Tuesday, March 17, 2015

Saraburi, Thailand

Sudah hampir dua minggu saya kembali dari negara Thailand, negara gajah putih yang kaya dengan sejarah Langkasuka.

Saya ke daerah Saraburi yang terletak di sebelah utara Bangkok. Perjalanan ke sana mengambil masa kira-kira dua jam setengah sahaja. Saya menghadiri kursus yang dianjurkan oleh APNAN (Asia Pacific National Agriculture Network) dengan kerjasama EMRO (Effective Microorganisma Research Organisation) Japan dan Thailand. Ia turut dihadiri peserta-peserta dari negara New Zealand, Argentina, Bhutan, Hong Kong dan Taiwan, Jepun, Myanmar, Laos dan lain-lain.

Dua hari di Bangkok dan empat hari di Saraburi memberikan banyak pengalaman yang sangat berharga, apatah lagi jika pergi menimba ilmu. Sudah tentu nilainya lebih mahal dan menggembirakan. Tetapi tidak mungkin dapat saya menceritakan keseluruhan pengalaman saya di sana.

Cuma ada beberapa perkara yang menarik tentang Saraburi untuk dikongsi. Saraburi adalah sebuah daerah pertanian. Walaupun tanahnya kering kontang, tetapi atas usaha RND Thailand, banyak kawasan yang di tanam dengan sayur-sayuran yang saya sendiri tidak terjangka akan tumbuh di kawasan seperti itu. Contohnya seperti kobis bunga, lobak, brokoli, salad dan strawberri! Walhal ia bukan tempat yang sejuk. Mereka menggunakan aplikasi EM dan Bokashi untuk menyuburkan tanah-tanah di sini.



Daerah Saraburi juga terkenal dengan Bunga Matahari dan sebuah patung Budha besar yang terletak di Taman Negaranya (kami tidak pergi ke sana). Saya paling teringat daerah Saraburi adalah tempat dimana penggambaran drama The Princess (Luerd Katiyya) dilakukan. Suatu masa dulu drama itu pernah mendapat sambutan hangat dari penonton Malaysia. Saya fikir sebab utamanya ialah kerana pelakon lelakinya, Tik Jesdaporn Poldhee sangat tampan. Jalan cerita drama itu juga menarik dan lain dari yang lain. Tetapi saya tidak menonton cerita itu sepenuhnya dan saya dimaklumkan pada pengakhiran cerita, heronya mati juga demi mempertahankan sang puteri. Amat menyedihkan. T_T.





Gambar-gambar di Saraburi :
















15 comments:

  1. Wow...scenery yg cantik...SA suka pada pemandangan....

    ReplyDelete
  2. wahhh.. cantik sunggguh gambar2 tu Zila.. pandai Zila merakamnye :)

    ReplyDelete
  3. Tak jauh beza dari Malaysia tapi pembangunan terancang menghasilkan pulangan lumayan..tentu banyak ilmu yang Zila dapatkan..

    ReplyDelete
  4. Cantik permandangan tu.Belum berpeluang pergi ke sana lagi... menarik. Thanks sharing info Zila.. manalah tau berguna buat saya nanti.. :)

    ReplyDelete
  5. cantik pemandangannya...terutama bunga2an tu

    ReplyDelete
  6. cantiknya kak gambar-gambar bungga... indah sungguh ciptaan ALLAH

    Jom Vote blog acik bagi msmw

    ReplyDelete
  7. cantik la bunga2 kat sana kak. aritu plan nak ke phuket tetibe cancel. kempunan nak berholiday ke sana.

    ReplyDelete
  8. kalau selama beberapa hari di sana dpt diceritakan dgn agak detail bersama gambar , lagi menarik rasanya ... heeee ... mcm x puas ke baca entry ni . ringkas sangat .

    ReplyDelete
  9. wah cantiknya dkat lasaburi..
    btw lamanya x dengar pkataan langkasuka.. last dngar masa
    form 5...

    ReplyDelete
  10. Subhanallah cantiknya akak tempat nie... :)

    ReplyDelete