mustahil semua ini terjadi hatta bukan Kpop sekalipun.

    ReplyDelete
  8. Saya setuju dengan awak Zila... kalau gadis2 tu tak naik kepentas tak jadi insiden peluk memeluk dan cium mencium tu. Artis K-Pop tu dah tentu bukan Islam dan mereka tak tahu batas-batasnya. Alaaa dulu pernah jugak kecoh bila Anuar Zain di peluk dan di cium peminatnya yang rata2 terdiri dari isteri2 dan ibu2 orang... nampakkkk... bukan Anuar yang peluk atau cium tapi peminatnya yang peluk dan cium dia... artis tu layan jelah kan sebab sumber pendapatannya dari peminat... pada saya peminat/penonton ni yang harus menjaga diri... kita faham... orang kalau dah 'terlalu' meminati ni... rela buat apa saja dan 'merelakan' di perlakuan...

    ReplyDelete
  9. Kecoh betul isu ni kat mesia sosial sampai menteri pun keluarkan komen. Mungkin inilah realitinya dan wajar buat kita dan mereka yang berkuasa berbuat sesuatu sebelum terlambat...

    ReplyDelete
  10. Kalau dah gedik tu, gedik jugak. Tak kira la genre muzik mana yang diminatinya. Hatta, kalau minat irama tradisional sekalipun, ia bergantung pada cara pembawakan individu tersebut.

    ReplyDelete
  11. stuju jugak.. yg betul2 salah adalah peminat yg melampau batas. tapi bg saya nk kata kpop tak salah, kpop tu sendiri sejenis hiburan. yg pnting hiburan jgn melampau, jgn berlebih-lebihan.. :)

    ReplyDelete
  12. mungkin sekarang gadis itu menyesali tindakan dia....kita doa yang baik2 saja..

    ReplyDelete
  13. setuju sangat pendapat Zila,bila satu jari menuding kepada orang lain, empat jari kembali kepada kita, suka salahkan orang lain, yang disebaliknya tidak diperhatikan dengan dalam.. didikan anak-anak bukan kerja orang luar tetapi dari kita sebagai ibu ayah.. Wa Allahu A'lam..

    ReplyDelete
  14. Betul.. bukan salah K-pop.. masalahnya, individu tersebut yg terlalu taksub hingga menjatuhkan maruah sendiri, agama dan juga budaya kita hhmmm...

    ReplyDelete
  15. Lepas satu isu, satu isu lain yang timbul..

    ReplyDelete