Friday, February 6, 2015

Jogjakarta 3 - Hotel Grand Quality dan Pasar Malioboro

Selesai tugasan kerja hari pertama, kami pun dibawa ke hotel penginapan, iaitu Hotel Grand Quality, di tengah bandar. Se'Grand' namanya, ia adalah hotel yang amat menarik. Setiap malam dari pukul 8 sehingga 10, pengunjung di hiburkan dengan nyanyian lagu-lagu tradisional diraja Jawa. Terasa seperti masih berada di zaman penjajahan kolonial Belanda. Saya pula memiliki banyak koleksi buku-buku HAMKA, jadi sentiasa terbayang-bayang zaman dulu-dulu di Indonesia. Hotel lima bintang dengan perkhidmatan yang amat memuaskan dan sarapannya juga sangat sedap. Saya berharap semua makan itu halal!




Selepas check-in, kami dikerah keluar Hotel untuk makan malam di sebuah restoran makanan Jawa. Kali ini, ia betul-betul asli masakan Jawa. Orang macam saya, tak banyak karenah dalam pemakanan. Asalkan halal, saya tidak banyak komplen. Sedap atau tidak itu masing-masing punya citarasa. tetapi makanan Jawa banyak berempah. Rempahnya pula tidak sama seperti negara kita. Di Malaysia guna juga rempah, tetapi ia tidak terlalu pekat. Lagipun masakan malaysia begitu banyak di pengaruhi citarasa pelbagai kaum, menjadikannya sangat istimewa berbanding lain-lain negara.

Restoran Gudeg Yu Djum nama tempat kami makan itu. Makanan Jawa biasanya kering, tidak berkuah. Mereka gemar makanan yang bersambal. Sambalnya juga agak lain sedikit. tempenya tidak sama seperti di malaysia. Nasi ayam penyet yang agak popular di negara kita adalah adaptasi makanan jawa yang sudah diolah supaya sesuai dengan masyarakat Malaysia. Justeru rasanya lebih enak (ikut tekak orang malaysialah). Citarasa orang-orang jawa sebenarnya sedikit sebanyak dipengaruhi oleh penjajahan Belanda.



Selesai makan, kami di bawa ke Pasar malam Malioboro yang terkenal itu. Tetapi singkat sangat masanya, jadi tidak sempat membeli apa-apa selain memerhati drama kehidupan malam di sana sahaja. Di sini, orangnya mencari rezeki dengan pelbagai cara yang kreatif. Demi sesuap nasi mereka mampu mengenepikan perasaan malu dan pasif.  Di sepanjang perjalanan di sekitar pasar maliobro itu, mata disajikan dengan pelbagai gelagat penjual atau artis jalanan, juga para pengunjungnya.

Kononnya hendak mencari barangan kulit, tetapi tidak ketemukan, apakan daya waktu begitu cemburu. Tidak banyak tips yang dapat di berikan. Cuma berhati-hatilah ketika berjalan dan pastikan kita mempunyai kawan. Jangan bersendirian, terutamanya kepada kaum wanita. Lain dari itu, saya fikir suasana di sana sama sahaja seperti pasar-pasar malam di Malaysia. (Di mana-mana di dalam dunia inipun ada orang baik dan jahat.)


Sebelum masuk ke Hotel saya bertanya kepada bapak Andre. Bagaimanakah penduduk Indonesia berjaya menumbangkan kegagahan sistem pemerintahan berajanya yang amat terkenal suatu ketika dulu dan diganti dengan sistem republikan. Jujurnya saya amat tertarik akan hal itu. Jawab pak Andre, sebelum kemerdekaan Indonesia pada tahun 1945, telah berlaku satu revolusi secara besar-besaran yang dipimpin oleh Sukarno, Jeneral Sudirman dan beberapa lagi. Revolusi Nasional Indonesia ini berjaya menghalau Belanda keluar manakala raja-raja yang bersekongkol dengan penjajah itu kebanyakkannya berkurangan kuasa. Walau bagaimanapun, di beberapa tempat di Indonesia, seperti Jogjakarta contohnya, keluarga diraja masih mempunyai kuasa dalam pemerintahan.

Monumen menunjukkan perjuangan rakyat Indonesia dalam menentang penjajahan Belanda


* Dalam Revolusi Nasional Indonesia itu, beribu-ribu nyawa terkorban termasuk nyawa rakyat Belanda sendiri lalu memaksa mereka mengiktiraf kemerdekaan tersebut pada 1949. Itulah permulaan era baru negara republikan di Indonesia.


10 comments:

  1. Kalau di indon hotel yg start dgn nama grand mmg semuanya hebat2 kot..samalah jugak dgn hotel yg farah stay di medan.. hotel grand aston..5 bintang tapi harga smlm stay kat sana murah jer akak..farah pun kalau pi jenjalan ke indon menu yg kena di tekak farah cuma nasi ayam penyet jer akak..yg lain tue ok jer la..

    ReplyDelete
  2. Kelihatan budaya mereka mirip dgn kita tapi nationalism mereka tinggi dan kental. Jgn kata pada peribadi tapi dari makanan mereka pun kita dah boleh nampak.

    ReplyDelete
  3. kerana budaya kita yag tak jauh bezanya , maka , kehidupan dan makanan juga hampir sama . cuma mungkin golongan yang terdesak utk hidup seperti di pasar mlm malioboro itu sudah tidak ada di Malaysia ...

    ReplyDelete
  4. waa.. melancong ke jogja rupanya..

    ReplyDelete
  5. Bestnye jenjalan ke Jogjakarta rupenyeee :)

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum.. zila,

    best dapat jejalan kat jogjakarta... kat hotel nie ada nasi ambeng x?...

    mselim3

    ReplyDelete
  7. Selera pulak tengok nasi atas daun pisang tu.. sedap betul nengok.. :D

    ReplyDelete