Thursday, February 5, 2015

Jogkakarta 2 - Restoran Jejamuran dan Muzium Gunung Merapi

Jarak waktu antara Malaysia dan Indonesia adalah kira-kira sejam. Maksudnya, jika di Malaysia sudah pukul 11 pagi, maknanya di Indonesia masih lagi pukul 10 pagi.

Pertama kali makan makanan di negara tanah bekas jajahan belanda ini, kami di bawa ke sebuah restoran yang dipanggil resto jejamuran. Saya tidak faham maksud jejamuran sehinggalah mula menjamah makanan. Rupanya ia adalah cendawan. Segala macam yang dihidangkan di restoran itu adalah berkaitan cendawan organik, termasuklah satenya. Tetapi ia sedap juga. Bolehlah diterima tekak. Cuma bagi yang alah pada cendawan, mungkin akan menghadapi sedikit masalah.


 Di belakang restoran itu terdapat sebuah kawasan yang menunjukkan jenis-jenis cendawan yang dimasak. Ia merupakan cendawan yang di tanam betul-betul. Pelbagai jenis dan warna. Kesemuanya menarik perhatian saya.

Tidak jauh dari kawasan itu, turut di tanam pokok markisa yang rupa bentuk buahnya tidak sama langsung dengan yang ada di Malaysia. Ia berbentuk lonjong dan besar seperti jambu batu. Kata pegawai di sini, markisa itu telah dikacukkan. Pertaniannya sedikit advance dari kita dari segi RND (Research and Developement).

             

Kemudian kami di bawa ke kaki gunung merapi dimana sebuah muzium didirikan sebagai peringatan kepada gagahnya sisa-sisa gunung berapi itu.



Jalan ke sini terlalu sempit sehingga saya seolah-olah tak percaya yang bas itu sedang menuju ke sebuah kawasan perlancongan. Sesekali ia berselisih dengan lori-lori yang membawa hasil-hasil pertanian. Tetapi untung juga tiada gaung-gaung, hanya tali air-tali air dan sawah padi sahaja yang banyak.

Di sepanjang perjalanan, mata disajikan dengan pemandangan penempatan tempatan dan kawasan-kawasan pertanian. Boleh dikatakan penduduk di sini akan menanam apa sahaja disekeliling rumah atau di tanah-tanah kosong, terutama padi. Bukan tidak ada langsung tanah terbiar ditumbuhi lalang dan belukar, tetapi nisbahnya lebih rendah dari di Malaysia. Mereka terpaksa survival demikian untuk mencari sesuap nasi. Amatlah merugikan jika tanah-tanah kosong tidak di tanam kerana kadar pengeluaran makanan di Indonesia masih rendah sedangkan penduduknya terlalu ramai. Setakat ini, mereka masih mengimport banyak bahan makanan dari luar negara sama seperti negara kita.

Gunung Merapi ini kali terakhir meletus pada tahun 2010. Letusan itu sangat dasyat sehingga laharnya mengalir lebih dari 10 kilometer dan beratus-ratus nyawa terkorban. Termasuk lagenda Mbah Marijan yang mengaku beliau adalah pemegang kunci gunung berapi itu. Saya mengikuti juga perkembangan letusan gunung tersebut ketika itu. Mbah Marijan ditemui mati dalam keadaan bersujud. Beliau tidak mahu meninggalkan rumahnya ketika keadaan sudah semakin genting. Seorang wartawan yang berusaha memujuk beliau keluar turut menemui ajalnya.

Di Muzium itu kami turut ditayangkan dengan filem rencana tentang gunung berapi ini. Bagi orang yang sangat berminat dengan geografi dan sejarah seperti saya, ia amat menyeronokkan. Malah sebelum datang kemari saya turut membuat sedikit penyelidikan tentang kedudukan mukabumi tanah Jawa Tengah dan sosio budayanya.

Ditengah-tengah lobi muzium itu ditempatkan replika gunung Merapi yang sangat besar. Dapat dilihat lekukan di sebelah selatannya, menunjukkan jika berlaku sekali lagi letusan, lava akan mengalir mengikut lekukan itu. Muzium ini dipenuhi dengan gambar-gambar letusan sejak mula ia dapat di rakam dari tahun 1920an sehingga sekarang.

Dibelakang muzium itu, terdapat cebisan lava yang sengaja dibiar untuk tatapan umum. Dari cermin ternampaklah kelibat gunung Merapi yang gagah tetapi penuh dengan rahsia suka duka penduduk Jogjakarta ini. Gunung itu mengeluarkan asap menandakan ia masih aktif.












5 comments:

  1. tak ada ke gambar Gunung Merapi tu kak Zila?

    kalau ikut apa yang saya belajar masa sekolah dulu memang kawasan sekeliling gunung berapi tanahnya subur

    ReplyDelete
  2. Buah markisa tu dah macam buah jambu pulak rupa bentuknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...kalau tak dibgtau..sah2 akak kata ia buah jambu..

      Delete
  3. Menarik tgk semua makanan tue akak..=D

    ReplyDelete
  4. di indonesia masih ramai yg berkepercayaan seperti mbah marijan . mrk tdk dpt menerima kewujudan dan realiti gunung berapi dr sudut sains ... jamur dlm bhs jawa maksudnya mmg cendawan ... pertama kali tgk buah arkisa mcm jambu batu ...

    ReplyDelete